Adakah Kucing Akan Faham Bila Kita Bercakap Dengan Dia?


Salah satu haiwan peliharaan yang paling banyak di Malaysia adalah kucing terutama. Antara kucing yang paling terkenal di Malaysia adalah adalah oyen. Oyen merupakan gelaran kepada kucing yang berwarna oren.

Oyen sangat terkenal dengan sifat nakalnan dan suka buat perangai tak tentu pasal. Kalau diikutkan, kadang-kala, apabila dipanggil, mereka hanya ignore sahaja. Bila buat hal seperti pecahkan pasu, tahu pula nal duduk diam buat muka tak salah.

Bila hidup dengan seekor kucing, sudah tentu anda akan bercakap dengan mereka, tetapi tidak pasti apa yang mereka fikirkan. Adakah kucing boleh memahami perkataan? Bolehkah kucing memahami manusia?

Jika anda tertanya-tanya apa yang kucing anda dengar apabila anda bercakap dengan mereka, anda tidak bersendirian. Mari kita lihat apa yang sains katakan tentang misteri ini.

Adakah Kucing Faham Perkataan?
Jika kucing tidak pedulikan anda bila dipanggil, sebenarnya mereka bukan mengabaikan anda. Kemungkinan besar yang mereka bertindak balas secara tanpa lisan dan anda tidak menyedarinya seperti mengelipkan mata perlahan-lahan.

Kucing tidak mempunyai kemahiran kognitif untuk mentafsir bahasa manusia, tetapi mereka mengenali anda apabila anda bercakap dengan mereka. Dengan kata lain, kucing memahami bahasa manusia dengan cara yang sama seperti yang kita fahami mereka sewaktu mengiaw.

Salah satu contoh paling mudah adalah apabila menggerakkan ekor dengan laju, melengkungkan badan ataupun mengosok kepala mereka pada badan kita.

Kucing mungkin tidak memproses bahasa manusia dengan cara yang sama seperti yang dilakukan manusia, tetapi kajian menunjukkan bahawa kucing mengenali dan bertindak balas dengan suara, gerak isyarat dan ekspresi manusia

Sudah tentu, ianya bergantung pada sama ada mereka merasakannya. Kalau mereka tak peduli, kita panggil seribu kalipun, mereka tak akan menyahut. Hahaha.

Adakah Kucing Faham Manusia?
Para saintis hanya mampu untuk memahami pemahaman kucing dengan sedikit sahaja. Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun yang lalu, penyelidik telah membuat penemuan menarik tentang otak kucing.

Dalam artikel yang diterbitkan oleh Animal Cognition, penyelidik menyatakan bahawa kucing yang mereka kaji akan bertindak balas (react immediatel) apabila pemilik menyebut nama mereka.

Kebanyakannya akan bertindak balas kepada suara manusia melalui tingkah laku tubuh badan seperti pergerakan telinga dan pergerakan kepala dan bukannya melalui tingkah laku komunikasi seperti suara dan pergerakan ekor.

Anda boleh melakukan kajian yang sama sendiri di rumah: Perhatikan kucing anda dengan teliti semasa anda menyebut namanya. Mereka mungkin memusingkan telinga mereka, condongkan kepala mereka ke tepi sambil memandang anda atau kedua-duanya sekali.

Kucing yang cerewet mungkin bertindak balas secara vokal (keluarkan suara) tetapi kucing biasanya akan menggunakan komunikasi bukan lisan untuk bertindak balas kepada tuan mereka seperti yang ditunjukkan dalam kajian.

Bagaimana Cara Untuk Berkomunikasi Dengan Kucing?
Penulis kajian Animal Cognition telah menyatakan dalam The Independent bahawa "kucing tidak mempunyai sifat anjing. Contohnya, mereka tidak dapat dijinakkan untuk mematuhi perintah manusia. Sebaliknya, mereka berinteraksi secara manusia-kucing (two ways communication)."

Walaupun terdapat bukti saintifik bahawa kucing anda adalah bos, ianya sangat penting bagi anda untuk kerap terlibat dalam perbualan dengan haiwan kesayangan anda. Bercakap dengan mereka semasa sesi membelai, semasa anda melipat pakaian atau sebelum tidur.

Berinteraksi secara kerap dengan kucing anda dengan menggunakan suara dan gerak isyarat positif seperti senyum dan bercakap dalam nada suara yang ceria akan mengukuhkan ikatan antara anda berdua.

Ia juga memberikan ilham kepada anda tentang cara kucing anda bercakap dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa mereka sendiri, baik secara lisan dan bukan lisan. Walaupun manusia dan kucing tidak bercakap bahasa yang sama, tidak dapat dinafikan hubungan istimewa antara pemilik kucing dan kucing itu sendiri.

Lagipun, kucing itu bos dalam rumah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama