Cabang pelaburan pada zaman kini sudah berubah dan tidak sama seperti dulu. Zaman kini, semua orang molek melabur tanpa pening kepala dan segala perihal pelaburan akan diuruskan oleh robot atau robo-advisory. Dengan kata lain, perkara ini dapat memudahkan diri kita semua untuk melabur tanpa perlu bersusah payah. Salah satu pelaburan yang mempunyai ciri-ciri diatas adalah Wahed Invest.
Apakah Itu Wahed Invest?
Wahed Invest merupakan satu aplikasi pelaburan yang bersifatkan robo-advisory. Robo-advisory akan menguruskan portfolio pelaburan kita secara automatik dan kita boleh menganggapnya sebagai autopilot untuk pelaburan kita. Jadi, pelabur tidak perlu bersusah payah untuk memilih saham mana untuk melabur kerana aplikasi Wahed Invest akan melakukannya secara automatik.
Terdapat empat (setakat Ogos 2021) aplikasi pelaburan bersifatkan robo-advisory yang telah sah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Wahed Invest satu-satunya aplikasi yang telah berdaftar serta patuh pada Syariah.
Adakah Wahed Invest Selamat?
Ya, Wahed Invest merupakan aplikasi pelaburan yang selamat dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Untuk rujukan tentang pendaftaran Wahed Invest di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, boleh tekan link dibawah.
Pelaburan Wahed Invest boleh dibuat oleh diri sendiri tanpa bantuan perkhidmatan orang lain. Dengan kata lain, jika kita ingin melabur sebanyak RM100, kita boleh melabur sendiri jika ikut langkah demi langkah yang saya akan tunjuk di akhir artikel ini.
Terdapat pihak yang menyamar sebagai pekerja Wahed Invest dan pihak tersebut merupakan scam. Jika mereka menawarkan perkhidmatan pelaburan seperti Wahed Invest dan minta pembayaran, jangan percaya dan terus blok orang tersebut.
Adakah Wahed Invest Patuh Syariah?
Ya, Wahed Invest merupakan satu-satunya aplikasi pelaburan bersifatkan robo-advisory di Malaysia yang patuh syariah. Jadi, orang Islam di Malaysia boleh melabur menggunakan aplikasi Wahed Invest tanpa masalah dan orang bukan Islam juga digalakkan melabur atas dasar kewangan. Rujukan tentang status patuh syariah Wahed Invest boleh klik link dibawah.
Apa Sebenarnya Yang Dilaburkan Di Dalam Wahed Invest?
Terdapat lapan pilihan aliran pelaburan (portfolio) yang diberikan oleh pihak Wahed Invest serta lima pecahan pelaburan bagi aliran pelaburan yang diberikan. Bagi setiap aliran pelaburan yang dibuat, akan mempunyai beberapa pecahan pelaburan di dalamnya.
Pecahan Pelaburan
Apabila kita masukkan dana ke dalam Wahed Invest, kita akan diberikan beberapa pilihan aliran pelaburan (portfolio) dan setiap aliran pelaburan tersebut, mempunyai beberapa pecahan pelaburan. Pecahan-pecahan pelaburan yang ada dalam Wahed Invest boleh dilihat dibawah.
1. Malaysian Stocks (Saham Malaysia)
Pecahan pelaburan yang pertama adalah Saham Malaysia atau Malaysian Stocks. Pihak Wahed Invest melabur ke dalam Malaysian Stocks melalui MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend (MyETF-MMID) dan yang terbaru, VP-DJ Shariah China A-Shares 100 ETF .
Untuk pengetahuan, MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend (MyETF-MMID) dan VP-DJ Shariah China A-Shares 100 ETF merupakan aliran saham yang terdapat di Bursa Malaysia dan ianya merupakan saham yang patuh syariah. Untuk mengenali dan merujuk secara terperinci tentang MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend (MyETF-MMID), boleh klik di bawah.
Untuk mengenali dan merujuk secara terperinci tentang VP-DJ Shariah China A-Shares 100 ETF, boleh klik di bawah.
2. U.S Stocks (Saham U.S)
Pecahan pelaburan yang kedua adalah Saham U.S atau U.S Stocks. Pihak Wahed Invest melabur ke dalam U.S Stocks melalui Wahed FTSE USA Shariah ETF (HLAL). Untuk pengenalan, Wahed FTSE USA Shariah ETF (HLAL) merupakan aliran saham Wahed yang berada di U.S dan di dalamnya, terdapat beberapa pecahan saham tertentu.
Saham-saham yang dilaburkan dalam Wahed FTSE USA Shariah ETF (HLAL) juga sudah tentu patuh syariah. Antara saham - saham yang dilaburkan (setakat Ogos 2021) adalah Apple Inc (16.11%), Tesla Inc (3.96%), Johnson & Johnson (3.26%) serta lain - lain lagi. Untuk melihat senarai saham U.S yang dilaburkan oleh pihak Wahed Invest, boleh klik link dibawah.
3. Sukuk
Pecahan pelaburan yang ketiga adalah Sukuk. Pihak Wahed Invest melabur ke dalam Sukuk melalui RHB Islamic Bond Fund dan Malaysia Maybank Sukuk Fund. Untuk pengetahuan, RHB Islamic Bond Fund dan Malaysia Maybank Sukuk Fund adalah unit amanah terbuka yang berdaftarkan di Malaysia.
Tujuannya adalah untuk menyediakan pendapatan tetap kepada pelabur melalui pelaburan dalam sekuriti hutang dan bon Islam, dimana pelaburan tersebut diterima berdasarkan prinsip Syariah Islam. Untuk rujukan secara terperinci tentang RHB Islamic Bond Fund, boleh klik di bawah.
Untuk rujukan secara terperinci tentang Malaysia Maybank Sukuk Fund, boleh klik di bawah.
4. Gold (Emas)
Pecahan pelaburan yang keempat adalah Emas atau Gold. Pihak Wahed Invest melabur ke dalam Emas melalui TradePlus Shariah Gold Tracker. Untuk pengetahuan, TradePlus Shariah Gold Tracker merupakan dana yang didagangkan di Bursa Malaysia dan menyediakan pelaburan emas yang patuh Syariah kepada pelabur.
Pelabur boleh melabur emas tanpa perlu menyimpan emas fizikal atau menyediakan insurans dan tempat menyimpan emas tersebut. Untuk mengenali dan merujuk secara terperinci tentang TradePlus Shariah Gold Tracker, boleh klik di bawah.
5. Cash (Tunai)
Pecahan pelaburan yang kelima adalah Tunai atau Cash. Secara asasnya, pecahan tunai tidak dilaburkan dan hanya disimpan sahaja secara tetap di dalam Wahed Invest. Dengan kata lain, jika pecahan tunai kita bermula RM100, jadi selepas sebulan atau setahun, tetap kekal RM100.
Aliran Pelaburan
Apabila kita masukkan dana ke dalam Wahed Invest, kita akan diberikan beberapa pilihan aliran pelaburan (portfolio). Setiap aliran pelaburan mempunyai jenis pecahan pelaburan serta peratus pecahan pelaburan yang berbeza.
1. US Stocks (Saham US)
Aliran pelaburan (portfolio) yang pertama dinamakan sebagai US Stocks. Majoriti dari dana pelaburan kita akan dilaburkan ke dalam pecahan pelaburan yang kedua iaitu US Stocks dan baki dana selebihnya akan dilaburkan ke dalam pecahan pelaburan yang kelima iaitu Cash. Pecahan pelaburan yang terdapat di dalam portfolio US Stocks adalah seperti berikut.
U.S. Stocks : 97.50%
Cash : 2.50%
2. Gold (Emas)
Aliran pelaburan (portfolio) yang kedua dinamakan sebagai Gold. Majoriti dari dana pelaburan kita akan dilaburkan ke dalam pecahan pelaburan yang keempat iaitu Gold dan baki dana selebihnya akan dilaburkan ke dalam pecahan pelaburan yang kelima iaitu Cash. Pecahan pelaburan yang terdapat di dalam portfolio Gold adalah seperti berikut.
Gold : 97.50%
Cash : 2.50%
3. Very Conservative (Sangat Konservatif)
Aliran pelaburan (portfolio) yang ketiga dinamakan sebagai Very Conservative. Majoriti dari dana pelaburan kita akan dilaburkan ke dalam pecahan pelaburan yang ketiga iaitu Sukuk. Pecahan pelaburan yang terdapat di dalam portfolio Very Conservative adalah seperti berikut.
Sukuk : 90.00%
Cash : 10.00%
4. Moderately Conservative (Sederhana Konservatif)
Aliran pelaburan (portfolio) yang keempat dinamakan sebagai Moderately Conservative. Pecahan pelaburan yang terdapat di dalam portfolio Moderately Conservative adalah seperti berikut.
Malaysian Stocks : 5.00%
U.S. Stocks : 12.50%
Sukuk : 75.00%
Gold : 5.00%
Cash : 2.50%
5. Moderate (Sederhana)
Aliran pelaburan (portfolio) yang keempat dinamakan sebagai Moderate. Pecahan pelaburan yang terdapat di dalam portfolio Moderate adalah seperti berikut.
Malaysian Stocks : 12.50%
U.S. Stocks : 22.50%
Sukuk : 55.00%
Gold : 7.50%
Cash : 2.50%
6. Moderately Aggressive (Sederhana Agresif)
Aliran pelaburan (portfolio) yang keenam dinamakan sebagai Moderately Aggressive. Pecahan pelaburan yang terdapat di dalam portfolio Moderately Aggressive adalah seperti berikut.
Malaysian Stocks : 15.00%
U.S. Stocks : 37.50%
Sukuk : 35.00%
Gold : 10.00%
Cash : 2.50%
7. Aggressive (Agresif)
Aliran pelaburan (portfolio) yang ketujuh dinamakan sebagai Aggressive. Pecahan pelaburan yang terdapat di dalam portfolio Aggressive adalah seperti berikut.
Malaysian Stocks : 17.50%
U.S. Stocks : 45.00%
Sukuk : 25.00%
Gold : 10.00%
Cash : 2.50%
8. Very Aggressive (Sangat Agresif)
Aliran pelaburan (portfolio) yang kelapan dinamakan sebagai Very Aggressive. Pecahan pelaburan yang terdapat di dalam portfolio Very Aggressive adalah seperti berikut.
Malaysian Stocks : 20.00%
U.S. Stocks : 65.00%
Sukuk : 12.50%
Cash : 2.50%
Pengiraan Pecahan Pelaburan Bagi Aliran Pelaburan (Portfolio) Tertentu
Katakan, kita ingin melabur sebanyak RM1,000 ke dalam Wahed Invest. Kita juga memilih aliran pelaburan (porfolio) Moderately Aggressive atau Sederhana Agresif. Jadi,
Malaysian Stocks : 15.00% x RM1,000 = RM150
U.S. Stocks : 37.50% x RM1,000 = RM375
Sukuk : 35.00% x RM1,000 = RM350
Gold : 10.00% x RM1,000 = RM100
Cash : 2.50% x RM1,000 = RM25
Jadi, dari dana RM1,000 yang kita laburkan ke dalam Wahed Invest, RM150 akan dilaburkan ke dalam Malaysian Stocks, RM375 akan dilaburkan ke dalam U.S. Stocks, RM350 akan dilaburkan ke dalam Sukuk, RM100 akan dilaburkan ke dalam Gold dan RM25 akan dilaburkan ke dalam Cash.
Caj-Caj Yang Dikenakan Dalam Wahed Invest
Sesuatu pelaburan yang dibuat mesti mempunyai caj dan Wahed juga tidak terkecuali. Walaupun begitu, hanya terdapat dua caj sahaja yang dikenakan dan kedua-dua caj yang dikenakan sangat rendah.
Caj Tahunan
Dana : RM100 - RM499,999
Caj dikenakan : 0.79% setiap tahun (caj tersebut dibayar secara automatik setiap bulan)
Dana : RM500,000 dan ke atas
Caj dikenakan : 0.39% setiap tahun (caj tersebut dibayar secara automatik setiap bulan)
Caj Portfolio
Di dalam satu akaun, kita boleh buka beberapa portfolio berlainan, misalnya porfolio Very Aggresive dan portfolio Gold. Jadi caj yang dikenakan adalah sebanyak RM2.50 setahun atau 0.39 - 0.79% setahun (mana yang lebih tinggi akan dikenakan). Caj portfolio hanya akan dikenakan jika di dalam akaun kita ada lebih dari satu portfolio. Jika akaun kita hanya ada satu portfolio, caj tersebut tidak akan dikenakan
Pengiraan Caj Yang Dikenakan Bagi Aliran Pelaburan (Portfolio) Tertentu
Katakan, kita ingin melabur sebanyak RM1,000 ke dalam Wahed Invest. Kita juga memilih aliran pelaburan (porfolio) US Stocks. Jadi,
U.S. Stocks : 97.50% x RM1,000 = RM975
Cash : 2.50% x RM1,000 = RM25
Jadi, dari dana RM1,000 yang kita laburkan ke dalam Wahed Invest, RM975 akan dilaburkan ke dalam U.S. Stocks dan RM25 akan dilaburkan ke dalam Cash. Dana kita masukkan adalah sebanyak RM1,000. Jadi, caj tahunan yang dikenakan adalah seperti berikut
0.79% x RM1000 = RM7.90 setahun
RM7.90 setahun / 12 bulan = RM0.66 sebulan
Jadi, caj tahunan yang dikenakan adalah sebanyak RM7.90 setahun dan dibayar sebanyak RM0.66 sebulan selama setahun. Sudah tentu, dalam masa sebulan, pelaburan kita akan meningkat atau berkurang, bergantung kepada aliran portfolio yang dipilih serta keadaan ekonomi semasa. Kemudian, akaun kita hanya mempunyai satu portfolio sahaja iaitu US Stocks, jadi kita tidak dikenakan caj portfolio.
Sekarang kita anggap, kita mempunyai dua portfolio. Kiranya, kita masukkan dana baharu ke dalam Wahed Invest sebanyak RM2,000. Jadi, jumlah dana yang telah kita masukkan adalah sebanyak RM3,000. Kita juga memilih aliran pelaburan (porfolio) Gold untuk portfolio kedua. Jadi,
Gold : 97.50% x RM2,000 = RM1950
Cash : 2.50% x RM2,000 = RM50
Jadi, dari dana terbaru iaitu RM2,000 yang kita laburkan ke dalam Wahed Invest, RM1950 akan dilaburkan ke dalam U.S. Stocks dan RM50 akan dilaburkan ke dalam Cash. Dana terbaru yang masukkan adalah sebanyak RM2,000. Jadi, caj tahunan yang dikenakan adalah seperti berikut
0.79% x RM2000 = RM15.80 setahun
RM15.80 setahun / 12 bulan = RM1.32 sebulan
Jadi, caj tahunan yang dikenakan adalah sebanyak RM15.80 setahun dan dibayar sebanyak RM1.32 sebulan selama setahun. Sudah tentu, dalam masa sebulan, pelaburan kita akan meningkat atau berkurang, bergantung kepada aliran portfolio yang dipilih serta keadaan ekonomi semasa. Kemudian, kita ingin mengira caj porfolio pula.
Disebabkan akaun kita sudah ada lebih dari satu portfolio, jadi kita akan dikenakan caj portfolio. Caj portfolio minimum adalah sebanyak RM2.50 atau 0.39 - 0.79% setahun dimana nilai yang lebih tinggi akan dikenakan.
0.39% x (RM1000 + RM2000) = 0.39% x (RM1000 + RM2000) = RM11.70 setahun
RM11.80 setahun / 12 bulan = RM0.98 sebulan
Disebabkan pengiraan kita dapat adalah sebanyak RM0.98, dimana nilai tersebut kurang dari RM2.50, jadi caj portfolio bulanan yang akan dikenakan adalah sebanyak RM2.50, iaitu minimum caj. Jadi, jumlah caj dikenakan boleh dilihat dibawah
Caj tahunan : RM0.66 sebulan + RM1.32 sebulan = RM1.98 sebulan
Caj portfolio : RM2.50
Jumlah caj dikenakan (bulanan) = RM1.98 + RM2.50 = RM4.48 sebulan
Bagi saya, caj tersebut sangat-sangat rendah dan berpatutan jika dibandingkan dengan hasil pelaburan yang akan kita perolehi.
Kesimpulan Dan Cadangan
Saya boleh katakan bahawa pelaburan Wahed Invest memberikan pulangan yang sangat memberangsangkan dan lebih tinggi dari dividen bank-bank di Malaysia. Saya juga secara peribadi telah melabur ke dalam Wahed Invest sejak 2020 dan saya amat berpuas hati dengan hasil yang saya dapat. Jika anda berminat untuk mendaftar Wahed Invest, boleh klik link dibawah. Jangan lupa masukkan kod rujukan (referral code) untuk mendapatkan RM10 sebagai bonus pendaftaran.
Link bagi Android : ANDROID
Link bagi IOS : IOS
Kod rujukan : ahmaha10
Pelaburan Wahed Invest amat digalakkan sebagai medium pelaburan jangka panjang. Sudah tentu, terdapat banyak lagi pelaburan-pelaburan yang boleh kita pilih tetapi Wahed Invest menawarkan satu pelaburan yang sangat - sangat menguntungkan dalam masa jangka panjang.
Sekian, terima kasih. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin.
Tags
Kewangan