Dividen KWSP pada 2023 naik berbanding 2022


Kuala Lumpur: Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi simpanan konvensional dan simpanan syariah bagi tahun 2023 telah diumumkan.

KWSP telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.50% untuk simpanan konvensional bagi tahun 2023 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM50.30 bilion, manakala simpanan syariah pula mendatangkan pulangan kadar dividen sebanyak 5.40% dengan jumlah pembayaran RM7.50 bilion.

Berbanding tahun 2022, kadar dividen bagi simpanan konvensional adalah sebanyak 5.35% manakala simpanan syariah pula adalah sebanyak 4.75%.

Jadi, terdapat kenaikan sebanyak 0.15% bagi simpanan konvensional dan 0.65% bagi simpanan syariah pada tahun 2023 berbanding tahun 2022

Ini menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan untuk 2023 adalah sebanyak RM57.80 bilion yang akan memanfaatkan kepada kesemua ahli KWSP.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama