Jika anda sedang mencari kerja setelah tamat belajar universiti atau anda sedang mencari syarikat lain bagi mengembangkan lagi kerjaya anda, jadi ianya sangat penting bagi anda untuk mengetahui cara yang betul bagi mendapatkan pekerjaan tersebut.
Walaupun mencari pekerjaan baru dilihat sangat mencabar tetapi terdapat beberapa langkah berkesan dan cekap yang boleh dibuat untuk mencari suatu pekerjaan yang dimahukan.
Penulisan kali ini akan menunjukkan enam cara yang boleh dibuat untuk mencari pekerjaan yang dimahukan atau sesuai dengan anda.
6 Cara Untuk Mencari Kerja
Jika ikutkan, terdapat banyak cara berbeza yang boleh dibuat untuk mencari suatu pekerjaan baru. Cara tersebut boleh dibuat dengan menggunakan internet ataupun secara berhadapan. Berikut merupakan 6 cara yang boleh dibuat untuk meningkatkan lagi carian kerja yang diidamkan.
1. Bertanyakan Dengan Rakan-Rakan Setempat
Jika anda sedang cari kerja, langkah pertama yang perlu dibuat adalah bertanyakan kepada rakan setempat anda. Mereka mungkin boleh membantu anda dalam mencari pekerjaan kosong serta menyesyorkan anda untuk mohon suatu pekerjaan.
Jika anda sedang cari kerja, langkah pertama yang perlu dibuat adalah bertanyakan kepada rakan setempat anda. Mereka mungkin boleh membantu anda dalam mencari pekerjaan kosong serta menyesyorkan anda untuk mohon suatu pekerjaan.
Tambahan lagi, majikan lebih suka menerima pandangan serta pendapat daripada ahli kakitangan sendiri yang mereka dipercayai. Banyak jawatan biasanya akan diisi secara dalaman daripada rujukan kakitangan sendiri jika belum diiklankan.
Sebagai contoh, jika syarikat rakan anda memerlukan seorang akauntan dan anda juga merupakan seorang graduan akauntan di universiti, rakan anda mesti akan mengesyorkan anda kepada majikannya untuk diambil sebagai pekerja terus, asalkan anda bukan seseorang yang sering buat masalah atau hal yang tidak patut.
Jadi, ianya sangat penting bagi anda untuk bercakap dengan orang yang betul serta sahabat terdekat untuk mendapatkan sebanyak mungkin rujukan kerja dari dalam rangkaian anda.
Anda boleh mula dengan membuat satu senarai tentang semua orang yang anda kenali dan tentukan individu yang mungkin tahu tentang jawatan yang tersedia dalam industri anda.
Kemudian, anda menghubungi orang tersebut untuk membincangkan hal berikut. Disarankan untuk berjumpa secara berhadapan dan bukan hanya di atas talian.
Anda ajak mereka untuk makan diluar sambil membincangkan tentang perihal berkaitan dengan kerja yang anda mahukan. Jika ada rezeki, mungkin mereka sendiri akan mengesyorkan sesuatu jawatan kepada anda.
Anda perlu sentiasa menyasarkan diri untuk membina hubungan yang lebih erat dengan orang-orang dalam rangkaian anda supaya mereka akan mendahulukan anda bagi sesuatu peluang pekerjaan yang dibuka.
Sesetengah pekerjaan perlu diisi dengan cepat. Jadi, ianya sangat penting untuk memastikan bahawa anda perlu membuat rangkaian yang kukuh serta menunjukkan jati diri dan perangai yang baik dengan mereka.
2. Hubungi Terus Syarikat Berkenaan
Mencari kerja pada zaman sekarang adalah jauh lebih mudah kerana kebanyakan syarikat telah mempunyai laman web yang boleh digunakan terus untuk memohon jawatan dalam syarikat tersebut.
Jika syarikat yang anda minat tidak menyatakan sebarang jawatan kosong yang ada, anda boleh hubungi mereka melalui e-mel atau nombor telefon yang terdapat dalam laman web berkenaan
Jika syarikat terbabit tidak merekrut sebarang pekerja berkaitan dengan peranan yang anda mahukan, mereka boleh sahaja menyimpan maklumat anda dalam pangkalan data sekiranya jawatan tersebut tersedia pada masa hadapan.
Proses pengambilan pekerja memerlukan dana yang besar. Jika sesebuah syarikat mengalami peningkatan kemajuan yang drastik, maka suatu jawatan baru mungkin akan dibuka dan mereka akan mendahulukan calon yang sudah ada dalam pangkalan data mereka, asalkan calon tersebut sudah menepati syarat yang ditetapkan.
Dengan kata lain, mereka boleh menjimatkan kos dari segi pengiklanan untuk mencari pekerja-pekerja baru bagi jawatan-jawatan tertentu.
Tugas anda sekarang adalah buat satu senarai syarikat yang anda berminat untuk bekerja dan serta cara-cara untuk menghubungi mereka. Setelah itu, anda juga boleh menghantar surat rasmi untuk menyatakan permohonan anda serta menjelaskan mengapa anda akan menjadi pekerja yang ideal.
3. Gunakan Aplikasi Atau Platfrom Mencari Kerja
Jika anda ingin memohon suatu pekerja dengan cepat dan mudah, gunakan platform carian pekerjaan untuk membantu anda. Kebanyakan platform carian pekerjaan membolehkan anda mencari pekerjaan mengikut lokasi, gaji serta kata kunci yang ditetapkan.
Jika anda ingin memohon suatu pekerja dengan cepat dan mudah, gunakan platform carian pekerjaan untuk membantu anda. Kebanyakan platform carian pekerjaan membolehkan anda mencari pekerjaan mengikut lokasi, gaji serta kata kunci yang ditetapkan.
Anda juga boleh memuat naik resume dan cover letter yang sesuai dengan setiap permohonan yang dibuat.
Platform carian kerja sangat efisien pengunaannya kerana ia dapat menapis hasil carian kerja yang tidak berkenaan dengan anda dan menunjukkan jawatan kosong tentang carian kerja yang memenuhi kriteria anda.
4. Pergi Ke Karnival Kerjaya
Karnival kerjaya merupakan satu karnival khas yang bertujuan untuk membantu sesuatu syarikat mendapatkan pekerja yang dimahukan serta menolong pemohon untuk mendapatkan kerja yang diidamkan.
Karnival kerjaya juga dapat meningkatkan jalinan rangkaian antara syarikat serta berkongsi maklumat yang sesuai. Acara-acara ini sentiasa disertai oleh syarikat-syarikat besat yang ingin mengambil sejumlah pekerja baru serta graduan baru untuk menjalani program latihan kerja.
Karnival kerjaya merupakan satu peluang yang baik bagi anda untuk menjalinkan rangkaian dan mengedarkan resume kepada bakal majikan yang dipilih.
Memandangkan anda akan bertemu dengan wakil syarikat terbabit buat kali pertama di karnival kerjaya, sila pastikan pemakaian anda kemas dari atas sampai bawah untuk memberikan first impression yang baik.
Juga, anda boleh menyediakan senarai soalan yang ingin diajukan kepada perekrut. Anda akan memberikan impak yang baik kepada pihak mereka kerana anda akan dilihat sangat berminat dengan syarikat tersebut.
Selain itu, pastikan anda menggunakan bahasa yang mesra dan beradab apabila bercakap. Juga, anda perlu kelihatan yakin dan menjaga pandangan mata semasa bercakap.
Seminggu selepas karnival kerja tamat, pastikan anda membuat susulan dengan orang yang anda berhubung.
Walaupun anda telah memutuskan bahawa syarikat itu tidak sesuai untuk anda atau syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang jawatan kosong untuk anda, tugas anda sekarang adalah untuk bersikap sopan dan mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut.
Mungkin pada masa sekarang, peluang untuk anda masih belum ada tetapi pada masa depan, anda tidak akan tahu. Kemungkinan besar, pada masa depan, akan ada jawatan kosong yang sesuai dengan diri anda dan sudah tentu pihak mereka akan mendahulukan anda.
5. Manfaatkan Penggunaan Media Sosial
Terdapat pelbagai platform media sosial yang boleh digunakan untuk mencari pekerjaan dan berinteraksi dengan syarikat yang anda ingin bekerja.
Anda boleh mencari halaman syarikat di tapak media sosial seperti Facebook dan Instagram dan mengikuti akaun syarikat terbabit.
Dengan mengikuti perkembangan terkini halaman media sosial syarikat tersebut, anda akan memperolehi maklumat berkaitan dengan tentang keperluan kerja, budaya kerja dan persekitaran kerja.
Anda juga boleh meletakkan komen pada siaran mereka dan mula membina rangkaian dengan mereka. Anda juga mungkin mengetahui tentang peluang pekerjaan melalui saluran ini.
Media sosial yang digunakan harus menyampaikan imej yang baik tentang anda, walaupun anda menggunakan platform tersebut untuk tujuan peribadi dan bukannya profesional. Gunakan nama sebenar anda dan siarkan gambar dan siaran yang sesuai sahaja.
Jika anda menggunakan pendekatan ini, pastikan anda menyemak semula kandungan yang telah anda siarkan dahulu dan buang yang tidak sepatutnya. Pastikan semua yang ada pada media sosial anda sesuai untuk dilihat oleh bakal majikan.
6. Bertanyakan Di Agensi Kakitangan Pengambilan Pekerja
Terdapat agensi-agensi di Malaysia yang bertindak sebagai agensi kakitangan pengambilan pekerja. Dengan kata lain, mereka akan mencarikan kerja untuk anda berdasarkan kelayakan yang ditunjukkan kepada mereka.
Biasanya, agensi ini memerlukan anda untuk menyediakan resume serta sijil-sijil dan dokumen berkait. Tambahan lagi, ada agensi yang mewajibkan pengambilan ujian seperti ujian menaip atau ujian pengetahuan mengikut industri
Sesetengah agensi hanya mampu berurusan dengan syarikat melalui kontrak jangka pendek ataupun jawatan sementara sahaja. Walaubagaimanapun, anggap sahaja situasi ini sebagai satu peluang kepada anda untuk menonjolkan bakat dan kemahiran yang ada. Jika anda berjaya membuat majikan anda kagum dengan hasil kerja diberikan, maka kemungkinan besar yang anda akan diserap menjadi pekerja tetap.
Kontrak jangka pendek juga mampu memberikan pengalaman kepada anda untuk mengetahui peranan yang sesuai dengan anda. Dengan kata lain, ianya merupakan peluang baik untuk anda mencuba suatu pekerjaan baru dan mengetahui sama ada kerja tersebut sesuai atau tidak dengan anda.
Rumusan
Untuk mendapatkan kerja yang diidamkan, usaha yang keras perlu dibuat dan jangan sesekali berputus asa. Pada permulaan, anda tidak tahu apa halatuju serta kerjaya yang patut diceburi dan sesuai dengan anda, tetapi jika anda mencuba banyak perkara, anda akan lebih tahu tentang halatuju tersebut.
Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.
Tags
Kerja