Cara Mengira Jumlah Baki Akhir (Ending Balance) Bagi ASB Financing


ASB Financing merupakan salah satu cabang untuk menjana kewangan dalam masa jangka panjang. Apabila seseorang ingin menamatkan (terminate) ASB Financing dan ingin mengira jangkaan keuntungan yang akan diperoleh, salah satu benda penting yang perlu diketahui adalah baki akhir (ending balance) bagi ASB Financing. Untuk mengira baki akhir (ending balance) bagi ASB Financing, kita memerlukan 5 perkara iaitu:

a. Jumlah pinjaman yang kita mohon
b. Jumlah takaful yang kita mohon
c. Kadar faedah pinjaman
d. Bilangan tahun bagi pinjaman yang kita lakukan
e. Tahun yang ingin ditamatkan ASB Financing

Katakan, kita memohon pinjaman ASB Financing sebanyak RM200,000 tanpa takaful dengan faedah pinjaman sebanyak 3.55% selama 30 tahun. Selepas 10 tahun, kita ingin menamatkan ASB Financing atas faktor-faktor tertentu. Jadi, pengiraan baki akhir (ending balance) selepas 10 tahun boleh dilihat di bawah.

1. Muat turun aplikasi EZ Financial Calculator (bagi IOS) atau Financial Calculator (bagi Android).


2. Buka aplikasi tersebut dan pilih Loan Calculator.


3. Masukkan Loan Amount sebanyak RM200,000.


4. Masukkan Interest Rate sebanyak 3.55%.


5. Masukkan Loan Term selama 30 tahun. Untuk  bahagian Months, abaikan atau masukkan 0.


6. Tekan butang Calculate.


7. Tekan butang Amortization


8. Pada Amortization Schedule, No disini merujuk kepada bilangan bulan. Oleh sebab kita ingin menamatkan ASB Financing setelah 10 tahun, jadi 10 tahun x 12 bulan = 120 bulan. Kemudian, kita scroll kebawah sehingga jumpa No 120 yang menandakan 120 bulan, bersamaan dengan 10 tahun.


Kemudian, kita ambil nilai pada baris Balance iaitu sebanyak RM155,129.84Jadi, bagi pinjaman sebanyak RM200,000 tanpa takaful dengan faedah pinjaman sebanyak 3.55% selama 30 tahun dan kita ingin menamatkan ASB Financing setelah 10 tahun, baki akhir (ending balance) bagi ASB Financing tersebut adalah sebanyak RM155,129.84 atau RM155,130 setelah digenapkan.

Sekian, terima kasih. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama