Dalam beberapa hari lagi, anda akan menamatkan sesi latihan industri. Semasa waktu latihan, anda mungkin dapat timba pengalaman baru, jumpa kawan baru ataupun dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri.
Dalam kes ini, persediaan yang awal sangat penting supaya anda dapat tamatkan latihan industri dengan baik. Jadi, penulisan kali ini akan membincangkan tentang persediaan penting bagi mahasiswa selepas menjalani latihan industri.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang latihan industri, boleh klik link dibawah.
Jika anda nak tahu tentang persediaan sebelum menjalani latihan industri, boleh klik link dibawah.
Jika anda nak tahu tentang persediaan semasa menjalani latihan industri, boleh klik link dibawah.
1. Umumkan Bahawa Tempoh Latihan Akan Tamat
Selang beberapa hari lagi, anda akan tamat latihan industri. Jadi, perkara pertama yang perlu anda buat ialah beritahu kepada penyelia anda bahawa anda akan menamatkan latihan dalam masa jangka terdekat.
Pemberitahuan ini dibuat supaya mereka boleh bersedia membuat persiapaan untuk meneruskan kerja anda ataupun menyediakan surat tawaran kerja kepada anda. Jadi, boleh beritahu kepada penyelia anda dengan lebih awal. Sebaiknya, satu minggu awal dari tarikh tamat latihan industri.
2. Lengkapkan Laporan Latihan Industri
Setelah tamat latihan industri, tugas yang perlu dibuat sekarang adalah melengkapkan segala laporan yang wajib dibuat dan dihantar. Jangan lengahkan masa untuk tulis laporan anda dan pastikan anda hantar laporan kepada pensyarah secepat mungkin.
3. Jika Terima Surat Tawaran Kerja, Minta Masa Untuk Fikir
Jika prestasi anda semasa latihan industri sangat memberangsangkan dan menarik minat penyelia anda, kemungkinan besar yang anda akan diberikan surat tawaran kerja bagi syarikat terbabit.
Walaupun ianya merupakan satu peluang yang cerah bagi anda, tetapi sebolehnya ambil sedikit masa untuk fikirkan tentang tawaran tersebut. Pastikan anda buat keputusan yang terbaik bagi anda.
4. Jika Mahu, Terima Tawaran Tersebut
Jika anda merasakan bahawa tawaran kerja tersebut sangat sesuai dengan posisi yang diberikan serta gaji permulaan yang menarik, anda boleh ambil keputusan untuk terima kerja tersebut.
Pastikan anda tanya kepada penyelia anda bila tarikh lapor diri bagi tawaran kerja tersebut. Jika beliau tanya kepada anda bila boleh mulakan kerja, anda jawab sahaja sama ada dua minggu atau satu bulan dari tarikh tamat belajar.
Ingat, anda perlu buat pelbagai persediaan penting sebelum mulakan kerja.
5. Jika Tak Mahu, Bagi Sebab Yang Munasabah
Jika anda ambil keputusan untuk tolak tawaran tersebut, pastikan anda beri satu alasan yang kukuh dan baik. Contoh yang baik adalah tawaran kerja tersebut tidak selari dengan bidang pembelajaran, hendak sambung belajar atau jawapan-jawapan lain yang baik.
Jangan sesekali gunakan alasan remeh. Jika tidak, syarikat tersebut berkemungkinan besar tidak akan menawarkan lagi kerja kepada anda pada masa hadapan.
6. Ucapkan Terima Kasih
Akhir sekali, ucapkan terima kasih kepada penyelia anda kerana banyak membantu anda.
7. Hantar Laporan
Setelah kesemua laporan anda telah siap, jadi tugas terakhir anda adalah menghantar laporan tersebut kepada pensyarah anda.
8. Cari Kerja
Setelah itu, maka tamatlah status anda sebagai seorang pelajar. Jadi, tugas anda sekarang adalah carilah kerja yang sesuai dengan aliran pembelajaran anda.
Rumusan
Latihan industri dicipta bagi mendedahkan kepada pelajar tentang suasana dan persekitaran kerja yang sebenar. Dengan kata lain, tempat yang anda akan menjalankan latihan industri merupakan tempat yang anda akan timba pengalaman baru.
Setelah tamat sahaja latihan industri, maka tamatlah zaman pembelajaran dan anda akan masuk ke alam pekerjaan. Alam pekerjaan sudah tentu banyak cabarannya. Saya doakan kejayaan kepada semua pembaca.
Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.