Setiap mahasiswa di universiti yang belajar di peringkat ijazah sarjana muda wajib menjalankan latihan industri. Latihan industri merupakan salah satu daripada kursus akademik yang wajib diambil dan lulus sebelum bergelar sebagai seorang graduan universiti. Ada juga universiti yang mewajibkan latihan industri di peringkat diploma tetapi ianya bergantung kepada universiti tertentu serta aliran kursus yang diambil.
Sebagai contoh, pelajar diploma Sains Komputer di UiTM wajib menjalankan latihan industri manakala pelajar diploma Sains Matematik tidak perlu menjalankan latihan industri. Setiap universiti mempunyai panduan, syarat serta tempoh yang berbeza.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang latihan industri, boleh klik link dibawah.
Bagi pelajar yang akan menjalankan latihan industri, persediaan yang rapi perlu ada supaya anda akan lebih bersedia. Jadi, penulisan kali ini akan membincangkan tentang persediaan penting bagi mahasiswa sebelum menjalani latihan industri.
Jika anda nak tahu tentang persediaan semasa menjalani latihan industri, boleh klik link dibawah.
Jika anda nak tahu tentang persediaan selepas menjalani latihan industri, boleh klik link dibawah.
1. Dapatkan Maklumat Serta Dokumen Berkait Daripada Pensyarah Dan Pihak Universiti
Latihan industri dianggap sebagai salah satu subjek akademik di universiti. Jadi, sudah tentu akan ada pensyarah yang akan menguruskan pelajar berkaitan dengan perihal ini.
Kebiasaanya, pensyarah terbabit akan maklumkan kepada pelajar yang akan menjalankan latihan indusri tentang perihal ini.
Perkara yang paling penting ialah dapatkan dan lengkapkan segala dokumen yang diberitahu oleh pensyarah terbabit.
Contohnya, surat pengesahan latihan industri dan borang permohonan latihan industri biasanya akan disediakan oleh pensyarah manakala salinan keputusan CGPA terkini atau mini transkrip perlu mohon dengan bahagian akademik fakulti masing-masing.
Pastikan anda isi dan lengkapkan segala dokumen berkait dengan lebih awal. Simpan kesemua dokumen terbabit dalam satu fail khas serta buat salinan softcopy dalam bentuk format pdf.
2. Cari Tempat Untuk Menjalankan Latihan Industri
Apabila kesemua dokumen sudah lengkap, jadi anda sudah bersedia untuk mohon tempat bagi menjalankan industri.
Perlu diingatkan bahawa anda perlu memilih tempat yang menyediakan aliran latihan kerja yang selari dengan pembelajaran akademik anda.
Contohnya, jika anda belajar Sains Komputer, anda cari syarikat yang mempunyai kaitan dengan perisian dan pengaturcaraan (software and programming).
Ada juga boleh mohon pada syarikat-syarikat GLC (Government-Linked Company) seperti Employees Provident Fund (EPF), Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji (LTH), and Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Dengan kata lain, pastikan ianya sesuai dengan aliran pembelajaran anda.
3. Tahu Lokasi Bagi Tempat Latihan Industri
Ianya sangat penting bagi anda untuk tahu lokasi bagi syarikat-syarikat terbabit supaya anda boleh bersedia dari segi pengangkutan ataupun tempat tinggi. Persediaan awal dan perancangan yang rapi sangat penting jika anda tak mahu kalut pada kemudian hari.
Untuk tahu lokasi yang tepat, boleh cuba Google dan jika tiada lokasi atau maklumat yang tepat, boleh minta lokasi syarikat tersebut melalui emel.
4. Hantar Permohonan Secepat Mungkin
Jika anda sudah tahu tempat-tempat yang sesuai dengan anda, jadi anda sudah boleh menghantarkan email kepada syarikat-syarikat terbabit bagi membuat permohonan.
Pastikan anda buat permohonan lebih dari satu tempat. Jangan hanya fokuskan kepada satu tempat spesifik sahaja.
Pastikan anda menulis emel dengan menggunakan bahasa buku serta penulisan yang profesional dan jangan sesekali menggunakan bahasa rojak.
Juga, pastikan alamat email yang anda gunakan adalah alamat email yang aktif dan 'nyata'. Nyata disini bermaksud alamat email anda perlu berkait dengan nama anda untuk mudahkan rujukan mereka.
✔ ahmadali_work@gmail.com
✔ nuralia49@gmail.com
❌ ali_therockstar@gmail.com
❌ bungakejora@gmail.com
Untuk penulisan emel bagi permohonan tempat latihan industri, boleh gunakan contoh seperti dibawah.
Contoh Surat Permohonan Penempatan Latihan Industri (Bahasa Melayu)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan/Cik
Perkara : Permohonan Penempatan Latihan Industri di ABC Enterprise
Merujuk kepada perkara di atas, saya Ali bin Abu, pelajar UiTM Shah Alam, ingin memohon untuk mendapatkan penempatan latihan industri di ABC Enterprise.
Aliran pembelajaran saya adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik. Untuk maklumat yang lebih lanjut, pihak tuan/puan/cik boleh rujuk butiran saya seperti dibawah.
Nama : Ali bin Abu
Umur : 23 tahun
Institusi : UiTM Shah Alam
Tempoh Latihan Industri : 4 Julai 2022 – 9 Oktober 2022 (14 minggu)
Bidang Berkaitan : Kewangan, Jabatan Logistik atau Perakaunan
CGPA Terkini : 4.00
Nombor Telefon : 012-3456789
Bersama dengan emel ini, saya kepilkan sekali dengan dokumen berkait :
1. Resume Saya
2. Keputusan Peperiksaan Terkini / Transkrip Peperiksaan Ringkas
3. Dokumen 1
4. Dokumen 2
5. Dokumen 3
6. Dokumen 4
Saya berharap pihak syarikat tuan/puan/cik dapat memberikan peluang kepada saya untuk menjalani latihan di ABC Enterprise bagi memenuhi keperluan pengajian saya. Jika ada sebarang persoalan atau keperluan lain, boleh hubungi saya secepat mungkin.
Terima kasih.
Contoh Surat Permohonan Penempatan Latihan Industri (Bahasa Inggeris)
Assalamualaikum and Greetings.
Mr/Mrs/Ms
Subject : Application for Industrial Training Placement at ABC Enterprise
Regarding to the title above, I, Ali bin Abu, a student at UiTM Shah Alam, would like to apply for an industrial training placement at the ABC Enterprise.
My course is Bachelor of Science (Honours) Mathematics. For more information, you can refer to the details such as below.
Name : Michael bin Jackson
Age : 23 years old
Institution : UiTM Shah Alam
Period of Internship : 4 July 2022 – 9 October 2022 (14 weeks)
Related Fields : Finance, Logistics or Accounting Department
Latest CGPA : 4.00
Phone Number : 012-3456789
Along with this email, I am attaching the following related documents :
1. My Resume
2. Latest Examination Result / Mini Examination Transkrip
3. Document 1
4. Document 2
5. Document 3
6. Document 4
I hope that your company can give me the opportunity to undergo training at ABC Enterprise in order to meet the requirements of my studies. If you have any questions or other needs, please contact me as soon as possible.
Thank you.
5. Rajinkan Diri Untuk Semak Emel Setiap Hari
Anda tidak akan tahu bila pihak syarikat terbabit akan balas emel yang anda telah hantar. Jadi, rajinkan diri untuk semak inbox emel anda serta bahagian spam jika ada.
6. Bersedia Jika Perlu Ditemuduga
Sesetengah syarikat mewajibkan pelajar yang ingin menjalankan latihan industri untuk ditemuduga. Jangan risau kerana temuduga ini bukannya seperti temuduga seperti permohonan kerja.
Secara asasnya, temuduga yang dibuat kerana pihak syarikat mahu mengenali anda, kemahiran yang anda miliki, pengalaman anda semasa di universiti dan lain-lain supaya mereka boleh menempatkan anda pada posisi latihan yang sesuai.
7. Tolak Tempat Yang Lain Jika Anda Sudah Ada Tempat Yang Sesuai
Secara asas, saya menganggap kesemua tempat yang anda mohon merupakan tempat yang anda rasa sesuai dengan diri anda. Jika anda dapat lebih dari dua tempat untuk menjalankan latihan industri, jadi anda hanya perlu pilih satu sahaja dan tolak yang selebihnya.
Pastikan anda memilih tempat yang anda rasakan paling sesuai dengan diri anda. Antara kriteria yang boleh anda pertimbangkan adalah seperti posisi latihan, jenis syarikat, lokasi syarikat, persekitaran syarikat serta elaun yang diberikan.
Setelah anda sudah pilih tempat yang anda sesuai, jadi anda perlu menghantar emel untuk menolak syarikat lain. Untuk penulisan emel bagi penolakan tempat latihan industri, boleh gunakan contoh seperti dibawah.
Contoh Surat Penolakan Tempat Latihan Industri (Bahasa Melayu)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan/Cik
Perkara : Penolakan Tawaran Penempatan Latihan Industri di ABC Enterprise
Merujuk kepada perkara di atas, saya Ali bin Abu, pelajar UiTM Shah Alam, ingin memaklumkan bahawa saya terpaksa menolak tawaran penempatan latihan industri di XYZ Enterprise atas sebab - sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Saya ingin memohon maaf dan berterima kasih di atas kerjasama dan kesudian dari pihak Tuan/Puan/Cik yang telah menawarkan penempatan latihan industri kepada diri saya.
Terima kasih.
Contoh Surat Penolakan Tempat Latihan Industri (Bahasa Inggeris)
Assalamualaikum and Greetings.
Mr/Mrs/Ms
Subject : Rejection of Industrial Training Placement Offer at ABC Enterprise
Referring to the above, I, Ali bin Abu, student at UiTM Shah Alam, would like to inform that I had to decline the industrial training offer at XYZ Enterprise due to certain unavoidable reasons.
I would like to apologize and thank you for your cooperation and willingness to offer me an industrial training placement.
Thank you.
8. Tahu Jadual Kerja, Etika Pemakaian, Tarikh Lapor Diri
Setelah anda selesai membalas kesemua emel yang patut, jadi tugas anda sekarang anda bertanyakan tentang perkara-perkara asas mengenai syarikat berkait.
Sebagai contoh, maklumat yang anda perlu tahu adalah waktu kerja, etika pemakaian serta tarikh lapor diri. Tarikh lapor diri merupakan tarikh yang sangat penting dan anda perlu peka tentang perihal ini.
Ada syarikat menyuruh pelajar melaporkan diri lebih awal dan sebaliknya, bergantung kepada syarikat terbabit.
Etika pemakaian juga sangat penting. Ada syarikat mungkin mewajibkan pekerja memakai kot hitam pada setiap hari Isnin dan ada juga syarikat yang membenarkan pekerjanya tidak menetapkan kod pemakaian harian.
Waktu kerja juga sangat penting untuk diambil tahu. Jangan terkejut jika waktu kerja syarikat terbabit bermula pada pukul 6 pagi hingga 3 petang waktu Malaysia.
Kebiasaannya, syarikat ini merupakan syarikat luar negara yang bertapak di Malaysia dan mereka menggunakan waktu negara mereka untuk beroperasi.
9. Bersedia Dengan Tempat Tinggal Dan Kenderaan
Anda sudah tahu kesemua maklumat yang perlu. Sekarang anda perlu bersedia dengan tempat tinggal dan kenderaan.
Jika anda tinggal di rumah ibubapa dan mempunyai kenderaan sendiri untuk ke tempat latihan, ia bukan satu perkara besar bagi anda. Jika perlu menyewa rumah atau bilik, sekarang anda perlu cari bilik yang sesuai dan dekat dengan tempat latihan anda.
Tambahan lagi, jika anda tiada kenderaan tetap untuk ke tempat latihan, anda mungkin perlu bersedia untuk naik kenderaan awam ataupun mungkin memberitahu ahli keluarga anda untuk hantar anda ke tempat latihan.
Anda juga boleh minta dengan kawan anda menumpang kereta mereka jika mereka dapat tempat latihan sama atau berdekatan dengan tempat anda tetapi pastikan anda bayar duit minyak kepada mereka walaupun mereka tidak minta.
10. Lengkapkan Segala Dokumen Yang Berkait
Jika anda dokumen yang belum lengkap dan perlu dihantar kepada syarikat terbabit atau pihak universiti, boleh lengkapkan dengan segera dan hantar secepat mungkin.
Satu lagi, sediakan empat hingga lima helai salinan kad pengenalan serta beberapa keping gambar passport sebagai langkah persediaan awal jika perlu digunakan.
11. Tahu Tentang Maklumat Dan Lokasi Syarikat
Rajikan diri untuk Google tentang syarikat-syarikat berkait supaya anda tahu bagaimana syarikat tersebut berfungsi. Paling penting, anda perlu tahu tentang lokasi syarikat tersebut.
Jadi, pada waktu lapang, boleh pergi ronda-ronda sekejap ke syarikat tersebut supaya anda akan tahu dengan lebih spesifik tentang lokasi berkait.
12. Tentang Elaun Latihan Industri
Saya tak bincang pasal elaun kerana pada borang yang telah dihantar kepada syarikat-syarikat melalui emel telah mempunyai ruang elaun yang akan diisi sendiri oleh pengurusan syarikat terbabit.
Dengan kata lain, mereka akan pulangkan balik borang terbabit kepada anda dan anda boleh tengok terus berapa elaun yang akan diberikan kepada anda. Jika tiada, memang tiada elaun. Jika ada, akan terpampang tentang berapa nilai elaun yang akan diberikan.
Jika anda berhasrat ingin mohon juga elaun, boleh bertanyakan kepada pihak pengurusan syarikat.
Rumusan
Latihan industri dicipta bagi mendedahkan kepada pelajar tentang suasana dan persekitaran kerja yang sebenar. Dengan kata lain, tempat yang anda akan menjalankan latihan industri merupakan tempat yang anda akan timba pengalaman baru.
Jika anda bersedia dengan lebih awal, anda tidak akan kalut bila tiba waktu untuk laporkan diri anda. Jika ada sebarang masalah, boleh rujuk kepada pensyarah yang bertanggungjawab dalam menguruskan perihal ini. Goodluck.
Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.