19 Perkara Penting Yang Pelajar Baru Perlu Tahu Tentang Kehidupan Universiti


Sebagai seorang yang akan bergelar sebagai mahasiswa, ada beberapa perkara yang anda semua patut tahu tentang kehidupan di universiti. Jadi, pada penulisan kali ini, saya akan senarai 19 perkara penting yang pelajar baru perlu tahu tentang kehidupan universiti. Jadi, penulisan kali ini amat penting kepada pelajar baru sebelum masuk ke universiti bagi memberikan gambar luas tentang kehidupan serta cara hidup di sana.

1. Pengurusan Wang Perlu Betul Dan Berhemah
Apabila kita bergelar seorang mahasiswa, majoriti sumber kewangan yang diperolehi adalah pinjaman PTPTN. Ada juga sebahagian pelajar yang mendapat biasiswa JPA, MARA, MyBrain dan sebagainya. Mungkin ada dikalangan anda yang baru pertama kali dapat memegang duit beribu ringgit dalam akaun bank. 

Ada sebahagian dari mereka mula menggunakan duit tersebut untuk kegunaan kemahuan sendiri seperti beli telefon baru, berbelanja sakan dan sebagainya sedangkan duit tersebut merupakan dana waktu kita belajar bagi semester kini. Bila salah pengurusan wang, ada sebahagian dari mereka terpaksa makan mi segera atau meminjam dengan kawan untuk makan.

Jadi, tolong uruskan wang yang kita dapat dengan betul dan berhemah. Sentiasa berjimat-cermat tetapi tidak salah jika ingin berbelanja lebih sekali-sekali. Jangan bazirkan duit kepada benda yang tidak berfaedah atau kemahuan diri. 

2. Hidup Di Universiti Bukan Sekadar Untuk Belajar
Hidup di universiti bukan sekadar untuk hadir ke kelas, belajar, dapatkan anugerah dekan dan berjaya menamatkan pelajar. Sebelah petang, boleh pergi berjoging atau buat aktiviti riadah. Juga, boleh sertai aktiviti pertandingan yang dianjurkan oleh universiti. 

Jika universiti mengadakan festival, jangan hanya terperap sahaja di dalam bilik. Keluarlah dan pergi ke festival tersebut walaupun kita tidak beli sebarang benda atau makanan. Jadikan kehidupan kita lebih bersosial dan melihat benda baru.

3. Jangan Ambil Mudah Dengan Carry Mark
Carry Mark merupakan pecahan markah yang datang dari pelbagai sudut seperti kehadiran kelas, tugasan assignment, kuiz, test, report dan sebagainya. Biasanya, Carry Mark merangkumi 30% dari jumlah besar markah manakala 70% lagi datang dan peperiksaan penghujung semester. 

Carry Mark amat penting dan perlu diambil berat oleh pelajar kerana markah Carry Mark dapat mempengaruhi keputusan akhir peperiksaan nanti. Tambahan lagi, Carry Mark merupakan cabang dimana ianya dipengaruhi oleh pensyarah yang mengajar kita.

Dengan kata lain, pensyarah yang mengajar kita boleh sahaja nak menolong kita untuk mendapatkan gred yang diingini dengan menaikkan markah Carry Mark kita. Sebagai contoh, jika keputusan peperiksaan penghujung semester kita adalah 55% dan Carry Mark kita adalah 24%, jumlah peratus markah yang kita perolehi adalah 79% atau gred A- atau 3.66 secara keseluruhan. Dengan hanya 1% sahaja kenaikan markah, kita boleh ubah kepada gred A atau 4.00 secara keseluruhan. 

4. Tukar Kumpulan Adalah Perkara Biasa
Di universiti, tiada sudut dimana kelas pertama dan dimana kelas terakhir kerana kelas yang dihadiri bergantung kepada kumpulan yang didaftarkan. Jadi, tiada istilah bahawa kumpulan A cuma ada pelajar pandai dan kumpulan C ada pelajar yang biasa. Apa yang membezakan adalah waktu pembelajaran bagi subjek tersebut 

Sebagai contoh, kita ambil subjek Vector Calculus. Bagi kumpulan A, kelas bermula pada pukul 8 pagi hingga 11 pagi pada hari Isnin. Bagi kumpulan B, kelas bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengahari pada hari Rabu. Bagi kumpulan C, kelas bermula pada puku 2 petang hingga 5 petang pada hari Khamis.

Jadi, bagi pelajar yang aktif dalam waktu pagi dan ingin tamat awal, mungkin mereka akan sertai kumpulan A. Bagi pelajar yang nak rehat waktu pagi dan aktif belajar waktu petang, mungkin mereka akan sertai kumpulan C. Jadi ianya bergantung kepada pelajar masing-masing.

5. GPA dan CGPA Sangat Penting Bagi Pelajar
GPA dan CGPA merupakan sesuatu yang amat rapat dan berkait kepada mahasiswa di universiti. GPA merupakan pointer pelajar bagi satu semester manakala CGPA merupakan pointer pelajar bagi keseluruhan semester. GPA penting atas dasar dua perkara. 

Pertama, jika GPA kita rendah pada awal-awal semester, kita perlu berusaha dengan lebih keras untuk semester seterusnya bagi mendapatkan GPA yang lebih tinggi supaya CGPA kita akan naik. Jadi, bagi setiap semester, GPA amat penting supaya CGPA kita tak kecundang.

Kedua, bagi UiTM, GPA akan menentukan sama ada kita layak mendapat Anugerah Dekan atau tidak, selari dengan menentukan kelayakan kita menerima Anugerah Naib Canselor. Sebagai contoh, jika GPA kita rendah pada semester pertama dan kita tidak layak dapat Anugerah Dekan. Manakala, semester seterusnya, GPA kita tinggi untuk empat semester berturut-turut dan layak untuk mendapatkan Anugerah Dekan bagi empat semester berturut-turut. Cumanya, kita tidak layak dapat Anugerah Naib Canselor kerana GPA kita pada semester pertama sangat rendah. Agak sayang disitu.

6. Rajinkan Diri Sertai Aktiviti Kolej
Merit untuk dapatkan kolej di universiti adalah dengan mengumpul kupon aktiviti yang dianjurkan oleh kolej. Jadi, jika kita betul-betul hendak duduk di kolej sehingga semester terakhir, rajin-rajinkan diri untuk menghadiri aktivit-aktiviti yang dianjurkan kolej masing-masing.

7. Perpustakaan Tempat Untuk Belajar, Bilik Tempat Untuk Rehat
Jika kita hendak belajar dengan tenang, pergi ke perpustakaan. Disitu setiap orang buat kerja masing-masing dan ruang yang disediakan lebih luas. Tambahan lagi, tiada orang yang akan buat bising dan kita boleh belajar di bawah penghawa dingin. Jika rasa bosan, boleh jalan-jalan sekejap pusing perpustakaan untuk cari buku yang menarik atau main telefon. Pastikan kita setkan telefon pada mode silent.

Bilik merupakan ruang yang paling tepat untuk kita berehat. Tidak salah untuk kita belajar di dalam bilik tetapi kita perlu meletakkan fokus yang lebih tinggi sekiranya kita hendak belajar di bilik. Antara puncanya adalah kemungkinan bunyi bising bilik sebelah, kawan-kawan sedang berbual, bunyi kenderaan dari luar bilik dan sebagainya.

Cadangan saya, carilah suatu tempat yang mempunyai ciri-ciri seperti perpustakaan dimana kita boleh belajar dengan tenang dan tanpa gangguan luar.

8. Beli Tiket Bas Awal Kalau Nak Balik Hari Cuti
Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan universiti, ini bukan satu masalah bagi anda. Bagi mereka yang tinggal jauh dari universiti, tiket bas merupakan satu benda penting dan pembelian awal sanga digalakkan terutamanya semasa musim cuti perayaan.

Tiket bas merupakan benda awam dan kita akan bersaing dengan orang-orang luar juga untuk dapatkan tiket. Nasihat saya, jika anda hendak balik ke kampung atau pulang ke universiti pada musim cuti perayaan, sila beli tiket satu bulan atau dua bulan awal. Jika kita bersedia dengan lebih awal, kita tak akan kalut nanti.

Saya cadangkan untuk beli tiket bas dengan menggunakan RedBus. Jika anda ingin lebih tahu tentang cara mendaftar dan membeli tiket dengan menggunakan RedBus, boleh klik link dibawah.


9. Belajar Untuk Berdikari Dan Bertanggungjawab Dalam Semua Perkara
Di universiti, kebanyakan perkara perlu dilakukan oleh diri sendiri. Dengan kata lain, tidak ada orang yang akan suap anda ketika ini dan semua perlu dilakukan sendiri. Sebagai contoh, jika kita ada kelas pada pukul 8 pagi, kita sendiri perlu bangun, mandi dan bersiap untuk ke kelas tanpa disuruh oleh orang lain. Kawan-kawan kita juga boleh menegur kita tapi mungkin hanya sekali dua sahaja kerana kita semua sudah besar dan dewasa.

Tambahan pula, setiap orang akan sibuk dengan hal masing-masing dan tidak akan sempat untuk kisah dengan perihal orang lain. Disebabkan kebebasan yang kita miliki dan tiada pengawasan, kemungkinan disiplin kita akan berkurang. Jadi, sangat penting untuk menanam sifat berdikari dan bertanggung bagi semua perkara dalam diri masing-masing.

10. Kalau Penat, Berehatlah
Kita juga manusia dan bukannya robot. Jadi, berehatlah jika kita penat. Ambil masa untuk tenangkan diri dan pergi ke tempat yang boleh tenangkan fikiran. Jika berada di UiTM Machang, kita boleh sewa kereta dan pergi berjalan ke tepi pantai untuk dengar bunyi ombak sambil berjalan- jalan. Jika berada di bandar, mungkin boleh keluar berjalan-jalan tengok wayang dan lakukan aktiviti yang seronok 

11. Rajinkan Diri Telefon Ibu Dan Bapa
Jika kita ada waktu lapang, luangkan sedikit masa sahaja untuk telefon ibu dan bapa bagi bertanyakan khabar mereka. Minta mereka doakan tentang keselamatan dan kesejahteraan kita sepanjang waktu pembelajaran.

Jika kita ada kuiz, ujian dan peperiksaan, telefon mereka dan minta mereka doakan kita supaya kita boleh menjawab soalan dengan tenang dan baik. Jika kita serabut kerana tugasan assignment terlalu banyak, telefon mereka dan minta mereka doakan supaya segala urusan kita dipermudahkan.

12. Study Last Minute Tidak Efektif Kepada Semua Orang
Study last minute merupakan salah satu perkara normal dalam kalangan pelajar terutama pelajar lelaki. Study last minute sebenarnya tidak terlalu efektif yang berkesan kepada semua orang. Study last minute hanya berkesan kepada mereka yang mempunyai memori yang kuat ataupun kefahaman yang cepat.

Bagi pelajar biasa seperti kita semua, disarankan supaya study lebih awal dan sedikit demi sedikit. Jika tidak faham, boleh rujuk kawan, pensyarah, video di Youtube ataupun Google. Pembelajaran yang lebih awal tetapi sikit demi sikit dapat menguatkan lagi memori dalam kepala dan sekaligus membantu kita dalam menghadapi peperiksaan.

Study Last Minute hanya akan efektif bagi mereka yang mempunyai Short Term Memory yang kuat. Dengan kata lain, tak semua orang mempunyai Short Term Memory yang kuat. Ada dikalangan kita yang mempunyai Short Term Memory yang lemah tetapi Long Term Memory yang kuat. Jadi, nasihat saya, study lebih awal adalah tindakan yang lebih baik berbanding study last minute.

13. Nak Dekan Perlu Berusaha, Bukan Berharap
Untuk dapat dekan, kita perlu usaha keras dan sebaik mungkin. Anugerah Dekan merupakan satu pencapaian akademik semasa berada di universiti dan untuk mencapainya, perlu merancang dan berusaha sebaik mungkin. 

Anugerah Dekan tidak akan kepada kita jika kita hanya berharap sahaja dan ada sebarang usaha. Jika anda ingin lebih tahu tentang cara mendaftar dan membeli tiket dengan menggunakan RedBus, boleh klik link dibawah.


14. Jangan Hubungi Pensyarah Luar Waktu Kerja
Pensyarah juga manusia dan setiap manusia perlukan waktu privasi masing-masing. Jika ada perkara yang perlu ditanya kepada pensyarah kita, disarankan untuk bertanya perkara tersebut pada waktu pejabat dan pada hari bekerja sahaja. Dengan kata lain, kita perlo hormati waktu mereka sendiri.

Kita hanya boleh hubungi pensyarah kita di luar waktu kerja atau pada hujung minggu atas dua perkara sahaja. Pertama, jika pensyarah tersebut sudah membenarkan kita untuk hubungi beliau bila-bila masa. Biasanya, situasi ini berlaku atas urusan projek akhir tahun dimana perbincangan selalunya dibuat diluar waktu kerja atau pada hujung minggu.

Kedua, apabila berada dalam keadaan kecemasan. Sebagai contoh, jika kita sakit perut disebabkan gastrik dan tiada kenderaan yang dapat dihubungi untuk menghantar kita ke hospital, kita dibolehkan untuk menghubungi pensyarah yang sesuai seperti yang berdekatan dengan rumah sewa kita.

Rumusannya, pensyarah juga manusia dan sudah tentu, kita boleh meminta pertolongan mereka jika kita betul-betul perlukan bantuan tetapi kita perlu hormati waktu mereka dan adab sebagai seorang pelajar universiti.

15. Jangan Buat Hal Di Universiti
Jangan sesekali kita buat hal dan kes buruk di dalam universiti kerana hukuman yang berat boleh dikenakan kepada kita. Patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh universiti dan kolej. Hukum terberat yang boleh dikenakan kepada kita sebagai pelajar adalah dibuang dari universiti dan disenarai hitam.

Dengan kata lain, kita sudah tidak boleh masuk ke universiti tersebut sampai bila-bila. Jadi, jaga disiplin masing-masing dan jangan sesekali buat hal di universiti. 

16. Ada Lesen Kenderaan Merupakan Satu Kelebihan
Jika kita mempunyai lesen kenderaan terutamanya kereta, kita dianggap mempunyai kelebihan yang besar bagi seorang pelajar. Ini kerana, kehidupan di universiti tidak akan lari dengan menyewa kereta yang disediakan bagi tujuan tertentu.

Jika kita pandai bawa kereta, segala urusan kita untuk pergi ke sesuatu tempat akan menjadi lebih mudah. Kita hanya perlu sewa kereta dan pandu kereta tersebut. Jika kita tidak ada lesen, kita terpaksa mengajak kawan kita untuk menjadi pemandu ke tempat yang kita mahu atau kita terpaksa menaiki kenderaan awam.

Tambahan lagi, lesen kenderaan merupakan satu perkara wajib jika anda hendak membawa motosikal masuk ke universiti bagi urusan penggunaan harian seperti pergi ke kelas. Pihak polis bantuan universiti tidak akan memberikan kebenaran kepada pelajar yang tidak mempunyai lesen kenderaan.

17. Laptop Itu Wajib Bagi Seorang Pelajar
Apabila belajar di universiti, laptop merupakan kawan rapat kita. Segala tugasan yang diberikan kepada kita seperti assignment dan report memerlukan penggunaan laptop. Tambahan lagi, data-data yang akan digunakan semasa projek akhir tahun perlu disimpan ke dalam laptop untuk memudahkan rujukan sendiri.

Jika kita tiada laptop, terdapat kebarangkalian tinggi bahawa kita  akan meminjam laptop kawan kita dan akan menyusahkan mereka. Juga, jika kita tiada laptop, kita boleh sahaja menggunakan komputer yang disediakan di perpustakaan tetapi cara sebegini tidak efektif disebabkan perpustakaan hanya dibuka pada waktu dan masa tertentu.

Jika kita tidak ada sumber kewangan untuk membeli laptop, boleh ajukan perkara ini kepada pihak zakat bagi mendapatkan bantuan atau pihak bendahari bagi urusan pinjaman. Kemungkinan besar, pihak hal ehwal pelajar dapat memberikan bantuan pinjaman pelaajr kepada kita untuk membeli laptop dan pinjaman tersebut perlu dibayar balik. Manakala, pihak zakat pula dapat menolong kita dengan memberikan bantuan laptop kepada kita jika kita melepasi syarat yang ditetapkan.

Bagi rujukan pinjaman wang dan permohonan zakat dari UiTM, boleh klik link dibawah.


18. Semua Orang Bertanggungjawab Atas Barang Masing-Masing
Berdikari adalah perkara pertama yang akan diterima apabila bergelar mahasiswa. Jadi, segala barang yang kita miliki, kita perlu jaga dengan sebaiknya supaya tidak hilang. Ingat, semua orang mempunyai muka tetapi hati kita tidak boleh baca.

Peralatan elektronik yang berharga seperti laptop dan telefon perlu dijaga dengan baik. Ingat, kes kecurian laptop di kolej merupakan antara kes kecurian tertinggi kerana harga laptop sangat mahal dan mudah untuk dijual balik.

19. Nikmatilah Sepenuhnya Kehidupan Sebagai Pelajar
Akhir kata, nikmatilah setiap saat kehidupan anda sebagai seorang pelajar universiti kerana masa tersebut akan berlalu dengan sangat cepat. Ambil gambar sebanyak mungkin dan sentiasa tambah koleksi memori dalam kehidupan kita semua di universiti. Apabila kita menuju ke alam pekerjaan, kehidupan di universiti yang kita akan rindukan. 

Kita akan teringat memori kita keluar bersama dengan kawan, memori didenda oleh pensyarah kerana tak siapkan kerja yang diberi, memori bekerja secara sambilan semasa belaajr, memori berlari dibawah hujan kerana tak bawa payung ke kelas dan pelbagai lagi memori lain. Nasihat saya, ambilah gambar sebanyak mungkin waktu berada di universiti.

Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama