ASB Financing merupakan salah satu cabang untuk menjana kewangan dalam masa jangka panjang. Salah satu perkara yang penting dalam memohon ASB Financing adalah jumlah bayaran bulan yang dikenakan. Untuk mengira jumlah bayaran bulanan bagi ASB Financing, kita memerlukan 4 perkara iaitu:
a) Jumlah pinjaman yang kita mohon
b) Jumlah takaful yang kita mohon
c) Kadar faedah pinjaman
d) Bilangan tahun bagi pinjaman yang kita lakukan
b) Jumlah takaful yang kita mohon
c) Kadar faedah pinjaman
d) Bilangan tahun bagi pinjaman yang kita lakukan
Katakan, kita memohon pinjaman ASB Financing sebanyak RM200,000 tanpa takaful dengan faedah pinjaman sebanyak 3.55% selama 30 tahun. Jadi, pengiraan jumlah bayaran bulanan boleh dikira seperti berikut:
1) Muat turun aplikasi EZ Financial Calculator (bagi IOS) atau Financial Calculator (bagi Android).
2) Buka aplikasi tersebut dan pilih Loan Calculator.
3) Masukkan Loan Amount sebanyak RM200,000.
4) Masukkan Interest Rate sebanyak 3.55%.
5) Masukkan Loan Term selama 30 tahun. Untuk bahagian Months, abaikan atau masukkan 0.
6) Tekan butang Calculate.
Sekarang, aplikasi tersebut akan menunjukkan beberapa maklumat berkait dengan pinjaman ASB Financing yang kita buat dan kita ambil nilai Monthly Payment yang ditunjukkan.
Jadi, bagi pinjaman sebanyak RM200,000 tanpa takaful dengan faedah pinjaman sebanyak 3.55% selama 30 tahun, bayaran bulanan yang dikenakan adalah sebanyak RM903.68 sebulan atau RM904 sebulan jika digenapkan.
Sekian, terima kasih. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin.