Senarai Barang Keperluan Bagi Pelajar Baru Sebelum Melangkah Masuk Ke Universiti


Bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, salah satu cabang yang akan diambil adalah sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin ada pelajar yang mengambil diploma mengikut kursus yang diingini. Bagi pelajar yang cemerlang, ada satu cabang khas untuk mereka iaitu sambung ke peringkat Ijazah terus. Bagi pelajar Sains, Asasi atau Matrikulasi mungkin menjadi pilihan utama. 

Jadi, secara tak langsung perlu bersedia dengan semua barang keperluan yang diperlukan sebelum melangkah masuk ke menara gading. Disebabkan ramai pelajar tertanya-tanya tentang barang yang perlu dibawah nanti, maka saya sediakan satu senarai panjang dan lengkap untuk mudahkan urusan anda semua nanti. Senarai yang perlu ada ini dipecahkan kepada beberapa kategori supaya mudah dibaca dan mudah difahami. 

1. Keperluan Dokumen Utama
Dokumen utama merupakan dokumen wajib bagi pelajaran baru kerana semua dokumen ini akan dilihat bagi pendaftar universiti nanti untuk urusan kemasukan pelajar baru. Jadi, simpan semua dokumen ini di dalam satu fail yang khas untuk urusan universiti.
  • Kad pengenalan pelajar (asli + salinan)
  • Slip Sijil Pelajaran Malaysia pelajar (asli + salinan)
  • Surat tawaran kemasukan ke universiti (print)
  • Slip penyata gaji ibubapa (salinan)
  • Surat pengesahan gaji bagi ibubapa yang tiada slip gaji (Asli)
  • Sijil tamat persekolah pelajar (asli + salinan)
  • Laporan pemeriksaan kesihatan / X-Ray (asli)
  • Gambar passport (10 keping)
  • Semua jenis sijil yang dimiliki oleh pelajar
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akademik dan ko-kurikulum
  • Gam biasa (beli yang tak mudah bocor)
  • Dua batang pen dakwat biasa (hitam dan biru)
  • Beberapa biji klip kertas
  • Stapler dan ubat stapler 

Semua keperluan di atas adalah wajib bagi urusan pendaftaran dan empat barang dari bawah ini merupakan barang yang memang akan digunakan oleh pelajar waktu nak daftar.

2. Keperluan Pakaian
Pakaian disini merujuk kepada pakaian yang wajib ada untuk urusan aktiviti Minggu Destinasi Siswa, aktiviti kokurikulum atau urusan-urusan lain berkaitan dengan universiti dan tidak termasuk kepada keperluan harian bagi diri masing-masing.

Senarai pakaian dibawah adalah senarai secara umum dan bilangan helai itu bergantung kepada diri masing-masing kerana setiap universiti mempunyai tempoh masa Minggu Destinasi Siswa yang lain-lain dari hanya 2 hari kepada satu minggu. Jika merasa tidak cukup, boleh tambah sendiri.
  • Baju melayu bagi lelaki
  • Baju kurung bagi wanita
  • Baju T-Shirt lengan pendek bagi lelaki berwarna putih
  • Baju T-Shirt lengan panjang bagi wanita berwarna putih
  • Baju kemeja bagi lelaki
  • Baju T-Shirt atau kemeja lengan panjang atau pendek bagi lelaki atau wanita
  • Seluar track berwarna hitam, kelabu atau berwarna gelap
  • Seluar slack berwarna hitam
  • Kain sarung bagi wanita
  • Kain pelikat bagi lelaki
  • Baju sejuk (sweater) bagi lelaki atau wanita
  • Kain hitam dan baju kurung putih
  • Tudung hitam bagi wanita
  • Anak tudung bagi wanita
  • Songkok bagi lelaki
  • Pakaian peribadi
  • Lain-lain

Semua keperluan pakai diatas merupakan senarai secara umum sahaja. Senarai di atas tak termasuk dengan senarai pakaian untuk pergi ke kelas, untuk pergi jalan-jalan dan sebagainya. Jadi, untuk perihal itu, anda boleh tambah sendiri mengikut keperluan masing-masing

3. Keperluan Harian
Keperluan harian pula adalah keperluan dari segi pemakanan masing-masing seperti maggi atau roti.
  • Maggi dalam cawan
  • Sachet minuman 3 dalam 1
  • Roti
  • Air kotak
  • Lain-lain ikut perut masing-masing

4. Keperluan Kasut Dan Selipar
Keperluan kasut dan selipar pula adalah benda yang dipakai dikaki untuk pergi ke satu tempat seperti selipar untuk ke tandas atau kasut untuk ke kelas.
  • Selipar ke tandas
  • Selipar untuk keluar jalan-jalan
  • Kasut kulit bagi lelaki
  • Kasut sukan bagi lelaki dan wanita
  • Stoking
  • Lain-lain

5. Keperluan Dobi
Keperluan dobi merupakan barang yang akan digunakan bagi urusan dobi seperti sabun basuh kain, pengepit baju dan baldi.
  • Baldi (wajib)
  • Bakul untuk baju kotor (wajib)
  • Sabun basuh pakaian (wajib)
  • Pelembut kain (bergantung)
  • Hanger (wajib)
  • Penyepit baju (wajib)
  • Gayung (wajib)
  • Lain-lain

6. Keperluan Tandas Dan Bilik Air
Keperluan tandas dan bilik air merupakan barang yang kita akan guna bila ke tandas atau bilik air seperti sabun mandi, syampu, ubat gigi dan berus gigi.
  • Sabun mandi (wajib)
  • Syampu (wajib)
  • Berus gigi (wajib)
  • Ubat gigi (wajib)
  • Pencuci muka (wajib)
  • Shaver (wajib)
  • Bekas nak letak barang di atas (wajib)
  • Lain-lain

7. Keperluan Bilik Atau Tempat Tidur
Keperluan bilik atau tempat tidur merupakan barang wajib yang digunakan dalam bilik yang kita tinggal seperti cadar tilam dan sarung bantal.
  • Cadar tilam
  • Sarung bantal
  • Bantal (beli yang tak mudah lembik sebab nak pakai lama)
  • Selimut
  • Tong sampah kecil
  • Alas kaki (boleh berpakat dengan rakan sebilik)
  • Padlock berkualiti tinggi (untuk loker)
  • Pewangi locker (bergantung)
  • Beg plastik (bergantung)
  • Jam loceng (bergantung tapi rasanya ramai yang pakai penggera dengan telefon)
  • Cermin kecil bagi lelaki dan wanita
  • Surat khabar lama atau kertas minyak (untuk alas dalam loker)
  • Tisu basah (cuci dalam loker)
  • Kalendar (bergantung)
  • Alas meja (sebagai hamparan meja belajar)
  • Lain-lain

8. Keperluan Belajar
Keperluan belajar pula merupakan peralatan yang akan digunakan semasa belajar seperti beg, kertas kajang, pen dan sebagainya.
  • Kertas kajang (wajib)
  • Beg (wajib)
  • Pen (wajib)
  • Pensel (wajib)
  • Correction tape (liquid paper tak digalakkan)
  • Pembaris (wajib)
  • Pemadam (wajib)
  • Gam (boleh ambil dari dokumen utama diatas)
  • Gunting (wajib)
  • Fail plastik (wajib)
  • Kertas A4 (wajib)
  • Stapler (boleh ambil dari dokumen utama diatas)
  • Penebuk lubang (bergantung)
  • Paper clip (boleh ambil dari dokumen utama diatas)
  • Ubat stapler (boleh ambil dari dokumen utama diatas)
  • Highlighter (bergantung)
  • Pin (bergantung)
  • Marker permanent berwarna biru dan hitam (bergantung)
  • Marker whiteboard berwarna biru, hitam dan merah (bergantung)
  • Lain-lain

9. Keperluan Gajet Dan Peralatan Elektrik
Keperluan gajet dan peralatan elektrik adalah benda digunakan sebagai barang harian yang menggunakan peralatan elektrik. Contoh yang paling umum adalah pengecas laptop dan pengecas telefon.
  • Laptop (wajib tetapi jika belum ada, boleh usahakan dengan mendapatkan bantuan dari pihak zakat bagi universiti masing-masing)
  • Telefon bimbit (nyawa)
  • Pengecas laptop
  • Pengecas telefon
  • Earphone atau seangkatan dengannya (wajib)
  • Powerbank (bergantung)
  • Pendrive (wajib)
  • Seterika
  • Papan seterika
  • Water boiler
  • Extension wire
  • Lain-lain

10. Keperluan Kit Kecemasan
Keperluan kita kecemasan adalah barang-barang yang boleh digunakan jika kita jatuh sakit. Sudah tentu, kita boleh pergi ke klinik sahaja tetapi kita boleh bersedia awal jika kita perlukan ubat dengan cepat seperti ubat panadol untuk sakit kepala.
  • Panadol untuk sakit kepala
  • Minyak gamat bagi sapu di luka
  • Minyak mestika bagi sapu di perut atau belakang tubuh
  • Minyak angin cap kapak bagi sapu di tepi dahi jika sakit kepala
  • Econazine untuk sapu pada kulit gatal (beli di Farmasi, warna hijau muda, ada tag kesihatan)
  • Bonjela jika terkena ulcer (beli di Farmasi, warna biru, ada tag kesihatan
  • Hansaplast plaster untuk tutup luka
  • Ubat wanita untuk tujuan period pain
  • Lain-lain

11. Keperluan Penjagaan Diri
Keperluan penjagaan diri berkaitan dengan penjagaan tubuh badan kita seperti nail clipper untuk kerat kuku yang panjang atau sikat rambut untuk menyikat rambut kita dengan rapi.
  • Deodorant (wajib dan wajib)
  • Minyak wangi (wajib)
  • Cotton buds (wajib)
  • Nail clipper (wajib)
  • Sikat rambut (wajib kecuali botak)
  • Minyak rambut (wajib)

12. Keperluan Agama
Keperluan agama adalah bahan-bahan yang boleh dekatkan diri kepada agama kita seperti Al-Quran bagi umat Islam.
  • Al - Quran
  • Yassin
  • Sejadah
  • Telekung bagi wanita
  • Songkok bagi lelaki

13. Keperluan Lain - Lain
Keperluan lain-lain adalah keperluan tambahan yang bergantung kepada individu masing-masing. Jika anda jenis yang suka workout, mungkin anda boleh bawah peralatan workout seperti dumbell.
  • Tupperware
  • Sudu
  • Garfu
  • Gelas
  • Botol air
  • Pinggan
  • Mangkuk

14. Tambahan (Penting)
Tambahan ini berdasarkan dari pengalaman saya sendiri. Minta bapa kepada pelajar bawa peralatan berikut.
Kenapa saya cakap perlu bawah peralatan diatas? Kerana salah satu masalah yang berlaku kepada pelajar baharu adalah loker tak boleh buka atau hasp and staple telah longgar. Jadi, jika perkara ini berlaku, kita perlu cabut balik hasp and staple tersebut dan perlu tebuk tempat yang baru. Sudah tentu kita boleh adukan kepada pihak kolej tetapi mungkin ianya akan mengambil masa.

Jadi, jika bapa kita sudah bersedia dengan situasi begini, dia boleh selesaikan masalah ini dengan segera.  Cadangan saya adalah dengan menebuk lubang yang baru dan lekatkan dengan menggunaka mata rivet kerana ianya lebih kukuh dan selamat. Situasi ini jarang berlaku tetapi jika berlaku, kita sudah bersedia. Buat yang tertanya, hasp and staple adalah seperti gambar di bawah.


Rumusan
Senarai diatas merupakan beberapa keperluan yang perlu dibawah oleh pelajar untuk mudahkan urusan anda dan supaya anda akan bersedia lebih awal. Jika ada barang lain yang anda nak tambah, boleh tambah sendiri ikut keperluan masing-masing. Itu sahaja dari saya. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama