Apa Itu Penyatuan Hutang (Debt Consolidation) Serta Faedahnya Kepada Penghutang?


Terdapat pelbagai hutang yang wujud pada masa kini dan tidak terhad kepada hutang antara orang dengan orang. Antaranya adalah hutang pendidikan, hutang rumah, hutang kenderaan, hutang tanah, hutang kad kredit dan sebagainya.

Salah satu faktor berlakunya kebankrapan adalah kerana tidak mampu untuk menyelesaikan segala hutang yang ada dan kebanyakannya berlaku kepada anak muda.

Ini mungkin disebabkan oleh ramai anak muda yang mahu mendapatkan kemewahan dan keselesaan dengan mudah dan cepat tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung.

Jika sesuatu hutang tidak diuruskan dengan betul, terdapat beberapa kesan yang akan berlaku seperti skor kredit akan berkurang, faedah yang ditanggung akan naik dan sebagainya.

Jika terdapat banyak sangat hutang yang perlu ditanggung, anda memerlukan strategi untuk menguruskan hutang tersebut dengan betul.

Salah satu strategi yang boleh dilakukan adalah penyatuan hutang (debt consolidation). Penulisan kali ini akan membincang tentang penyatuan hutang serta kelebihan dan kekurangan yang ada.

Apa Itu Penyatuan Hutang?
Penyatuan hutang merupakan satu proses dimana anda mengambil satu pinjaman baru untuk membayar kesemua hutang-hutang yang ada. 

Dengan kata lain, kesemua hutang yang anda tanggung disatukan menjadi satu hutang yang besar dan pembayaran bulanan hanya dibuat pada satu hutang tersebut sahaja.

Kebanyakan bank yang memberikan penyatuan hutang kepada pelanggan akan mengenakan kadar faedah yang lebih rendah, kadar bayaran bulanan yang lebih rendah atau kedua-duanya sekali, sekaligus dapat membantu anda menguruskannya dengan lebih baik.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai hutang kereta, hutang pendidikan dan hutang rumah, anda boleh mohon penyatuan hutang dengan bank tertentu untuk satukan ketiga-tiga hutang menjadi satu hutang sahaja.

Dengan kata lain anda hanya perlu menguruskan satu hutang sahaja setiap bulan walaupun anda mempunyai tiga jenis hutang berlainan.

Ringkasan Tentang Penyatuan Hutang
  • Penyatuan hutang ialah proses mengambil satu pinjaman untuk membayar kesemua hutang yang ditanggung.
  • Penghutang hanya akan menanggung dibawah satu hutang sahaja.
  • Terdapat dua jenis penyatuan hutang iaitu bercagar dan tidak bercagar.
  • Bank yang menguruskan penyatuan hutang biasanya menawarkan kadar bulanan yang lebih rendah, kadar faedah yang lebih rendah atau kedua-duanya sekali.
  • Apabila hutang disatukan, tempoh pembayaran akan menjadi lebih panjang dan jumlah keseluruhan pembayaran akan jadi lebih tinggi.

Bagaimana Penyatuan Hutang Berfungsi
Penyatuan hutang merupakan satu proses yang menggunakan satu bentuk pembiayaan atau pinjaman baru menyelesaikan kesemua hutang yang ditanggung oleh penghutang.

Jika anda tak mampu untuk menanggung dan menguruskan pelbagai hutang yang sedia ada, penyatukan hutang  merupakan satu alternatif yang sangat baik untuk anda. Pembayaran bulanan hanya akan dibuat atas hutang baru sahaja sehingga ia dilunaskan sepenuhnya.

Penyatuan hutang boleh dibuat melalui pinjaman bank atau pinjaman kad kredit. Kedua-dua institusi ini merupakan tempat yang baik untuk memohon penyatuan hutang terutamanya jika anda mempunyai hubungan atau sejarah pembayaran yang baik dengan institusi berkenaan.

Jika permohonan anda ditolak, anda boleh cuba dengan syarikat-syarikat lain yang sah dan menyediakan khidmat penyatuan hutang.

Penyatuan Hutang vs. Penyelesaian Hutang
Salah satu perkara penting yang perlu kita tahu ialah pinjaman penyatuan hutang tidak memadamkan hutang asal. Sebaliknya, hutang-hutang sebelum ini akan dipindahkan kepad pemberi pinjaman terbaru atau jenis pinjaman yang berbeza. Untuk lebih faham, boleh rujuk gambar dibawah.


Merujuk kepada gambar diatas, terdapat tiga hutang yang ditanggung oleh penghutang. Setiap hutang yang ditanggung datang dari institusi berlainan. Hutang kereta datang dari Bank BSN manakala hutang PTPTN datang dari PTPTN.

Apabila proses penyatuan selesai, kesemua hutang terbabit dipindahkan kepada satu insitusi terbaru iaitu Bank Rakyat berserta dengan jumlah kesemua hutang yang terlibat.

Secara mudahnya, pembayaran seterusnya hanya akan dibuat dengan Bank Rakyat sahaja sehingga kesemua hutang telah selesai dilunaskan.

Jika anda tidak layak untuk mohon penyatuan hutang, anda boleh cuba memohon penyelesaian hutang atau campur kedua-duanya sekali

Penyelesaian hutang pula bertujuan untuk mengurangkan komitmen penghutang dalam suatu tempoh masa tertentu dan bukannya mengurangkan bilangan pemiutang.

Anda boleh buat sendiri atau mengupah syarikat luar untuk uruskan perihal penyelesaian hutang. Syarikat yang terbabit tidak membuat pembayaran kepada pemiutang tetapi hanya akan merunding hutang anda.

Untuk tahu lebih lanjut tentang penyelesaian hutang, boleh klik di bawah.


Jenis-Jenis Penyatuan Hutang
Terdapat dua jenis pinjaman penyatuan hutang iaitu pinjaman bercagar dan tidak bercagar. Pinjaman bercagar perlu disokong oleh aset-aset peminjam seperti rumah atau kereta. Aset tersebut akan berfungsi sebagai cagaran untuk pinjaman penyatuan hutang.

Pinjaman tidak bercagar pula tidak perlu disokong oleh aset tetapi pinjaman ini sangat sukar untuk diluluskan. Pinjaman ini juga mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi dan jumlah kelayakan yang lebih rendah.

Sama ada pinjaman bercagar atau tidak bercagar, pinjaman ini masih mengenakan kadar faedah yang lebih rendah daripada kadar yang dikenakan pada kad kredit.

Tambahan lagi, kadar faedah yang digunakan adalah kadar faedah tetap. Jadi, pembayaran bulanan tidak akan berubah sepanjang tempoh pinjaman.

Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk menyatukan hutang anda menjadi satu pembayaran. 

Pinjaman Penyatuan Hutang
Kebanyakan perbadanan perbankan akan menawarkan pinjaman penyatuan hutang kepada peminjam yang mengalami kesukaran untuk menguruskan bilangan atau saiz hutang yang berbeza.


Pelan ini dicipta khusus untuk peminjam yang ingin melunaskan kesemua hutang yang ada dengan hanya satu aliran pembayaran sahaja.

Pinjaman Kad Kredit
Antara kaedah yang lain adalah dengan menyatukan kesemua pembayaran kad kredit anda ke dalam satu pembayaran kad kredit baharu. Pinjaman kad kredit biasanya tidak memerlukan cagaran.


Penggunaan kad kredit yang baharu ini boleh menjadi idea yang baik jika ia mengenakan sedikit atau tiada faedah untuk tempoh masa yang ditetapkan. Dengan kata lain, kita hanya bayar dengan apa yang kita pinjam.

Anda juga boleh menggunakan ciri-ciri pindahan baki kad kredit yang sedia ada, terutamanya jika ia menawarkan promosi istimewa pada transaksi tersebut.

HELOCs
Pinjaman ekuiti rumah atau talian kredit ekuiti rumah (HELOCs) mengenakan kadar faedah yang lebih rendah daripada pinjaman peribadi kerana ia menggunakan rumah anda sebagai cagaran.

Kelebihan Dan Kekurangan Penyatuan Hutang
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk ambil penyatuan hutang, jadi anda perlu tahu tentang kelebihan dan kekurangan yang ada. Walaupun penyatuan hutang dilihat sebagai satu idea yang baik untuk menjadikan pembayaran hutang lebih ringkas, tetapi sudah tentu akan ada kos-kos yang terlibat.

Kelebihan Penyatuan Hutang
Pertama, penyatuan hutang merupakan alternatif yang bagus jika anda mempunyai pelbagai hutang yang mempunyai kadar faedah serta pembayaran bulanan yang tinggi.

Apabila anda membuat pinjaman penyatuan hutang, sudan tentu kesemua hutang anda akan disatukan dan menjadi hanya satu hutang sahaja. Jadi, anda tak perlu pening kepala dan boleh uruskan semua hutang dengan hanya sekali pembayaran sebulan sahaja.

Kedua, pinjaman penyatuan hutang biasanya mengenakan kadar faedah yang lebih rendah berbanding hutang yang sedia ada. Dengan kata lain, pembayaran bulanan anda akan menjadi lebih rendah.

Dengan kata lain, selagi anda tidak membuat pinjaman atau hutang baru, anda akan dapat lunaskan segala hutang yang sedia ada yang mencapai status bebas dari hutang.

Ketiga, pinjaman penyatuan hutang juga dapat mengurangkan panggilan atau surat daripada agensi kutipan hutang, dengan syarat pinjaman baharu sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kekurangan Penyatuan Hutang
Pertama, walaupun kadar faedah dan bayaran bulanan yang dikenakan adalah lebih rendah dengan membuat pinjaman penyatuan hutang, anda juga perlu lihat pada tempoh  kontrak pembayaran.

Disebabkan kadar pembayaran yang dikenakan adalah kurang, maka sudah tentu tempoh kontrak pembayaran yang dikenakan adalah lebih panjang.

Kedua, tempoh kontrak pembayaran yang lebih panjang juga bermaksud yang anda akan membayar kadar faedah yang lebih kepada pihak yang memberi pinjaman.

Semakin lama tempoh kontrak yang dikenakan, semakin tinggi jumlah kadar faedah yang akan dibayar walaupun pembayaran bulanan lebih rendah.

Jika anda mahu membuat pinjaman penyatuan hutang, pastikan anda menghubungi pihak yang akan memberi pinjaman dan bertanyakan pelbagai soalan-soalan yang penting. 

Sebagai contoh, tanyakan tentang tempoh kontrak yang dikenakan, berapa kadar faedah yang dikenakan, risiko yang perlu ditanggung serta cagaran yang perlu ada jika perlu

Ketiga, terdapat juga kemungkinan yang anda akan kehilangan inisiatif khas ke atas hutang tertentu seperti hutang pendidikan PTPTN. Sebagai contoh, PTPTN biasanya mengenakan diskaun jika peminjam menyelesaikan jumlah tertentu yang dipinjam.

Apabila anda memasukan hutang PTPTN ke dalam penyatuan hutang, kemungkinan besar inisiatif tersebut akan hilang. Kebanyakan yang gagal membayar pinjaman pendidikan tidak akan dapat pergi ke luar negara.

Keempat, anda juga perlu tahu bahawa pinjaman penyatuan hutang akan mengenakan caj permulaan dan caj pembayaran bulanan yang tinggi. Anda boleh pertimbangkan untuk menyatukan kesemua hutang anda dengan menggunakan pinjaman peribadi dari bank atau pinjaman kad kredit yang mengenakan kadar faedah yang rendah.

Penyatuan Hutang Dengan Skor Kredit
Pinjaman penyatuan hutang dapat membantu anda mengekalkan atau menaikkan kredit skor yang ada. Apabila nilai asas pinjaman dibayar lebih awal, ini dapat mengekalkan kadar faedah yang lebih rendah.

Situasi ini dapat membantu meningkatkan skor kredit anda, seterusnya menjadikan anda lebih mudah untuk membuat pinjaman baharu pada masa depan.

Sudah tentu, penukaran pinjaman yang sedia ada kepada pinjaman yang baharu dapat memberi kesan negatif pada skor kredit anda.

Ini kerana skor kredit akan memihak kepada hutang lama yang mempunyai sejarah pembayaran lebih panjang dan konsisten.

Selain itu, penutupan hutang lama dan membuka pinjaman yang baharu dapat mengurangkan jumlah kredit skor yang tersedia.

Syarat-Syarat Penyatuan Hutang
Peminjam mesti mempunyai pendapatan yang stabil dan skor kredit yang tinggi untuk melayakan diri membuat penyatuan hutang, terutamanya jika anda merupakan peminjam baharu.

Walaupun kelulusan pinjaman penyatuan hutang bergantung kepada skor kredit anda, dokumen asas yang diperlukan dan diteliti oleh pihak pemberi pinjaman adalah surat tawaran kerja, penyata kewangan semasa selama 3 bulan terkini, penyata hutang bagi setiap hutang yang ada dan surat perjanjian dari pihak pemiutang yang berkaitan.

Sebaik sahaja anda menyediakan pelan penyatuan hutang anda, anda harus mempertimbangkan siapa yang perlu anda bayar bayar dahulu.

Perkara ini mungkin diputuskan oleh pemberi pinjaman penyatuan hutang yang boleh memilih urutan pembayaran balik pemiutang. Jika tidak, hutang yang mengenakan kadar faedah tertinggi akan didahulukan pembayaran.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai hutang yang mengenakan kadar faedah yang lebih rendah tetapi hutang tersebut menyebabkan anda mengalami tekanan emosi dan mental lebih tinggi, anda mungkin mahu memulakan pembayaran terhadap hutang tersebut supaya anda tidak akan mengalami tekanan emosi dalam jangka masa yang lama.

Adakah Penyatuan Hutang Berbaloi?
It may be worthwhile to hold off on consolidating your loans until you are able to do so until you have the highest possible credit score you think you can achieve. A balance-transfer credit card can sometimes be the best way to concentrate your debt.

Penyatuan hutang sangat berbaloi apabila hutang-hutang dapat disatukan dan dikenakan dengan kadar faedah yang lebih rendah secara keseluruhan.

Ini menyebabkan bayaran bulanan akan menjadi lebih rendah. Jadi, lebihan baki dapat digunakan untuk membayar hutang-hutang lain atau boleh dilaburkan.

Penyatuan hutang juga mempunyai faktor psikologi, di mana sesetengah orang mendapati bahawa ianya lebih mudah dari segi mental untuk membuat satu pembayaran sekali daripada berbilang-bilang bayaran berlainan.

Sebelum anda membuat pinjaman penyatuan hutang, mungkin ianya lebih baik untuk anda mengumpul dahulu skor kredit dengan lebih tinggi. Dengan kata lain, makin tinggi skor kredit pada permulaan, semakin bagus.

Ini kerana pinjaman penyatuan hutang dapat menjejaskan skor kredit anda pada permulaan. Jadi, dengan membina skor kredit yang lebih tinggi, maka skor kredit yang ada selepas terjejas masih lagi tinggi.

Contoh Penyatuan Hutang
Katakan anda mempunyai tiga kad kredit dan kita namakan sebagai kad kredit X, kad kredit Y dan kad kredit Z. Maklumat mengenai ketiga-tiga kad kredit boleh dilihat dibawah.

Nama Kad Kredit Jumlah Nilai Kadar Faedah Tahunan Tempoh Kontrak Pembayaran Bulanan Kumulatif Pembayaran Bulanan
Alpha RM13,000.00 27% 24 bulan RM706.94 RM706.94
Bravo RM10,000.00 29% 24 bulan RM553.99 RM1,260.93
Charlie RM7,000.00 25% 24 bulan RM373.60 RM1,634.53

Menurut kepada jadual diatas, anda perlu membayar sebanyak RM1,634.53 sebulan selama 24 bulan untuk lunaskan kesemua hutang kad kredit yang ada

Jika dikira balik, sepanjang tempoh 24 bulan, kita telah membayar faedah sebanyak RM9,228.72 kepada pihak kad kredit.

Jika anda menyatukan ketiga-tiga hutang kad kredit tersebut menjadi satu pinjaman baharu dengan kadar faedah tahunan yang lebih rendah seperti 11%, ini bermakna anda hanya perlu membayar sebanyak RM1,398.24 sahaja setiap bulan.

Jenis Ketiga -Tiga Kad Kredit Penyatuan Hutang
Jumlah RM30,000.00 RM30,000.00
Purata Kadar Faedah 27.205% 11.00%
Tempoh Kontrak 24 bulan 24 bulan
Jumlah Bayaran Bulanan RM1,634.53 RM1,398.24
Penjimatan Sebulan - RM236.29
Jumlah Penjimatan - RM5,670.96

Jika dilihat pada perbezaan pembayaran bulanan, anda telah jimat sebanyak RM236.29 setiap bulan atau jimat sebanyak RM5,670.96 sepanjang tempoh kontrak.

Dengan duit tersebut, anda boleh gunakan untuk perkara lain seperti melabur, menyimpan atau membeli barang-barang yang anda perlu.

Adakah Penyatuan Hutang Dapat Menjejaskan Skor Kredit?
Penyatuan hutang akan menjejaskan skor kredit anda pada permulaan. Kemudian, jika anda melakukan pembayaran bulanan ke atas pinjaman penyatuan hutang pada masa yang tepat, makan skor kredit anda akan meningkat secara mendadak.

Dengan kata lain, pinjaman penyatuan hutang mengurangkan skor kredit pada permulaan tetapi akan meningkat balik dengan drastik, asalkan pembayaran bulanan dibuat pada masa yang tepat.

Risiko Yang Terdapat Pada Penyatuan Hutang?
Pinjaman penyatuan hutang dapat menjadikan tempoh pinjaman lebih panjang. Ianya sangat penting bagi anda untuk memastikan bahawa proses penyatuan hutang dapat menjimatkan duit anda

Anda juga perlu pastikan yang anda sudah menyediakan duit untuk membayar kos pendahuluan yang dikenakan atas perkhidmatan pinjaman penyatuan hutanh dan pastikan kos tersebut tidak akan menjejaskan keupayaan diri anda untuk melakukan pembayaran bulanan pada masa yang tepat.

Berapa Lama Tempoh Penyatuan Hutang Akan Ada Pada Laporan Skor Kredit Anda?
Jumlah tempoh penyatuan hutang akan ada pada laporan skor kredit anda akan ditentukan kepada jenis pinjaman penyatuan hutang yang anda ambil. Setiap pinjaman mempunyai tempoh masa yang berlainan.

Jika tempoh masa pinjaman tersebut lama, makan tempoh penyauan hutang yang akan ada pada laporan skor kredit anda juga akan lama.

Apakah Cara Terbaik untuk Menyatukan dan Membayar Hutang Yang Ada?
Cara yang terbaik untuk menyatukan dan membayar hutang anda bergantung pada jumlah pinjaman yang diperlukan untuk membayar hutang anda, keupayaan anda untuk membayar balik pinjaman tersebut serta skor kredit anda.

Ianya sangat baik bagi anda untuk bincangkan tentang perihal ini dengan pihak yang menyediakan perkhidmatan penyatuan hutang.

Bagi hutang yang lebih kecil, cara terbaik adalah anda selesaikan sendiri. Hutang yang kecil mungkin hanya mengambil masa yang singkat sahaja untuk dilunaskan.

Seperti semua hutang, ianya sangat penting bagi anda untuk membuat pembayaran bulanan tepat pada masanya bagi menjaga skor kredit anda.

Rumusan
Secara asasnya, pinjaman penyatuan hutang merupakan alternatif yang bagus dan membantu anda menyelaraskan hutang anda dengan lebih mudah.

Sudah tentu, penyatuan hutang mempunyai kelebihan, kekurangan serta risiko yang tersendiri. Jika anda rasa penyatuan hutang merupakan pilihan yang bagus, anda boleh cuba untuk menggunakannya bagi menyelesaikan hutang anda dengan lebih baik

Walau bagaimanapun, anda juga harus teliti kepada kadar faedah dan caj yang akan dikenakan. Sebaik-baiknya, anda dapatkan pinjaman yang dapat membantu anda menjadikan pembayaran bulanan lebih terurus sambil mengurangkan kadar faedah yang dikenakan dalam masa jangka panjang.

Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama