Cara Menyemak Tempat Mengundi Semasa Pilihan Raya Di Malaysia


Pilihan Raya Umum merupakan pilihan raya yang diadakan satu kali dalam masa empat tahun di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Rakyat Malaysia yang mencapai umur 18 tahun telah layak untuk mengundi mana - mana parti yang ingin dipilih untuk mentadbir kawasan tersebut. Salah satu perkara yang penting sebagai rakyat adalah tahun dimana tempat yang kita akan mengundi. Zaman sekarang amat mudah. Semua semakan boleh dibuat di hujung jari sahaja. Jadi,berikut dibawah merupakan cara-cara untuk membuat semakan tempat yang kita akan mengundi.

1. Pergi ke laman web MySPRSemak dengan menggunakan komputer atau telefon. Saya cadangkan untuk pakai komputer atau laptop bagi paparan yang lebih jelas dan mudah untuk simpan maklumat kita.



2. Tekan Semakan Daftar Pemilih.



3. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor perkhidmatan bagi tentera atau polis.



4. Masukkan Aksara Captcha seperti yang tertera.



5. Tekan butang Semak.



6. Jika berjaya, akan keluar paparan seperti dibawah. Jika tidak berjaya, ulang proses sekali lagi sampai berjaya. Kadang - kadang, proses semakan perlu dibuat berulang kali disebabkan sistem yang sering tergendala berikutan ramai orang yang buat semakan dalam satu masa. Kotak Maklumat Peribadi Pemilih merupakan biodata diri kita dan kotak Daftar Pemilih Yang Telah Disahkan merupakan maklumat tentang kawasan mengundi.  Tempat yang kita akan mengundi ada pada bahagian Lokaliti tetapi biasanya Lokaliti memberi kawasan yang tidak tetap. Untuk semakan yang lebih tepat, boleh rujuk kepada penghulu, ketua kampung atau orang - orang yang berkaitan dengan perihal ini. 



7. Skrol ke bawah dan boleh tekan butang Cetak untuk simpan maklumat kita dalam bentuk pdf bagi tujuan rujukan.



8. Tekan butang Download dan kita akan dapat satu file pdf yang mempunyai maklumat kita.



9. Saya cadangkan untuk cetak pdf tersebut dan serahkan kepada orang tua kita bagi memudahkan rujukan mereka jika perlu.



Itu sahaja dari saya. Sekian, terima kasih. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama