Apa Itu Penyelesaian Hutang (Debt Settlement) Serta Fungsinya Kepada Penghutang?


Penyelesaian hutang atau debt settlement merupakan proses perundingan dengan pemiutang anda. Proses ini boleh dilakukan sendiri atau boleh upah orang lain untuk melakukannya.

Penyelesaian hutang mungkin berbaloi bagi sesetengah pihak tetapi ada risikonya. Skor kredit dalam laporan CCRIS anda mungkin akan terjejas.

Tambahan lagi, pemiutang anda mungkin tidak bersetuju dengan cara anda dan mahu anda selesaikan dengan cara biasa.

Apa Itu Penyelesaian Hutang?
Penyelesaian hutang ialah proses dimana kesemua hutang diselesaikan kurang dari jumlah sebenar yang anda berhutang, dengan syarat bahawa anda akan membayar penuh pada suatu masa tertentu


Penyelesaian hutang juga boleh dipanggil sebagai pelarasan hutang atau pelepasan hutang. Proses ini boleh dibuat sendiri tetapi boleh juga dibuat dengan pihak ketiga seperti syarikat swasta.

Tidak semua syarikat akan lakukan proses penyelesaian hutang kerana risikonya lebih tinggi dari manfaat yang diperolehi.

Apa Itu Syarikat Penyelesaian Hutang?
Syarikat penyelesaian hutang akan bertindak sebagai orang tengah antara anda dengan pemiutang anda. Tugasnya adalah untuk mengurangkan atau menghapuskan hutang anda dengan pemiutang berkenaan.


Sebelum anda mendapatkan khidmat dengan syarikat penyelesaian hutang berkaitan, sila pastikan yang ada sudah faham dengan prosedur dari syarikat tersebut

Rajikan diri untuk cari dan baca ulasan yang terdapat dalam internet tentang syarikat berkaitan supaya anda tak akan ditipu.

Setiap syarikat mempunyai terma dan syarat yang berbeza. Jadi pastikan anda melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum menerima khidmat mereka.

Bagaimana Proses Penyelesaian Hutang Berfungsi?

1. Sendiri
Anda perlu hubungi pemiutang anda dan terangkan tentang keadaan kewangan anda. Proses ini mungkin akan mengambil masa yang lama dan perlukan kesabaran yang tinggi.


Jika berjaya, anda mungkin boleh mengurangkan jumlah yang anda berhutang, mengurangkan kadar faedah atau membuat perjanjian lain.

Setelah proses selesai, anda hanya perlu membayar dengan kadar yang dibincang sehinggalah hutang anda selesai.

2. Syarikat
Jika anda memilih untuk menggunakan syarikat atau peguam, anda perlu membayar perkhidmatan mereka sama ada dari segi bayaran tetap atau peratusan simpanan milik anda.


Ini bermakna walaupun hutang yang telah dijelaskan kurang daripada jumlah hutang yang sebenar, anda masih perlu membayar kos-kos tambahan perkhidmatan.

Syarikat tersebut akan menyuruh anda untuk berhenti membayar hutang dan meminta anda memasukkan duit ke dalam akaun simpanan. Duit yang dimasukkan akan digunakan oleh syarikat untuk membayar hutang serta kos-kos lain berkait.

Anda perlu bersetuju menerima syarat baharu jika penyelesaian telah dicapai iaitu sama ada jumlah pengurangan sekaligus, bayaran bulanan yang lebih rendah atau pelepasan hutang secara terus.


Syarat ini perlu dipatuhi dan dipersetujui namun anda tidak diwajibkan untuk bersetuju dan  menerima jika tidak mahu teruskan.

Anda mungkin perlu membuat pembayaran kepada syarikat yang mengendalikan hutang anda sehingga semua hutang selesai dibayar sepenuhnya tetapi ianya bergantung kepada cara hutang tersebut diselesaikan.

Risiko Penyelesaian Hutang
Penyelesaian hutang mempunyai beberapa risiko tertentu walaupun dilihat sebagai pilihan yang mudah. Selain dari perlu mencari syarikat penyelesaian hutang yang sah, anda juga mungkin perlu menunggu bertahun-tahun sebelum proses ini selesai.

1. Kos Servis Yang Tinggi
Kos servis perkhidmatan penyelesaian hutang adalah berlainan bagi setiap syarikat. Ia bergantung kepada undang-undang tempatan dan negeri.


Jangan terkejut jika kos yang akan dikenakan adalah sebanyak 15% hingga 25% dari jumlah sebenar hutang yang perlu diselesaikan.

Dengan kata lain, jika anda mempunyai hutang sebanyak RM50,000.00 yang perlu dibayar, maka jumlah kos sebanyak RM7,500.00 hingga RM12,500.00 akan dikenakan kepada anda.

Walau bagaimanapun, mengikut peraturan yang digubal oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) pada tahun 2010, syarikat penyelesaian hutang akan mengenakan caj bayaran hanya selepas mereka menyelesaikan hutang pelanggan mereka.


Mana-mana syarikat penyelesaian hutang atau peguam yang cuba mengenakan caj kepada anda sebelum hutang diselesaikan adalah salah disisi undang-undang.

2. Skor Kredit Akan Terjejas
Jika anda mengambil alternatif untuk menggunakan proses penyelesaian hutang, kemungkinan besar pilihan ini dapat menjejaskan skor kredit anda.


Sebagai contoh, terdapat banyak syarikat penyelesaian hutang menyuruh anda supaya berhenti membuat pembayaran kad kredit semasa proses rundingan sedang dijalankan.

Apabila anda tidak membuat pembayaran kad kredit, sudah tentu ia akan menjejaskan skor kredit anda.

Pihak pemiutang pula berkemungkinan besar tidak mahu berunding dan menganggap anda masih boleh membuat pembayaran bulanan seperti biasa.

3. Proses Yang Sangat Lama
Keseluruhan proses penyelesaian hutang mungkin akan mengambil masa tiga hingga empat tahun. Peguam atau syarikat penyelesaian hutang anda akan memerlukan masa untuk berunding dengan pemiutang anda.


Lebih banyak pemiutang yang anda ada, lebih banyak masa yang diperlukan. Di samping itu, anda juga perlu bersedia untuk menyimpan wang bagi membayar hutang anda secara sekaligus.

Penyelesaian hutang merupakan satu proses yang panjang. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menunggu proses ini selasai.

Dalam masa yang sama, anda boleh pertimbangkan untuk ambil alternatif yang lain jika mahu selesaikan hutang anda dengan lebih cepat.

4. Hutang Yang Dikurangkan Akan Dikenakan Cukai
Secara asasnya, jika hutang yang dimaafkan adalah kurang dari RM600.00 sahaja, maka ia tidak akan dikenakan cukai.


Jadi, jika syarikat penyelesaian hutang berjaya merundingkan hutang dari RM10,000.00 dan turun kepada RM7,000.00 sahaja, maka hutang yang dimaafkan iaitu sebanyak RM3,000.00 akan dikenakan cukai oleh kerajaan.

Jadi, anda perlu ada duit yang cukup untuk bayar kos servis syarikat penyelesaian hutang serta cukai yang berkaitan. Anda juga perlu semak dengan perjanjian yang anda telah tandatangani.

Jika cukai tidak disertakan dan perjanjian tersebut, maka anda perlu bertanggungjawab untuk membayar baki hutang, yuran syarikat penyelesaian hutang serta cukai yang akan dikenakan.

5. Hutang Akan Mungkin Lebih Tinggi Dari Yang Asal
Apabila anda memulakan proses penyelesaian hutang, peguam atau syarikat penyelesaian hutang selalunya akan menasihati anda untuk berhenti membuat pembayaran hutang yang ada.


Apabila anda berhenti buat pembayaran hutang, sudah tentu faedah yang dikenakan akan bertambah dari semasa ke semasa.

Anda juga berkemungkinan akan dikenakan denda kerana kelewatan pembayaran. Faedah dan denda yang dikenakan sudah tentu akan meningkatkan hutang anda dengan lebih tinggi.

6. Persetujuan Tidak Tercapai
Anda perlu tahu dua perkara. Pertama, tidak semua syarikat sanggup untuk selesaikan semua hutang anda. Kedua, terdapat juga kemungkinan yang tidak persetujuan yang dicapai antara syarikat penyelesaian hutang dengan pemiutang berkenaan.

Alternatif Lain Selain Penyelesaian Hutang
Jika proses penyelesaian hutang tidak berjaya atau tidak sesuai dengan anda, masih ada 3 lagi alternatif lain seperti dibawah.

1. Penyatuan Hutang
Penyatuan hutang ialah proses menggabungkan semua hutang anda menjadi satu hutang sahaja untuk membayar.


Penyatuan hutang dapat mengurangkan jumlah faedah tertunggak yang ditanggung serta membuatkan pembayaran hutang hanya pada satu arah sahaja.

2. Kaunseling Hutang
Agensi kaunseling kredit merupakan sebuah organisasi yang dapat membantu anda menghasilkan pelan pengurusan hutang dan membolehkan anda membayar hutang mengikut keadaan dan situasi kewangan semasa anda.


Sesetengah agensi kaunseling mengenakan kos yang rendah tetapi ada juga agensi yang tidak mengenakan sebarang bayaran

3. Kebankrapan
Kebankrapan dianggap sebagai pilihan terakhir, tetapi bergantung pada keadaan anda, ia mungkin pilihan yang terbaik bagi situasi yang anda hadapi.


Pastikan anda jadikan kebankrapan sebagai jalan terakhir sahaja jika memang betul-betul tiada alternatif lain.

Hati - Hati Dengan Scammer Penyelesaian Hutang
Walaupun banyak syarikat yang boleh menolong ada, tetapi sesetengah syarikat penyelesaian hutang adalah scammer yang ingin menipu anda.

Janji Yang Tidak Munasabah
Jika syarikat tersebut memberikan janji yang tidak munasabah seperti menyelesaikan semua hutang yang ditanggung, menghentikan tindakan undang-undang atau menghentikan kutipan hutang, sila berhati-hati dan jauhkan diri.

Anda perlu tahu bahawa sesebuah syarikat tidak akan akan selesaikan kesemua hutang yang ditanggung, apatahlah lagi menghentikan tindakan undang-undang atau kutipan hutang.


Syarikat penyelesaian hutang hanya mampu menyelesaikan sebahagian dari hutang yang anda tanggung sahaja kecuali syarikat tersebut mempunyai dana yang tinggi dan sudah ada nama.

Satu lagi, kebanyakan pemiutang diluar tidak gemar untuk bekerjasama dengan syarikat penyelesaian hutang. 

Jangan Bayar Selagi Urusan Belum Selesai
Jika syarikat penyelesaian hutang minta anda bayar wang pendahuluan sebelum kerja dimulakan, itu tandanya syarikat tersebut adalah syarikat scammer.


Anda perlu tahu bahawa pembayaran hanya akan dilakukan setelah proses penyelesaian hutang selesai. Sebelum lakukan bayaran, tolong baca segala dokumen yang anda perlu tandatangani dan pastikan anda tahu apa yang termaktub dalam dokumen tersebut

Tidak Beritahu Maklumat Lengkap
Jika syarikat penyelesaian hutang anda tidak beritahu tentang risiko yang akan ditanggung semasa proses penyelesaian hutang atau berikan maklumat yang tidak lengkap, sila cabut diri dari syarikat ini.


Syarikat penyelesaian hutang perlu beritahu anda tentang segala risiko yang anda perlu tanggung kerana itu merupakan tugas dan tanggungjawab mereka. Anda juga wajib tahu setiap risiko yang ada sebelum memulakan proses atau melakukan pembayaran.

Rumusan
Walaupun proses penyelesaian hutang dilihat sebagai satu idea yang bagus, tetapi ianya bukan pilihan terbaik bagi menangani hutang anda.

Sesetengah pemiutang dan agensi kutipan hutang tidak sekufu dengan syarikat penyelesaian hutang. Ada juga syarikat yang tidak melakukan penyelesaian hutang kerana takut dengan risiko yang akan ditanggung.


Walaupun syarikat tersebut melakukannya, ia mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun sebelum proses ini selesai. Bayangkan berapa lama tempoh yang perlu anda tunggu.

Jangan risau, sebenarnya terdapat juga alternatif lain jika penyelesaian hutang bukan pilihan anda. Antaranya adalah penyatuan hutang, pelan pengurusan hutang, pemindahan baki kad kredit dan juga kebankrapan. Untuk rujukan lebih lanjut, boleh klik link-link dibawah.


Sebelum anda buat pilihan dan tindakan, pastikan anda menilai dahulu kebaikan serta risiko yang perlu ditanggung. Jangan takut untuk menukar alternatif lain jika pilihan yang anda buat tidak berjaya seperti yang anda jangkakan.


Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama