Setelah kita bertungkus lumus selama sebulan, akhirnya hari gaji telah pun tiba. Kita semak akaun bank kita dan duit gaji telah masuk. Sambil berfikir, banyak benda kemahuan yang nak dibeli dengan duit gaji pertama yang kita dapat tapi tunggu dulu.
Tahukah anda bahawa Berita Harian telah keluarkan satu artikal pada 11 Disember 2019 dimana tajuk artikel tersebut adalah "60 peratus muflis adalah golongan anak muda".
Salah satu puncanya adalah cara pengurusan duit yang salah. Jika gaji pertama sahaja kita dah boros, apatah lagi gaji kita yang seterusnya.
Jadi, pada kali ini, saya akan bagi beberapa tips untuk memastikan anda uruskan gaji pertama dengan betul supaya bulan-bulan seterusnya, kita sudah tahu apa yang perlu dibuat.
1. Senaraikan dan Uruskan Semua Hutang
Pertama dan paling penting, kita senaraikan dahulu semua hutang yang kita ada terutamanya hutang dengan bank dan hutang pelajaran.Benda ini penting kerana hutang tersebut dapat menjejaskan rekod CCRIS jika kita lewat bayar hutang atau tidak bayar langsung.
Jadi, buat satu senarai penuh tentang semua hutang yang kita ada dari A sampai Z. Saya ada sediakan satu senarai hutang yang mungkin anda tanggung serta cara mengurusnya.
Kemudian pelajari cara pengurusan hutang dengan betul dan berhemah.Untuk itu, saya sudah sediakan penulisan tentang cara pengurusan hutang. Jika anda ingin nak tahu dengan lebih lanjut, boleh klik link dibawah.
2. Buat Perancangan Bajet
Perancangan bajet adalah bagaimana caranya kita nak meminimumkan perbelanjaan tanpa mengorbankan keperluan seharian kita. Terdapat beberapa contoh tentang perancangan bajet yang boleh kita buat.
Pertama, kita penuhkan pakaian yang hendak dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Jika kita perlu basuh dalam sehelai dua sahaja, boleh ambil alternatif untuk basuh dengan menggunakan tangan bagi menjimatkan kos air dan elektrik.
Kedua, boleh sediakan bekal dari rumah ke tempat kerja dan kurangkan berbelanja di kedai luar. Kos untuk kita sediakan makanan dari rumah lebih rendah tetapi ianya akan mengambil masa. Nak makan di kedai luar boleh tetapi hanya sekali-sekala sahaja.
Ketiga, gantikan aktiviti harian atau mingguan yang memakan kos dengan sesuatu yang percuma. Contohnya, kita boleh melakukan senaman ringkas di rumah dan tidak perlu mendaftar keahlian gim yang memakan kos bulanan.
Perancangan bajet di atas merupakan sebahagian dari perancangan yang boleh dibuat oleh kita. Saya ada sediakan satu senarai perancangan bajet yang lengkap dan penuh.
Jika anda nak tahu dengan lebih lanjut dan terperinci tentang perancanga bajet untuk orang bujang, boleh klik link dibawah.
3. Buka Tabung Simpanan
Tabung simpanan asasnya kita boleh pecahkan kepada beberapa kategori. Sebagai contoh, tabung simpanan kecemasan, tabung simpanan duit muka, tabung simpanan pelaburan dan sebagainya.
Simpanan kecemasan merupakan simpanan 3, 6 atau 12 bulan dari jumlah gaji yang kita terima.
Ianya bertujuan untuk kegunaan kecemasan yang memerlukan penggunaan duit yang banyak dalam masa yang singkat. Ia juga bertindak sebagai sumber kewangan jika kita dipecat dari tempat kerja.
Sebagai contoh, jika gaji bulanan kita adalah sebanyak RM3,000.00 setiap bulan, maka simpanan kecemasan yang perlu kita miliki adalah RM9,000 bagi 3 bulan, RM18,000 bagi 6 bulan atau RM36,000 bagi 12 bulan.
Simpanan duit muka perlu ada sekiranya kita hendak membeli sesuatu yang memerlukan duit muka seperti beli kereta ataupun rumah. Biasanya, kiraan duit muka adalah 10% dari harga benda tersebut.
Contohnya, jika rumah yang ingin dibeli berharga RM300,000.00, maka kita perlu sediakan simpanan duit muka berjumlah RM30,000.00 sebelum beli rumah tersebut.
Simpanan pelaburan pula merupakan simpanan yang akan memberikan dividen tahunan kepada kita seperti simpanan Tabung Haji atau Amanah Saham Berhad (ASB).
Jika anda ingin nak tahu dengan lebih lanjut tentang jenis simpan yang boleh kita buat, boleh klik link dibawah.
4. Belajar Tentang Cukai
Jika anda berpendapatan RM5,000.00 dan ke bawah, anda tidak perlu terlalu risau sebenarnya cukai, tetapi ilmu tentang cukai sangat penting serta fungsinya.
Anda seorang pekerja dan sudah tentu kemungkinan tinggi, gaji anda akan mencapai takat RM5,000.00 dan ketika itu, cukai adalah wajib untuk anda.
Pada asasnya, amaun yang anda bayar dalam cukai akan ditentukan oleh pendapatan yang dicaj cukai, bukannya jumlah pendapatan bercukai seperti gaji. Ia dikira menggunakan formula di bawah:
Pendapatan yang dicaj cukai = Pendapatan bercukai – Pengecualian cukai – Pelepasan Cukai
Pendapatan Bercukai
Pendapatan bercukai adalah seperti gaji bulanan anda.
Pengecualian Cukai
Pengecualian cukai adalah benda yang kita beli dan dikenakan cukai. Kemudiannya, barang tersebut diberi pengecualian cukai dan biasanya untuk menggalakkan pembelian barang tersebut.
Sebagai contoh, anda beli kereta import seperti Mercedes berharga RM300,000.00 dan kereta tersebut dikenakan cukai semasa masuk Malaysia sebanyak 10%.
Jadi, anda perlu bayar sebanyak RM330,000.00 untuk miliki kereta tersebut. Kemudian, Perdana Menteri umum bahawa jika kita beli kereta Mercedes, kita akan dapat pengecualian cukai.
Jadi, disini pengecualian cukai adalah sebanyak RM30,000.00 yang kita akan dapat.
Tujuan Perdana Menteri beri pengecualian cukai ke atas sesuatu produk luar negara adalah untuk menggalakan pembelian produk tersebut dan mengukuhkan hubungan diplomatik antara negara tersebut.
Untuk pengetahuan, pengecualian ini adalah sesuatu yang ada tempoh dan tidak kekal. Sebagai contoh, boleh lihat dokumen insentif pengecualian cukai dibawah.
Dengan kata lain, mungkin kalau anda beli waktu diberi pengecualian cukai, anda akan dapat pengecualian cukai tetapi kawan anda yang beli benda yang sama pada 6 tahun lepas mungkin tidak dapat pengecualian cukai disebabkan dia beli benda tersebut waktu tidak diberi pengecualian cukai.
Pelepasan Cukai
Pelepasan cukai hampir sama dengan pengecualian cukai tetapi pelepasan cukai lebih meluas dan tiada tarikh luput.
Sebagai contoh, pendapatan dividen dari pelaburan Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad diberi pelepasan cukai.
Dividen tersebut dikira sebagai pendapatan kita tetapi pendapatan tersebut diberi pelepasan cukai oleh kerajaan.
Pendapatan Yang Dicaj Cukai
Pendapatan yang dicaj cukai adalah nilaian sebenar yang akan digunakan untuk kira cukai anda. Sebaik sahaja anda mengetahui pendapatan yang dicaj cukai, anda akan dikenakan kadar cukai antara 2% hingga maksimum 26%.
Untuk mereka yang baru dalam pembayaran cukai, berikut adalah langkah yang perlu anda selesaikan supaya urusan memfailkan cukai anda berjaya.
- Daftar nombor PIN – Anda boleh memohon di cawangan LHDN terdekat anda, Borang Nyata Cukai Pendapatan, atau telefon, faks, atau mel.
- Daftar untuk e-Filing – Anda perlu melawat tapak e-Filing untuk mendaftar dan mendapatkan kata laluan.
- Ketahui borang yang perlu diisi – Borang BE untuk pekerja bergaji, Borang B untuk individu yang bekerja sendiri dan Borang P untuk perkongsian.
- Ketahui pengecualian dan pelepasan cukai anda – Adakah anda tahu anda boleh menuntut pelepasan cukai ke atas semua buku yang anda beli?
5. Hidup Dibawah Keperluan
Hidup bukan satu perlumbaan dimana siapa cepat dia dapat dulu. Tiada masalah jika kita perlu hidup dibawah keperluan dan mula langkah dengan perlahan.
Kadar gaji kita mampu untuk beli kereta jenama Toyota tetapi tiada masalah untuk kita pakai jenama Myvi kerana kereta hanyalah satu alat untuk kita bergerak dari titik A ke titik B.
Kadar gaji kita mampu untuk beli jam tangan jenama Rolex tetapi tiada masalah untuk kita pakai jenama Casio kerana jam tangan hanyalah satu alat untuk kita melihat waktu.
Kadar gaji kita mampu untuk beli sweater jenama Gucci tetapi tiada masalah untuk kita beli sweater jenama Nike kerana sweater hanyalah satu pakaian untuk menutup tubuh dan melindungi diri kita dari kesejukan.
Walaupun ianya sangat penting untuk melabur gaji ke arah yang betul demi menjamin masa depan yang cerah, tiada masalah untuk menikmati hasil titik peluh kita sendiri.
Tiada masalah nak minum air Starbucks sekali-sekala. Tiada masalah untuk makan di restoran mewah sekali setahun.
Beri ruang untuk berbelanja sekali-sekala, tetapi sentiasa pertimbangkan hutang dan kewajipan anda.
Rumusan
Gaji pertama merupakan sumber kewangan pertama yang kita dapat atas usaha kita sendiri. Jadi, ianya sangat penting bagi kita untuk tahu apa yang perlu dibuat dengan gaji pertama dan gaji seterusnya.
Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin.
Tags
Kewangan