Teknik Compounding vs Teknik Rolling Dividen: Apa Yang Pelabur ASBF Wajib Tahu


Di dalam suatu pelaburan, pelbagai strategi yang digunakan oleh para pelabur bagi memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan risiko kerugian. ASB Financing juga tidak lari dari penggunaan teknik supaya pelaburan yang dibuat akan memberikan hasil yang berbaloi.

Strategi yang sering dicanang dalam pelaburan ASB Financing adalah teknik compounding dan atau teknik rolling dividen. Penulisan kali ini akan membincang tentang apa sebenarnya teknik compound dan teknik rolling dividen serta apa manfaatnya kepada pelabur ASB Financing.

1. Jom Kenal Teknik Compounding
Teknik compound secara asas, anda hanya membuat pembayaran kepada bank setiap bulan sehingga tamat kontrak maksimum atau sehingga ke waktu dimana anda mahu menamatkan kontrak ASB Financing. Dengan kata lain, anda tidak menyentuh sedikitpun dividen yang ada di dalam akaun ASB anda.

Tahun pertama, anda akan dapat dividen atas sijil pinjaman ASB sahaja manakala pada tahun seterusnya, anda akan dapat dividen atas sijil pinjaman ASB serta dividen atas dividen tahun lepas. Dengan kata lain, dividen pada tahun lepas juga akan menjana dividen baru kepada anda.

Katakan anda mula membuat ASB Financing pada bulan Januari 2021. Maklumat kontrak ASB Financing anda adalah seperti berikut.

Jumlah ASB Financing : RM100,000.00
Kadar Faedah Dikenakan : 4.20%
Tempoh Kontrak : 40 tahun atau 480 bulan
Kadar Bayaran Bulanan : RM430.46
Kadar Bayaran Tahunan : RM5,165.52
Kadar Dividen Tahunan : 5.00%

Jadi, pada awal tahun 2022, anda akan mendapat dividen sebanyak RM5,000.00 sahaja. Anda tidak mengusik sebarang dividen yang anda dapat dan teruskan pembayaran setiap bulan kepada bank seperti biasa. Kiraannya adalah seperti berikut.

Kiraan Dividen Awal Tahun 2022:
Jumlah Sijil : RM100,000.00 x 1.05 = RM105,000.00 (nilai dalam akaun anda)
Jumlah Dividen Tahun Ini : RM105,000 -  RM100,000.00 = RM5,000.00

Jadi, pada awal tahun 2023, anda akan mendapat dividen sebanyak RM5,250.00 dalam akaun ASB. Dari mana datangnya lebihan RM250.00 itu? Lebihan tersebut merupakan dividen atas atas dividen tahun lepas. Kiraannya adalah seperti berikut.

Kiraan Dividen Awal Tahun 2023:
Jumlah Sijil : RM105,000.00 x 1.05 = RM110,250.00 (nilai dalam akaun anda)
Jumlah Dividen Tahun Ini : RM110,250.00 -  RM105,000.00 = RM5,250.00

Bagaimana pula pada awal tahun 2024? Anda akan akan mendapat dividen sebanyak RM5,512.50 dalam akaun ASB.

Kiraan Dividen Awal Tahun 2024:
Jumlah Sijil : RM110,250.00 x 1.05 = RM115,762.50 (nilai dalam akaun anda)
Jumlah Dividen Tahun Ini : RM115,762.50 -  RM110,250.00 = RM5,512.50

Jadi, jika kita lihat pada bahagian "Jumlah Dividen Tahun Ini", nilai tersebut menaik setiap tahun.

RM5,000.00
(2022)
RM5,250.00
(2023)
RM5,512.50
(2024)

Ini yang dimaksudkan sebagai compounding atau secara mudahnya, dividen atas dividen. Semakin lama anda anda simpan dividen dan tidak usik dividen tersebut, semakin tinggi dividen tahunan anda.

2. Jom Kenal Teknik Rolling Dividen
Teknik rolling secara asas, anda hanya membuat pembayaran kepada bank setiap bulan pada tahun pertama sahaja. Pada tahun-tahun berikutnya, anda hanya menggunakan dividen yang anda dapat untuk melakukan pembayaran bulan kepada bank sehingga tamat kontrak maksimum atau sehingga ke waktu dimana anda mahu menamatkan kontrak ASB Financing.

Katakan anda mula membuat ASB Financing pada bulan Januari 2021. Maklumat kontrak ASB Financing anda adalah seperti berikut.

Jumlah ASB Financing : RM100,000.00
Kadar Faedah Dikenakan : 4.20%
Tempoh Kontrak : 40 tahun atau 480 bulan
Kadar Bayaran Bulanan : RM430.46
Kadar Bayaran Tahunan : RM5,165.52
Kadar Dividen Tahunan : 7.00%

Jadi, pada awal tahun 2022, anda akan mendapat dividen sebanyak RM7,000.00 sahaja. Kemudian anda kira berapa banyak bayaran bulanan yang perlu dibuat dalam tempoh satu tahun. Jadi, jumlah bayaran tersebut adalah sebanyak RM430.46 x 12 bulan = RM5,165.52 dalam satu tahun. 

Kemudian, anda keluarkan kesemua dividen yang diperolehi dan gunakan sebahagian dividen tersebut untuk lakukan pembayaran bulanan kepada bank dan bakinya, anda gunakan untuk keperluan anda.

Kiraan Dividen Pada Awal Tahun 2022:
Jumlah Sijil : RM100,000.00 x 1.07 = RM107,000.00 (nilai dalam akaun anda)
Jumlah Dividen Tahun Ini : RM107,000 -  RM100,000.00 = RM7,000.00
Pengeluaran Dividen : RM7,000.00
Jumlah Bayaran Tahunan : RM5,165.52
Baki Yang Boleh Digunakan : RM7,000.00 - RM5,165.52 = RM1,834.48
Jumlah Sijil Setelah Ditolakkan Dividen : RM100,000.00

Untuk tahun 2023 dan 2024, prosesnya adalah sama seperti tahun 2022. 

Kiraan Dividen Pada Awal Tahun 2023:
Jumlah Sijil : RM100,000.00 x 1.07 = RM107,000.00 (nilai dalam akaun anda)
Jumlah Dividen Tahun Ini : RM107,000 -  RM100,000.00 = RM7,000.00
Pengeluaran Dividen : RM7,000.00
Jumlah Bayaran Tahunan : RM5,165.52
Baki Yang Boleh Digunakan : RM7,000.00 - RM5,165.52 = RM1,834.48
Jumlah Sijil Setelah Ditolakkan Dividen : RM100,000.00

Kiraan Dividen Pada Awal Tahun 2024:
Jumlah Sijil : RM100,000.00 x 1.07 = RM107,000.00 (nilai dalam akaun anda)
Jumlah Dividen Tahun Ini : RM107,000 -  RM100,000.00 = RM7,000.00
Pengeluaran Dividen : RM7,000.00
Jumlah Bayaran Tahunan : RM5,165.52
Baki Yang Boleh Digunakan : RM7,000.00 - RM5,165.52 = RM1,834.48
Jumlah Sijil Setelah Ditolakkan Dividen : RM100,000.00

Jadi, jika kita lihat pada bahagian "Jumlah Dividen Tahun Ini", nilai tersebut konsisten setiap tahun.

RM7,000.00
(2024)
RM7,000.00
(2023)
RM7,000.00
(2024)

Ini yang dimaksudkan sebagai teknik rolling dividen. Kita hanya lakukan pembayaran pada tahun pertama sahaja dan gunakan dividen yang diperoleh setiap tahun untuk lakukan pembayaran seterusnya.

3. Perbezaan Teknik Compounding Dengan Teknik Rolling Dividen

Teknik Compounding Teknik Rolling Dividen
Pembayaran Bulanan Dibuat Dengan Menggunakan Duit Sendiri Pembayaran Bulanan Dibuat Dengan Menggunakan Duit Dividen
Keuntungan Yang Lebih Besar Keuntungan Yang Lebih Kecil
Bayar Duit Sendiri Sehingga Tamat Kontrak Bayar Duit Sendiri Dalam 5 Tahun Pertama
Dividen Tidak Dikeluarkan Dividen Perlu Dikeluarkan
Sesuai Untuk Jangka Pendek Dan Panjang Sesuai Untuk Jangka Panjang
Mencapai Target Lebih Cepat Mencapai Target Lebih Lambat

4. Bila Waktu Sesuai Untuk Pakai Teknik Rolling Dividen?


Teknik rolling dividen sesuai digunakan apabila dividen yang kita peroleh melebihi pembayaran bulanan selama satu tahun. Dengan kata lain, kadar perlu mendapatkan kadar dividen tahunan yang tinggi. Mengikut perkiraan yang saya buat, kadar dividen tahunan yang minimum untuk lakukan teknik rolling dividen adalah melebihi 6%. Jika kurang, tak sesuai buat teknik rolling dividen.

Jika kita mahu buat teknik rolling dividen tetapi kadar dividen tahunan adalah kurang dari 6%, maka kita perlu pakai teknik compounding selama beberapa tahun dahulu. Dengan kata lain, pada lima tahun pertama, kita pakai teknik compounding. Kemudian, pada tahun seterusnya iaitu tahun keenam dan keatas, kita pakai teknik rolling dividen.

6. Siapa Yang Perlu Pakai Teknik Rolling Dividen?


Jika anda mempunyai pendapatan yang sederhana sahaja atau tidak mempunyai pendapatan sampingan, boleh pakai teknik rolling dividen tetapi pastikan anda pakai teknik rolling pada waktu yang sesuai. Walaupun begitu, dinasihatkan untuk lakukan pembayaran duit sendiri pada 5 tahun pertama sebelum beralih ke teknik rolling dividen.

7. Siapa Yang Perlu Pakai Teknik Compounding?


Jika anda seorang yang mempunyai pendapatan yang tinggi dan kukuh atau mempunyai lebihan wang yang tidak digunakan, teknik compounding merupakan teknik yang paling sesuai untuk anda. Dengan kata lain, status kewangan anda sekarang tidak akan mengganggu kehidupan anda jika anda perlu buat bayaran kepada bank setiap bulan.

8. Cadangan Kepada Mereka Yang Ingin Melabur ASB Financing
Cadangan yang sering saya lontarkan kepada sahabat-sahabat saya yang hendak melabur dalam ASB Financing adalah 'puasa' dahulu selama 5 tahun. Kemudian, boleh pilih untuk teruskan perjalanan atau boleh berhenti sahaja. 

Maksudnya adalah, saya minta mereka buat teknik compounding selama 5 tahun iaitu lakukan pembayaran secara konsisten selama 5 tahun pertama. Tak kisah sakit macam manapun, 'puasa' dahulu 5 tahun. Selepas 5 tahun, boleh pilih sama ada nak batalkan kontrak ASB Financing atau teruskan. 

Jika mahu teruskan, boleh pilih samada mahu terus pakai teknik compounding atau boleh guna teknik rolling dividen. Jika mahu batalkan kontrak, boleh hubungi pihak bank untuk proses pembatalan.

Rumusan
Nasihat saya adalah, sebelum nak menggunakan apa-apa teknik yang ada, sebelum nak lakukan pelaburan, pastikan kita faham dahulu apa yang kita laburkan. Saya sering nasihati rakan saya supaya buat pelaburan ASB Financing dengan nilai yang kita mampu bayar sahaja. Ringkasan jadual pembayaran adalah seperti berikut dengan kontrak 40 tahun

Jumlah ASB Financing Anggaran Bayaran Bulanan
RM50,000.00 RM200.00 hingga RM300.00
RM100,000.00 RM400.00 hingga RM500.00
RM150,000.00 RM600.00 hingga RM700.00
RM200,000.00 RM800.00 hingga RM900.00

Kalau kita hanya mampu bayar maksimum sebanyak RM300.00 sahaja setiap bulan, ambil sahaja ASB Financing sebanyak RM50,000.00 untuk tempoh kontrak 40 tahun. Jangan sesekali ambil lebih dari kemampuan kita. Ingat, pelaburan merupakan satu perjalanan yang panjang.

Itu sahaja dari saya. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama