Cara Untuk Terminate Kontrak ASB Financing: Sebelum, Semasa Dan Selepas


Ramai orang yang tak tahu proses cara untuk batalkan kontrak ASB Financing yang betul. Proses untuk batalkan kontrak ASB Financing sebenarnya sangat mudah.

Pada penulisan kali ini, saya akan ceritakan tentang cara-cara nak batalkan kontrak ASB Financing dari awal sampai akhir.

Saya akan pecahkan dalam bentuk tiga situasi iaitu situasi sebelum, semasa dan selepas supaya anda semua akan mudah faham.

Fasa Sebelum :
1. Kira Tempoh Berapa Lama Telah Libatkan Diri Dalam ASB Financing
Sebelum anda nak batalkan kontrak anda, pastikan anda kira dahulu sudah berapa lama anda lakukan pembayaran.

Tempoh yang dimaksudkan adalah bilangan bulan yang dibayar kepada bank dan tidak termasuk moratorium. 

Contohnya, anda mula melabur ASB Financing pada 01/05/2021 dan mula lakukan pembayaran pada 01/06/2021. Kemudian, anda hendak batalkan kontrak anda pada bulan 12.

Dengan kata lain, tempoh kiraan bermula pada bulan 01/06/2021 hingga bulan 01/11/2021. Jadi, ikutkan kiraan, anda telah lakukan pembayaran selama 18 bulan.

2. Tunggu Sehingga Cukup Tiga Tahun Atau 36 Bulan Tempoh Pelaburan 
Jika anda mahu batalkan kontrak ASB Financing, sebolehnya anda tunggu dahulu sehingga cukup 36 bulan atau 3 tahun tempoh pelaburan. Tempoh ini merupakan tempoh break-even dalam pelaburan ASB Financing jika ikut dengan kadar faedah serta kadar dividen semasa

3. Tunggu Hingga Awal Tahun Hadapan
Jika anda tidak dapat tunggu untuk cukupkan 36 bulan tempoh pelaburan dan mahu batalkan juga, cuba untuk tunggu sehingga cukup tempoh matang pada tahun semasa.

Jika anda berniat mahu batalkan pada tahun 2022, jadi sebolehnya habiskan pembayaran pada tahun 2022 dan dapatkan dividen dahulu. Kemudian, pada awal tahun 2023, boleh batalkan jika keadaan memaksa.

4. Mohon Moratorium Untuk Tempoh Beberapa Bulan
Jika anda tidak dapat juga menunggu untuk cukupkan tempoh matang pada tahun semasa, cuba hubungi pegawai bank berkenaan.

Kemudian, mohon kepada pegawai bank tersebut untuk dapatkan moratorium dalam tempoh beberapa bulan. Dengan kata lain, anda mahu lanjutkan lagi tempoh pelaburan ASB Financing tetapi mahu tangguhkan pembayaran bulanan.

5. Mohon Pengurangan Kadar Faedah Dikenakan
Jika pihak bank tidak beri moratorium, cuba mohon untuk dapatkan pengurangan kadar faedah yang dikenakan.

Pengurangan kadar faedah dapat merendahkan lagi kadar pembayaran bulanan kepada pihak bank.

6. Jika Mahu Terminate Juga, Boleh Terus Ke Bank Berkaitan
Jika kesemua keadaan tak mengizinkan dan anda juga sudah habis ikhtiar, boleh terus ke bank berkaitan untuk proses batalkan kontrak ASB Financing.

Fasa Semasa :
1. Beritahu Kepada Pegawai Bank Tentang Niat Anda
Apabila tiba di bank, beritahu sahaja niat anda bahawa anda mahu batalkan kontrak ASB Financing.

Pada mulanya, mereka akan pujuk anda supaya tidak batalkan kontrak ASB Financing tetapi anda harus bertegas dengan niat anda.

Jangan salahkan mereka kerana mereka hanya menjalankan tugas. Jelaskan dengan baik sebab anda perlu batalkan ASB Financing.

Alasan yang paling kukuh adalah ingin kurangkan komitmen bulanan.

2. Minta Pegawai Bank Jelaskan Proses Termination
Kemudian, minta pegawai bank tersebut jelaskan proses batalkan ASB Financing. Dengan kata lain, anda perlu tahu duit masuk di akaun mana, apa terjadi dengan akaun ASB anda dan sebagainya.

Ringkasnya, apabila proses termination selesai, duit dividen akan dekat dalam akaun anda. Kemudian, sijil ASB yang dipinjam akan dipulangkan.

Akhir sekali, duit surrender value akan masuk ke akaun bank anda. Untuk tahu lebih lanjut, tanya pegawai bank terus.

3. Tanya Tentang Berapa Tempoh Yang Diperlukan
Ini merupakan soalan yang wajib ditanya kerana setiap bank mempunyai prosedur yang sama tapi tempoh berlainan.

Sesetengah bank mengambil masa yang agak lama untuk batalkan kontrak manakala sesetengah bank ambil masa yang singkat sahaja. Manakala, setiap cawangan bank juga berlainan tempoh termination kontrak.

Sebagai contoh, pegawai bank tersebut mungkin beritahu anda bahawa proses termination hanya dalam masa satu bulan tetapi jika cawangan tersebut berlaku kes covid, mungkin proses akan jadi lebih lama.

4. Berapa Bulan Perlu Bayar Lagi
Jika ada pembayaran yang tertunggak dan perlu diselesaikan terus. Kemudian, jika bank tersebut memberitahu bahawa tempoh batalkan kontrak adalah tiga bulan, jadi anda perlu teruskan pembayaran lagi maksimum tiga bulan,

Contohnya, jika anda datang ke bank pada awal bulan Januari untuk batalkan kontrak dan pegawai bank tersebut beritahu bahawa proses batalkan kontrak ambil masa tiga bulan, maka anda perlu bayar juga untuk bulan Januari, Februari dan Mac.

Walaupun kena bayar, jangan risau kerana duit tersebut akan dipulangkan sekali dengan duit surrender value. Pembayaran tersebut hanya prosedur sahaja dan duit tersebut akan dipulangkan.

5. Teruskan Niat Anda dan Tandatangan Dokumen 
Bila anda sudah faham dan fikir masak-masak, teruskan niat anda dan tandatangan dokumen batalkan kontrak ASB Financing.

6. Sahkan Dokumen Dan Balik Ke Rumah
Semak dokumen tersebut sekali lagi dan pastikan segala maklumat itu betul. Serahkan kepada pegawai bank berkenaan dan ucapkan terima kasih. Kemudian, anda pulang ke rumah kerana segala urusan telah selesai.

7. Tunggu Dan Tunggu
Sekarang, apa yang anda perlu buat adalah tunggu sahaja kontrak anda dibatalkan. Boleh semak pada ruangan Loan dalam akaun online banking milik anda.

Fasa Selepas :
1. Proses Termination Telah Selesai
Jadi, setelah lama menunggu, akhirnya hari yang ditunggu telahpun tiba. Anda buka akaun online banking dan anda lihat pada paparan halaman Loan sudah tinggal kosong.

Ini menandakan bahawa proses pembatalan kontrak ASB Financing anda telah selesai. Dengan kata lain, komitmen bulan anda untuk ASB Financing sudah tiada.

2. Sijil Pinjaman Akan Dipulangkan Kepada Bank
Apabila proses pembatalan kontrak selesal, jumlah besar dalam akaun myASNB anda juga akan berubah.

Contohnya, jika sebelum ini anda telah buat pelaburan ASB Financing sebanyak RM50,000.00 dan dividen yang ada dalam akaun tersebut adalah sebanyak RM4,000.00, maka jumlah keseluruhan adalah RM54,000.00 yang akan terpampar.

Jika anda semak myASNB anda dan jumlah terpampar hanya RM4,000.00 sahaja, itu bermakna proses termination kontrak ASB Financing anda telah berlaku.

3. Dividen Masih Milik Anda
Mudahkan cerita, bank ambil balik sijil RM50,000.00 yang dipinjamkan kepada anda dan baki dividen RM4,000.00 akan menjadi milik anda.

4. Duit Surrender Value Masuk Ke Akaun Bank
Kemudian, anda akan dapat duit surrender value yang akan masuk ke dalam akaun bank anda. Duit surrender value ini bergantung kepada ending balance yang tertulis.

Jika ending balance anda sikit, makan surrender value anda akan besar.

Rumusan
Dengan masuknya duit surrender value, maka tamatlah cerita anda tentang pelaburan ASB Financing.

Jangan risau, kalau katakan dalam 2 ke 3 tahun lagi kewangan anda sudah kukuh dan anda mahu mulakan balik pelaburan ASB Financing, boleh sahaja.

Nak tahu cara kiraan baki akhir (ending balance) bagi ASB Financing? Boleh klik link dibawah.

Nak tahu cara untuk kira keuntungan ASB Financing dan ASB Biasa? Boleh klik link dibawah.

Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.

4 Ulasan

  1. maksud duit ending balance tu duit yg kita bayar bulanan kan ? and bila sudah terminate . duit bulanan yg kita bayar akan dapat ke ?

    BalasPadam
  2. Bagaimana dgn takaful yg telah diambil bersama loan. Akan ada surrender value kn?

    BalasPadam
  3. duit surrender value tu masuk selepas atau sebelum dapat duit dividen? dan duit dividen akan direct masuk ke acc bank ka?

    BalasPadam
  4. kalau nak terminate tapi x sempat nak pergi bank mcm mana . kalau takde buat bayaran dia auto terminate ke

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama