Zaman sekarang lebih mudah kerana semua pembelian boleh dibuat dengan menggunakan internet sahaja. Salah satu pembelian yang boleh dibuat adalah membeli tiket bas dengan menggunakan RedBus sahaja. RedBus merupakan satu platform untuk membeli tiket bas dan tiket feri dengan mudah. Tambahan lagi, kita tidak perlu mendaftar akaun dan boleh beli terus kecuali jika kita ingin aktifkan RedBus Wallet. Jadi,berikut dibawah merupakan cara-cara untuk membeli tiket bas dengan menggunakan laman web redBus.
1. Layari Laman Web RedBus
Buka Google seperti biasa dan taip RedBus Malaysia atau boleh klik link dibawah.
Pada laman web RedBus, akan dipaparkan tentang kotak untuk diisi tentang maklumat perjalanan kita. Sebelum isi, boleh skrol ke bawah untuk melihat kod peromosi yang biasanya akan ada dan disediakan bagi pelanggannya.
Jika anda skrol kebawah, biasanya, akan tertera kod diskaun yang diberikan seperti diskaun bagi pelanggan kali pertama, diskaun pelajar dan sebagainya. Boleh lihat gambar di bawah dan jika ada kod yang diberikan dan bersesuaian dengan kita, boleh catatkan dahulu pada kertas untuk kita masukkan kemudian.
2. Masukkan Info Perjalanan
Pada ruangan disediakan, masukkan tempat kita bertolak (FROM), tempat yang dituju (TO) serta tarikh perjalanan pergi (ONWARD DATE) bagi one-way. Jika anda ingin beli tiket bagi perjalanan pergi-balik atau two-ways, boleh isikan terus kotak tarikh perjalanan balik (RETURN DATE). Jika kita hanya ingin beli tiket untuk pergi sahaja, tinggalkan kosong pada ruang kotak tarikh perjalanan balik (RETURN DATE).
Sebagai contoh, saya akan isi tiket perjalanan saya dari TBS ke Jeli pada 28 November 2022 dan saya hanya mahu one-way perjalanan sahaja. Jadi, saya isi maklumat seperti berikut.
3. Klik Search Buses
Apabila ditekan butang Search Buses, paparan baharu akan keluar. Pada paparan ini, akan ditunjukkan pelbagai jenis maklumat seperti bilangan bas yang tersedia, waktu perjalanan, durasi perjalanan, harga tiket bas, berapa jumlah tempat duduk yang masih ada serta berapa jumlah tempat duduk untuk single-seat.
Anda boleh skrol ke bawah dan perhatikan maklumat-maklumat yang berkait. Contohnya, anda nak perjalanan sebelah pagi atau sebelah malam. Juga, anda mungkin nak cari bas yang mempunyai single-seat sebab tak selesa duduk berdua dengan penumpang lain. Setiap bas yang tersedia mempunyai jenama berlainan. Sebagai contoh, bagi perjalanan dari TBS ke Jeli, ada bas Ekspres Perdana, Konsortium Mutiara dan Musafir sahaja.
4. Klik View Seats
Setelah kita selesai memilih bas yang diingini, tekan butang View Seats dan paparan baharu akan keluar. Sebagai contoh, saya akan memilih bas Ekspres Perdana pada pukul 10 pagi. Kita boleh lihat bawa bas tersebut akan menuju ke UMK Jeli kerana Jeli mempunyai 3 tempat untuk turun bas. Jadi, bagi bas Ekpress Perdana, penumpang akan turun di UMK Jeli.
5. Pilih Dan Klik Tempat Duduk
Paparan ini akan menunjukkan tempat duduk yang berada di dalam bas. Lower Deck adalah tingkat bawah dan Upper Deck adalah tingkat atas bagi bas double-decker. Sebahagian bas cuma ada satu tingkat sahaja.
Warna kerusi yang putih menunjukkan bahawa tempat duduk tersebut masih tersedia manakala warna kerusi yang kelabu menunjukkan bahawa kerusi tersebut sudah ada orang. Jadi, saya akan memilih kerusi 1A di tingkat atas dan klik kerusi tersebut.
6. Klik Proceed To Book
Apabila tekan kerusi yang diingini, paparan menu akan keluar pada sebelah kanan dan menunjukkan maklumat ringkas tentang perjalanan. Kemudian, jika semua okay, tekan butang Proceed To Book.
Apabila ditekan butang Proceed To Book, akan keluar paparan menu pop-up yang bertanyakan kita sama ada kita masih mahu beli tiket perjalanan kembali. Pendapat saya, tidak perlu memilih untuk beli tiket perjalanan kembali kecuali jika sudah ada perancangan yang tetap. Jadi, tekan butang Not Now.
7. Masukkan Maklumat Dalam Kotak
Kemudian, satu paparan sebelah kanan akan keluar. Jadi, isi setiap ruangan yang telah disediakan dan pastikan setiap maklumat itu betul dan tepat. Antara perkara yang perlu diisi ialah nama penuh, umur, nombor telefon dan email. Kemudian, tandakan pada bahagian yang patut.
Pada bahagian bawah, ada pilihan untuk mendapatkan pembayaran balik duit tiket jika kita tidak jadi untuk naik bas. Pembayaran tambahan yang perlu dilakukan ialah sebanyak RM2.33 satu tiket.
Terdapat juga pilihan insurans bas sebanyak RM1.00 jika berlaku perkara yang tidak diingini. Kita doakan keselamatan perjalanan pergi dan balik serta lancar semua urusan.
8. Klik Proceed To Pay Dan Buat Pembayaran
Pada paparan ini, akan keluar maklumat tentang pembayaran pada sebelah kiri dan maklumat tentang diri kita pada sebelah kanan. Jadi, semak dahulu maklumat kita dan pastikan semuanya betul.
Bagi lakukan pembayaran pula, ada 4 jenis saluran yang boleh dibuat iaitu online banking, kad debit, kad kredit dan RedBus Wallet. RedBus Wallet ini sama sahaja fungsinya seperti Shopee Pay. Jadi, lakukan pembayaran seperti biasa. Pastikan kita lakukan pembayaran dalam tempoh 10 minit.
9. Semak Email Yang Didaftarkan
Setelah pembayaran semua selesai, satu email akan dihantar kepada kita iaitu email yang mengandungi tiket bas kita. Jadi, buka email tersebut dan download tiket tersebut dalam bentuk fail pdf dan simpan dalam telefon untuk tujuan rujukan nanti. Kita tidak perlu cetak tiket bas dan hanya tunjuk pdf tersebut kepada pemandu bas sahaja
10. Tukar Kepada Scannable Ticket (Bergantung)
Bagi kes tertentu, kita perlu tukar kepada scannable ticket. Sebagai contoh, kita jika naik di TBS atau stesen bas Shah Alam, kita tidak perlu cetak tiket tetapi kita perlu pergi ke kaunter bas disitu dan tukarkan kepada scannable ticket. Scannable ticket adalah tiket bas yang mempunyai QR-Code diatas dan ianya berfungsi untuk kita masuk ke ruangan khas sebelum naik bas. Caranya mudah sahaja.
Saya ambil contoh di stesen bas Shah Alam. Anda pergi ke kaunter tiket di stesen bas tersebut dan tunjukkan tiket di dalam telefon anda kepada pekerja disitu. Pekerja tersebut akan proses urusan anda. Setelah siap, pekerja tersebut akan berikan tiket fizikal yang mempunyai QR-Code kepada anda. Bayarannya hanyalah RM1.00 sahaja.
Scannable ticket hanya bergantung kepada tempat tertentu sahaja. Jika kita naik bas di stesen bas yang besar seperti TBS atau stesen bas Shah Alam, kita perlu tukar kepada scannable ticket. Jika kita naik bas di tempat stesen bas kecil atau di tepi jalan, tunjukkan tiket dalam telefon kepada pemandu bas sudah memadai.
Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.
Tags
Tips & Perkongsian