Jadikan Kehidupan Anda Lebih Baik Dengan Mengucapkan Terima Kasih Dalam 7 Situasi

Foto oleh George Dolgikh di Pexels

Kadang-kala, ucapan “Terima Kasih” sangat sukar dilafazkan dari sesetengah orang. 

Ucapan tersebut sesuai hampir dalam semua keadaan dan ianya merupakan tindak balas perkataan yang lebih baik berbanding kebanyakan ucapan lain.

Penulisan kali ini akan membahaskan tentang 7 situasi dimana ucapan “Terima Kasih” perlu diucapkan dan diringakan mulut berbanding perkataan lain.

1. Ucapkan Terima Kasih Apabila Ada Orang Memuji Anda.
Gif oleh The Office di Giphy

Apabila ada orang yang memuji kita, kita sering membalas pujian tersebut dengan memberi kenyataan yang merendah diri dan “hina”.

Mungkin anda fikir ia dapat menghalang diri anda dari kelihatan sombong tetapi dengan mengalihkan pujian yang diberikan, ia menganggap bahawa anda tidak menerima pujian tersebut.

Apabila anda dipuji, ucapkan sahaja “Terima Kasih” kerana ucapan tersebut menganggap bahawa anda telah menerima pujian yang diberikan kepada anda.
 
Contoh: “Cantik sungguh baju yang awak pakai.”
  • Dari cakap: “Oh, baju ini dah lama. Baru pakai.”
  • Cuba cakap: “Ohh, terima kasih. Harap awak suka.”

Contoh: “Tahniah! Awak berjaya menjaringkan 2 gol malam ini.”
  • Dari cakap: “Ya, tetapi saya terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua.”
  • Cuba cakap: “Terima kasih. Permainan malam ini sangat baik.”

Contoh: “Hebat sungguh awak berucap semasa sesi perbentangan projek tadi!”
  • Dari cakap: “Ye ke? Sebenarnya saya agak gemuruh semasa bercakap tadi.”
  • Cuba cakap: “Terima kasih. Saya gembira kerana semua berjalan dengan lancar.”

Menerima pujian sepenuh hati sebenarnya tidak salah dan tidak menunjukkan kesombongan diri. Apabila anda mengucapkan “Terima Kasih”, pujian yang diterima akan meresap dalam diri anda. 

Ini dapat menambahkan elemen positif dalam diri serta membaiki emosi dan fikiran untuk menjadi lebih baik dan teratur.

Pujian merupakan suatu perkara posifit dan menyeronokkan, jadi anda tidak boleh merosakkannya dengan perkara negatif. 

Anda tidak perlu mensabotaj pujian yang datang kepada anda. Ucapkan “Terima Kasih” dan terima pujian tersebut dengan sepenuh hati.

2. Ucapkan “Terima Kasih” Apabila Anda Lewat Atau Buat Orang Tertunggu.
Gif oleh BLKBOK di Giphy

Kebiasaanya, apabila kita terlewat atau buat orang tertunggu, kita akan mengucapkan perkataan “Maaf, saya terlewat”.

Dasarnya, ucapan tersebut seperti menyalahkan diri anda kerana anda lewat. Dalam kehidupan, tiada yang sempurna dan lewat merupakan salah satu ketidaksempurnaan.

Mengucapkan “Terima Kasih” dapat memberi gambaran bahawa anda menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh orang yang menunggu anda.

Contoh: Anda terlewat sebanyak 14 minit untuk berjumpa dengan rakan anda
  • Dari cakap: “Maaf sebab saya lewat. Trafik agak teruk tadi.”
  • Cuba cakap: “Terima kasih sebab sudi tunggu saya.”

3. Ucapkan “Terima Kasih” Semasa Anda Memujuk Seseorang.
Gif oleh Sky TV di Giphy

Apabila seseorang datang kepada anda untuk meluahkan berita buruk yang terjadi kepada mereka, kebanyakan orang akan melafazkan kata “Sekurang-kurangnya awak masih ada…”

Sebenarnya ucapan tersebut agak tidak sesuai dengan situasi yang berlaku.

Perkara pertama yang perlu anda sedar ialah mereka mempercayai anda untuk meluahkan sesuatu perkara buruk. Sebaiknya, ucapkan “Terima Kasih” terlebih dahulu atas kepercayaan yang diberikan oleh mereka.

Contoh: Ibu kepada rakan anda telah meninggal.
  • Dari cakap: “Sekurang-kurangnya awak mempunyai banyak memori yang indah bersama.”
  • Cuba cakap: “Terima kasih kerana berkongsi cerita dengan saya. Saya tahu ini masa yang sukar untuk awak.”

Contoh: Adik lelaki anda dipecat kerja.
  • Dari cakap: “Sekurang-kurangnya tubuh badan adik masih sihat.”
  • Try saying: “Terima kasih kerana berkongsi cerita dengan abang. Abang boleh tolong adik untuk mencari kerja baru jika adik perlukan bantuan.”

Contoh: Kucing rakan anda telah mati.
  • Dari cakap: “Sekurang-kurangnya awak telah jaga kucing awak dengan baik”
  • Cuba cakap: “Terima kasih kerana berkongsi dengan saya. Saya ada di sini untuk awak.”

4. Ucapkan “Terima Kasih” Apabila Menerima Maklum Balas.
Maklum balas sama ada positif atau negatif dapat membantu suatu bisnes menjadi lebih baik. Sama ada maklum balas yang diberikan tersebut dari bos anda kerana prestasi jualan yang tidak memuaskan atau dari pelanggan kerana tidak berpuas hati dengan produk dibeli, kebiasannya kita akan bersikap defensif.

Respons yang betul adalah dengan mengatakan ucapan, “Terima Kasih” dan menggunakan maklumat tersebut untuk menambah baik lagi servis yang diberikan.

Contoh: “Kerja yang awak buat tidak cukup bagus. Saya ingat awak akan dapat melakukan tugasan ini dengan baik.”
  • Dari cakap: “Maaf tuan, sebenarnya terdapat beberapa masalah yang terjadi.”
  • Cuba cakap: “Terima kasih tuan kerana mengharapkan lebih daripada saya. Boleh saya tahu bahagian mana yang saya boleh tambah baik?.”

Contoh: “Saya beli produk awak minggu lepas dan ia sudah rosak. Saya tidak berpuas hati dengan produk dan servis yang diberikan.”
  • Dari cakap: “Bagaimana awak menggunakan produk tersebut?Kami menyatakan dengan sangat jelas dalam terma dan syarat bahawa produk kami tidak direka bentuk untuk digunakan dalam keadaan tersebut.”
  • Cuba cakap: “Terima kasih kerana berkongsi pendapat anda. Harap maklum bahawa kami komited untuk membantu anda dalam situasi ini. Bolehkah anda berkongsi butiran lanjut tentang isu tersebut?”

5. Ucapkan “Terima Kasih” Apabila Anda Menerima Kritikan Yang Tidak Adil.
Gif oleh Kinda Funny di Giphy

Kadangkala kritikan yang diberikan kepada kita tidak membantu sama sekali tetapi situasi sebegini perlu dihadapi dengan baik.

Saya telah membahaskan tentang cara menangani pembenci (haters), tetapi salah satu pendekatan terbaik adalah dengan hanya mengucapkan terima kasih.


Apabila anda mengucapkan terima kasih kepada seseorang kerana mengkritik anda, ia serta-merta meneutralkan kenyataan mereka.

Contoh: “Catatan yang awak tulis ini mungkin berguna bagi pemula, tetapi bagi saya, ianya tidak berguna jika mereka tahu apa yang mereka patut lakukan
  • Dari cakap: “Catatan yang saya tulis ini memang saya buat untuk pemula. Awak mungkin terkejut tetapi semua catatan yang dibuat berdasarkan ilmu dan pengalaman yang saya ada.”
  • Cuba cakap: “Terima kasih kerana berkongsi nasihat dan kritikan. Saya akan cuba untuk perbaiki dengan lebih baik”

Ucapkan terima kasih bukan menandakan bahawa anda kalah, tetapi ianya sebagai tanda anda matang dalam menghadapi situasi seperti ini.

Tidak perlu bergaduh, terima kritikan dengan baik, ucapkan terima kasih dan sambung perjalanan hidup anda.

6. Ucapkan “Terima Kasih” Apabila Seseorang Memberikan Nasihat Tanpa Diminta.
Gambar oleh Victor Freitas di Pexels

Situasi seperti ini biasanya berlaku di gim. Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri tentang teknik yang sesuai untuk lakukan senaman tertentu.

Kebanyakan orang hanya cuba untuk membantu, tetapi mendengar pendapat atau nasihat tanpa diminta kadang-kala boleh menimbulkan rasa jengkel.

Cara terbaik untuk hadapi situasi sebegini? Ucapkan sahaja “Terima Kasih.”

Contoh: “Awak tahu tak, awak sepatutnya kekalkan postur badan dengan betul apabila melakukan senaman berikut.”
  • Dari cakap: “Oh betul ke? Awak ada tak video tentang diri awak lakukan senaman tersebut dengan betul?”
  • Cuba cakap: “Terima kasih atas pertolongan awak. Saya akan cuba perbaiki dengan lebih baik”

7. Ucapkan “Terima Kasih” Apabila Anda Tidak Pasti Sama Ada Anda Perlu Berterima Kasih Kepada Seseorang Atau Tidak.
Gambar oleh Ann H di Pexels

Apabila anda ragu-ragu, tiada salahnya bagi anda untuk ucapkan terima kasih dalam pelbagai situasi yang anda tidak pasti.

Jangan ragu atau bimbang untuk menunjukkan rasa berterima kasih kepada orang ramai. Tiada salahnya

“Patut tak saya hantar kad ucapan terima kasih dalam situasi sebegini?” Ya, anda patut menghantarnya.

“Patut tak saya bagi tip?” Ya. Jika anda tidak mahu bagi tip, ucapkan sahaja terima kasih.

Kesimpulan
Kerapkan diri anda untuk mengucapkan terima kasih. Dua perkataan mudah tetapi kesannya sangat besar terhadap diri anda dan orang lain

Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Terima kasih kerana sudi baca penulisan saya. Semoga bermanfaat. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama