![]() |
Gambar oleh nappy di Pexels |
Tahun 2023, anda sudah boleh memperbaharui pasport anda secara online dan tidak perlu ke Pejabat Imigresen untuk urusan sama.
Berikut dibawah merupakan langkah-langkah untuk renew pasport secara online.
2. Skrol ke bawah dan klik SETUJU.
3. Isikan maklumat yang diperlukan.
A. KATEGORI PEMOHON
Kategori pemohon dibahagikan kepada dua jenis iaitu;
- Pemohon berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon berumur kurang dari 18 tahun.
B. MAKLUMAT CARIAN
i) No. Pasport Semasa
Masukkan nombor pasport semasa yang boleh didapati pada pasport anda.
![]() |
Foto oleh PaperToTravel |
ii) Jenis Dokumen
Pilih jenis dokumen berdasarkan tempat kelahiran anda.
- Jika pemohon lahir di Semenanjung Malaysia, pilih PASPORT MALAYSIA-SEMENANJUNG.
- Jika pemohon lahir di Sabah, pilih PASPORT MALAYSIA-SABAH.
- Jika pemohon lahir di Sarawak, pilih PASPORT MALAYSIA-SARAWAK.
iii) Nombor Pengenalan Semasa
Masukkan nombor kad pengenalan, MyKid, surat beranak atau nombor yang seangkatan dengannya.
iv) Kategori
Pilih kategori berdasarkan Nombor Pengenalan Semasa yang dimasukkan sebelum ini.
- Jika pemohon memasukkan nombor kad pengenalan biasa, pilih MYKAD/MYKID/MYTENTERA.
- Jika pemohon memasukkan nombor kad pengenalan kanak-kanak, pilih MYKAD/MYKID/MYTENTERA.
- Jika pemohon memasukkan nombor kad pengenalan tentera, pilih MYKAD/MYKID/MYTENTERA.
- Jika pemohon memasukkan nombor surat beranak atau nombor sijil lahir, pilih SIJIL LAHIR.
iv) Pejabat Pungutan
Pilihan Pejabat Pungutan sangat penting kerana anda perlu menghadirkan diri ke lokasi pungutan tersebut untuk urusan menghantar pasport lama dan mengambil pasport baru.
- Jika pemohon berada di dalam negara, pilih DALAM NEGARA dan pilih lokasi pungutan yang berdekatan dengan pemohon.
- Jika pemohon berada di luar negara, pilih LUAR NEGARA dan pilih lokasi pungutan yang berdekatan dengan pemohon.
v) Nombor Pengenalan Penjaga
Masukkan nombor kad pengenalan penjaga atau nombor yang seangkatan dengannya.
iv) Kategori
Pilih kategori berdasarkan Nombor Pengenalan Penjaga yang dimasukkan sebelum ini.
- Jika penjaga memasukkan nombor kad pengenalan biasa, pilih MYKAD/MYKID/MYTENTERA.
- Jika penjaga memasukkan nombor kad pengenalan tentera, pilih MYKAD/MYKID/MYTENTERA.
4. Setelah semua selesai, tekan CARIAN.
5. Paparan berkaitan perihal pasport lama akan terpapar. Sila baca dengan baik dan teliti.
Sebelum anda tekan SETUJU, sila pastikan:
i) Passport lama dalam keadaan yang baik (tidak hilang, tidak berconteng, terkena air atau koyak)
ii) Maklumat yang dimasukkan adalah betul dan tepat
iii) Foto yang dimuatnaik adalah yang terbaharu
Permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan pasport atau permohonan ditolak.
BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PASPORT ANDA YANG MASIH SAH LAKU ATAU TAMAT TEMPOH, TELAH HILANG ATAU ROSAK.
6. Setelah selesai baca, skrol ke bawah dan klik SETUJU.
7. Paparan berkaitan spesifikasi gambar yang diperlukan akan terpapar. Sila lihat dengan baik dan teliti.
Ciri-ciri gambar yang tidak dibenarkan.
- AKSESORI BERLEBIHAN
- TUDUNG TERLALU KE HADAPAN
- TUDUNG MENUTUP DAHI
- PAKAIAN BERWARNA CERAH
- MATA TIDAK PANDANG HADAPAN
- RAMBUT MENUTUP DAHI
- MULUT TERBUKA
- KACAMATA BINGKAI TEBAL
- KEDUDUKAN TIDAK TEGAK
- MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM
8. Setelah itu, skrol ke bawah dan klik SETUJU.
9. Pada paparan terbaru ini, sila muatnaik gambar pasport mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
10. Kemudian, semak maklumat yang tertera dan sila ubah jika ada maklumat yang perlu diubah.
11. Buat pembayaran berdasarkan pada kadar yang ditetapkan.
- Pembayaran boleh dibuat secara FPX online atau kad kredit.
- Pembayaran boleh dibuat secara kemudian tetapi nasihat saya, buat pembayaran secara terus.
12. Selesai bayaran, akan keluar paparan Pertanyaan Status Permohonan.
- Pertanyaan Status Permohonan akan memberitahu status pembaharuan pasport anda.
- Status Permohonan tersebut boleh juga disemak pada emel yang anda daftarkan.
- Status Permohonan juga boleh disemak dengan menghubungi Jabatan Imigresen Malaysia sendiri.
13. Apabila pasport anda telah siap, anda perlu pergi ke Pejabat Pungutan yang telah anda pilih.
Pastikan anda bawa juga benda-benda wajib seperti kad pengenalan dan pasport lama.
Kesimpulan
Pembaharuan pasport secara online dapat memudahkan urusan dan kita tidak perlu pergi beratur untuk melakukan urusan sama.
Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin.
Terima kasih kerana sudi baca penulisan saya. Semoga bermanfaat.
Tags
Tips & Perkongsian