7 Tips Belajar Untuk Dapatkan Pointer Yang Tinggi Bagi Pelajar Universiti


Seorang mahasiswa perlu tahu bahawa mencapai pointer GPA dan CGPA yang tinggi bagi setiap semester adalah sangat penting. Ini kerana merit tersebut dapat mempengaruhi kelayakan anda untuk mohon biasiswa, bantuan pelajar, tempat latihan industri yang baik, jawatan dalam suatu pekerjaan dan lain-lain.

Jika pointer GPA anda jatuh, maka pointer CGPA anda akan jatuh sekali. Dengan kata lain, ianya sangat penting bagi anda untuk mencapai pointer GPA yang baik supaya pointer CGPA anda akan naik dan tidak jatuh. Jika pointer GPA anda sangat rendah, berkemungkinan anda akan digantung atau dibuang dari universiti.

Sekiranya pointer GPA anda sudah jatuh atau pointer CGPA anda rendah, sudah tiba masanya untuk ambil tindakan yang betul bagi memperbaiki situasi sebegini. Berikut ialah beberapa tips belajar yang boleh dibuat untuk mendapatkan pointer GPA yang tinggi, sekaligus meningkatkan pointer CGPA anda. Tips ini juga sangat berguna bagi mahasiswa yang baru sahaja melangkah masuk ke menara gading.

1. Sentiasa Hadirkan Diri Ke Kelas
Kehadiran ke kelas adalah sangat penting bagi seorang pelajar. Walaupun ramai pensyarah yang berhenti mengambil kehadiran selepas beberapa minggu pertama atau hanya ambil kehadiran sekali-sekali sahaja, anda tetap perlu berusaha untuk menghadiri setiap kelas yang ada dalam jadual anda.

Jika anda sering ponteng kelas, kemungkinan besar yang anada akan terlepas topik-topik penting dalam kuliah yang akan muncul dalam kuiz atau ujian. Tambahan pula, jika anda ponteng pada hari dimana pensyarah mengadakan kuiz atau ujian, anda berkemungkinan akan dapat markah kosong kecuali atas alasan yang kukuh.

Sentiasa bersikap proaktif dan hubungi pensyarah anda jika anda tidak dapat menghadiri ke kelas bagi mengetahui topik yang anda terlepas pada hari tersebut. Anda juga boleh meminjam nota kawan anda yang menghadirkan diri ke kelas untuk buat salinan topik yang diajarkan oleh pensyarah. Pastikan anda mencatat semua topik yang di ajar serta lakukan semua latihan yang telah diberikan supaya anda tidak akan ketinggalan apabila anda hadir ke kelas kemudian.

2. Jangan Takut Untuk Bertanya Dengan Pensyarah
Jika anda tidak faham topik yang diajarkan oleh pensyarah, anda perlu beranikan diri untuk mengangkat tangan dan bertanya tentang topik tersebut. Jika anda rasa malu untuk bertanya didepan orang ramai, boleh buat temujanji untuk bertemu dan berbincanga dengan pensyarah anda secara bersemuka ataupun melawat ke pejabat mereka sewaktu office hour. 

Pensyarah merupakan sumber rujukan anda dan mereka mahu melihat anda berjaya. Ianya bukan satu kesalahan yang besar jika anda memerlukan mereka untuk memberi penjelasan dengan lebih mendalam tentang topik yang diajari atau tugasan yang diberikan kerana itulah tugas mereka.

3. Hadir Sesi Pembelajaran Tambahan Atau Sertai Study Group
Sesetengah pensyarah sering mengadakan sesi pembelajaran tambahan sebelum peperiksaan atau untuk menambahkan ilmu supaya semua pelajar akan dapat pertolongan apabila anda perlukannya. Dengan kata lain, pensyarah tersebut mengorbankan waktu peribadi mereka semata-mata untuk mengajar anda semua bagi menambahkan kefahaman topik yang diajar

Saya amat menggalakan anda untuk hadiri sesi sebegini walaupuan anda rasa tidak perlukan bantuan dalam topik berkaitan. Berkemungkinan besar anda akan dapat ilmu yang baru atau perbaiki jurang pengetahuan yang sedia ada dan boleh digunakan pada masa depan. Sesetengah pensyarah juga menawarkan markah tambahan dalam carrymark bagi pelajar yang hadir.

Anda juga boleh buat study group bersama dengan rakan sekelas anda sendiri kerana study group mempunyai beberapa kelebihan yang tertentu. Jika sesi study group sering diadakan, ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk peperiksaan, menyemak nota sesama sendiri jika ada yang tertinggal dan membina satu sistem sokongan antara satu sama lain jika pensyarah anda tidak ada 
masa.

4. Duduk Di Meja Hadapan
Setiap tempat duduk didalam kelas mempunyai kadar tumpuan dan produktiviti yang berbeza. Jika anda mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan dalam kelas, anda boleh cuba untuk duduk dibarisan paling hadapan. Anda akan rasa lebih fokus waktu belajar dan sangat mudah untuk menumpukan perhatian semasa sesi syarahan sedang dijalankan.

5. Buat Nota Yang Mudah Dibaca Dan Difahami
Walaupun mencatat nota boleh jadi satu aktiviti yang sangat membosankan, tetapi ianya sangat penting untuk memahami topik yang dipelajari. Jika anda tidak menemui cara dah gaya untuk mencatat nota yang sesuai dengan anda, anda boleh cuba untuk terokai cara yang lain. Kebanyakan mahasiswa diluar negara menyukai Cornell Notes kerana sistem catatan tiga-lajur sangat membantu untuk memberi kefahaman serta memudahkan pembacaan.

Sesetengah pelajar tidak suka menggunakan Cornell Notes dan mungkin cara tersebut tidak sesuai baginya. Kaedah catatan nota boleh mengikut kreativiti tersendiri, dan pastikan ianya tidak rumit untuk dibaca dan difahami. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Cornell Note, boleh klik link dibawah.

Cornell Note Taking — The Best Way To Take Notes Explained

6. Dapatkan Tidur Yang Secukupnya
Tabiat tidur yang baik dapat membantu anda menjadi lebih sihat dan segar. Majoriti pelajar universiti mengorbankan waktu tidur mereka semata-mata untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah masing-masing. Tabiat ini bukan sahaja tidak sihat, malahan dapat meletihkan tubuh anda dengan cepat.

Jika anda dapat tidur secukupnya pada waktu malam, tubuh anda akan berasa lebih segar dah sihat pada keesokan harinya. Tidur yang cukup dapat menambahkan tumpuan dalam kelas, mengurangkan tekanan dan menguatkan sistem imun dalam tubuh badan. Pelajar kolej harus mendapatkan tidur selama 7 hingga 8 jam setiap malam. 

7. Luangkan Masa Untuk Belajar Sendiri Dan Siapkan Tugasan
Perkara penting yang boleh anda lakukan untuk kekalkan pointer GPA supaya kekal berada pada tahap yang tinggi ialah sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan pada waktu yang tetap dan sentiasa belajar sendiri. Jika anda perlu menggunakan masa dan tenaga untuk menyiapkan tugasan yang ada, anda akan lebih bersedia apabila tiba waktu untuk hadapi peperiksaan. Belajar sendiri boleh dibuat sama ada di bilik atau diperpustakaan, bergantung kepada keselesaan. 

Rumusan
Akademik sangat penting tetapi anda tidak perlu hidup dalam keadaan tertekan semata-mata ingin mengejar pointer GPA yang maksimum. Selagi anda komited dengan pendidikan yang dipelajari dan mengambil langkah-langkah yang tepat, anda sudah berada di landasan yang betul. 

Natijahnyam, jika terdapat beberapa halangan sepanjang pembelajaran, ini merupakan asam-garam dalam kehidupan sendiri. Halangan sebegini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan akan menjadikan diri anda lebih bijak dan kuat.

Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama