Dilema bagi sesetengah orang adalah perlu memilih sama ada ingin bekerja dibandar atau dikampung. Terdapat banyak kelebihan dan kekurangan bagi kedua-dua pilihan tetapi mana yang lebih baik? Kedua-dua pilihan mempunyai banyak persamaan tetapi ada beberapa perbezaan dari segi kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Kelebihan Kerja Di Bandar
1. Fasiliti Kerja Yang Lebih Moden
Fasiliti kerja dibandar sememangnya lebih moden berbanding dikampung. Contoh paling mudah adalah peralatan kerja seperti komputer. Kebanyakan komputer ditempat kerja kawasan bandar adalah komputer yang terkini dan lebih up-to-date. Kemudian, kebanyakan tempat kerja dibandar mempunyai kemudahan fasiliti seperti gim di tempat kerja atau mempunyai mesin kopi.
2. Skop Kerja Yang Lebih Menepati Aliran Pembelajaran
Tidak dapat dinafikan, kepelbagaian jawatan yang ada dibandar menyebabkan peluang untuk mendapat pekerjaan yang menepati aliran pembelajaran lebih tinggi. Kebanyakan jawatan-jawatan yang dipelajari di universiti hanya ada dibandar sahaja seperti saintis data.
3. Pengangkutan Awam Yang Lebih Mudah
Dikawasan bandar, terdapat lebih banyak pengangkutan awam yang akan memudahkan urusan kerja. Sebagai contoh, pengangkutan awam yang aktif adalah bas, grab, Monerel, LRT dan MRT.
4. Kadar Gaji Yang Lebih Tinggi
Kebanyakan jawatan kerja dibandar menawarkan kadar gaji yang lebih tinggi berbanding dikampung. Sudah tentu, kadar gaji yang telah ditetapkan dan ditawarkan bergantung kepada kelayakan pemohon tersebut.
5. Fasiliti Awam Yang Lebih Lengkap
Memang terdapat banyak fasiliti awam yang disediakan dikawasan bandar. Sebagai contoh, terdapat banyak taman rekreasi yang telah disediakan kepada orang awam untuk digunakan dan tempat tersebut lengkap dengan tandas serta lain-lain
6. Halatuju Yang Tetap
Sudah tentu, majoriti jawatan yang ada dibandar telah ada struktur halatuju yang tetap. Contoh yang paling mudah adalah kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi. Dengan kata lain, kita akan bermula dari bawah dan dalam tempoh masa tertentu, kita akan naik ke atas.
Kekurangan Kerja Di Bandar
1. Tahap Stress Hidup Yang Lebih Tinggi
Stress disini bukan sahaja merujuk kepada persekitaran kerja tetapi juga persekitaran sekeliling. Majoriti orang yang pergi ke bandar hanya untuk bekerja sahaja. Dengan kata lain, kehidupan di sana hanya untuk bekerja.
2. Kos Sara Hidup Yang Lebih Tinggi
Tidak dapat dinafikan bahawa kos sara hidup dibandar lebih tinggi jika dibandingkan dengan kampung. Dengan kata, banyak duit terpaksa digunakan bagi memenuhi keperluan harian jika kerja di bandar
3. Terpaksa Menghadap Jem Setiap Hari
Situasi ini sering berlaku pada waktu puncak dimana semua kenderaan berada di atas jalan dalam satu masa untuk pergi ke tempat kerja. Apabila situasi ini berlaku, berkemungkinan besar yang sesakan lalu lintas dan jem akan berlaku.
4. Tahap Pencemaran Bunyi Yang Lebih Tinggi
Bandar merupakan metropolitan dibandar kenderaan sering lalu-lalang dan akan mengeluarkan pelbagai bunyi yang bising. Contoh paling mudah adalah bunyi hon lori yang sangat kuat. Jika kita sedang tidur, kemungkinan kita akan tersedar dek kerana bunyi hon tersebut.
5. Kerap Bayar Tol
Laluan bertol merupakan satu laluan alternatif jika kita ingin sampai ke tempat kerja dengan lebih cepat. Walaupun begitu, laluan bertol perlu dibuat pembayaran setiap kali digunakan.
6. Jauh Dari Keluarga
Apabila kita bekerja dibandar, sudah tentu kita akan berjauhan dengan orang tua kita sendiri. Kita akan merindukan suasana kampung serta pelbagai kenangan lain.
Kelebihan Kerja Di Kampung
Stress disini bukan sahaja merujuk kepada persekitaran kerja tetapi juga persekitaran sekeliling. Sudah tentu kerja di kampung ada juga stress yang perlu dihadapi tetapi persekitaran di kampung yang lebih selesa dan green environment menyebabkan tahap stress hidup bagi yang bekerja di kampung adalah lebih rendah.
2. Kos Sara Hidup Yang Lebih Rendah
Kebanyakan makanan dan barang yang dijual dikampung jauh lebih murah dari bandar. Sebagai contoh, ada tempat di kampung masih menjual nasi berlauk ayam dengan harga RM3.00 sahaja satu bungkus.
3. Tiada Jem Atau Hanya Sesekali Sahaja Jem
Disebabkan kurangnya kenderaan yang ada dikampung, maka sudah tentu situasi yang jem akan berlaku adalah rendah atau tiada. Tidak pernah lagi ada jem yang berlaku setiap hari di kawasan kampung kecuali berlaku kemalangan, musim perayaan atau cuti am.
4. Tahap Pencemaran Bunyi Yang Lebih Rendah
Disebabkan kurangnya kenderaan yang ada dikampung, maka sudah tentu tahap pencemaran bunyi akan berada pada tahap yang lebih rendah. Dengan kata lain, berkemungkinan situasi lori lalu-lalang dan membunyikan hon hanyalah sekali-sekala sahaja.
5. Tiada Tol
Saya belum dengar lagi bahawa ada tol di kawasan kampung. Jadi, sudah tentu mereka yang bekerja di kampung tidak perlu memikirkan mengenai kos tol.
6. Dekat Dengan Keluarga
Sudah tentu, bila sahaja kita bekerja di kampung, kita akan lebih dekat dengan keluarga kita sendiri. Tambahan lagi, kita boleh tinggal dengan keluarga kita tanpa perlu memikirkan rumah sewa.
Kekurangan Kerja Di Kampung
1. Fasiliti Kerja Yang Agak Ketinggalan
Majoriti dari syarikat yang ada dikawasan kampung mempunyai fasiliti kerja yang agak ketinggalan. Sebagai contoh, sesetengah PC syarikat masih menggunakan Windows 7 walaupun pada zaman sekarang, Window 11 merupakan sistem operasi yang terkini. Tambahan pula, ada syarikat yang tidak menyediakan kemudahan pantri dan sebagainya.
2. Skop Kerja Yang Kurang Menepati Aliran Pembelajaran
Disebabkan kurangnya bilangan kerja yang ada di kampung, maka agak susah untuk kita mendapatkan kerja yang menepati aliran pembelajaran sendiri. Sebagai contoh, ada sesetengah jawatan hanya terdapat dibandar sahaja dan tiada di kampung seperti penganalisa data (data analytic).
3. Pengangkutan Awam Yang Lebih Susah
Pengangkutan awam yang ada dikawasan kampung sangat terhad. Antaranya adalah bas dan juga teksi. Itupun jadual pengangkutan yang tidak tetap dan cuma masuk ke sesuatu tempat sekali dua sahaja dalam masa sehari. Jika kita hendak pergi ketempat kerja dengan menggunakan pengangkutan awam di kampung, agak sukar sebenarnya.
4. Kadar Gaji Yang Lebih Rendah
Salah satu punca besar kenapa sebilangan anak muda lebih cenderung pergi kerja ke bandar kerana kadar gaji di kampung jauh lebih rendah. Kenyataan ini sangat benar kerana syarikat-syarikat yang berada di kawasan kampung tidak mampu memberi gaji yang tinggi berikutan saiz perniagaan yang dibuat hanya kecil atau sederhana sahaja.
5. Fasiliti Awam Yang Kurang Lengkap
Tidak dapat dinafikan, fasiliti awam dikawasan kampung kurang lengkap jika dibandingkan dengan bandar. Secaranya mudahnya, anda perlu pergi ke tempat yang lebih jauh untuk mendapatkan suatu perkhidmatan. Jika dalam situasi kerja, anda perlu pergi ke tempat yang agak jauh untuk keluarkan duit dari bank.
6. Halatuju Yang Tidak Menentu
Kebanyakan kerja di kampung hanya satu kerja tetap dan tidak ada halataju kerjaya. Dengan kata lain, kerja tersebut hanya dapat memberikan kemahiran untuk jawatan tersebut sahaja.
Pendapat Peribadi
Jika anda ingin mendapatkan gaji yang lebih tinggi dan mahu timba pengalaman berdasarkan aliran pembelajaran sendiri, maka cadangan saya supaya anda keluar dari kampung dan pergi kerja ke bandar.
Jika anda tidak mahu terlibat dengan stress sekeliling atau hadap jem, serta mahu menikmati kos sara hidup yang lebih rendah serta dekat dengan keluarga, maka cadangan saya supaya anda kerja dahulu dikawasan kampung.
Rumusan
Tidak ada salahnya samada anda ingin bekerja di bandar atau di kampung. Niatkan dalam hati bahawa anda bekerja kerana Tuhan dan bukannya kerana duit. Pilihan tersebut bergantung kepada diri masing-masing kerana semua orang tidak mempunyai situasi yang sama.
Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih
Tags
Kerja