Salah satu perkara yang ada dalam ASB Financing adalah perihal takaful. Ada yang cakap takaful ini bagus dan ada juga yang cakap yang takaful ini tak bagus.
Penulisan kali ini akan memberikan pengenalan tentang takaful dalam ASB Financing serta kesannya terhadap pelaburan yang anda lakukan.
1. Apa Itu Takaful Dalam ASB Financing?
Takaful mempunyai fungsi sama seperti insurans tetapi takaful bersifat patuh syariah. Takaful ASB Financing pula adalah sama seperti takaful-takaful lain.
Bezanya adalah kontrak ASB Financing dan Takaful diletakkan sekali. Dengan kata lain, dua produk berlainan diletakkan dalam satu kotak.
2. Adakah Takaful ASB Financing Sama Seperti Takaful-Takaful Lain Diluar?
Betul. Takaful ASB Financing mempunyai sifat umum yang sama seperti takaful-takaful lain diluar.
Perbezaannya mungkin dari segi polisi, kontrak dan sebagainya kerana biasanya takaful-takaful luar mempunyai tempoh kontrak yang lama.
3. Kenapa Pegawai Bank Mengesyorkan Pelanggan Untuk Ambil Takaful ASB Financing?
Takaful ASB Financing merupakan salah satu 'produk' yang ada dalam sesuatu bank. Pegawai bank berkenaan telah ditugaskan untuk 'menjual produk' tersebut kepada pelanggan.
Pegawai bank akan kenakan kadar faedah yang lebih rendah jika anda ambil takaful dalam pelaburan ASB Financing.
Contohnya, jika kadar faedah semasa pelaburan ASB Financing adalah 4.00%, maka anda hanya akan dikenakan kadar faedah dalam 3.80% sahaja.
4. Berapa Lama Tempoh Kontrak Takaful ASB Financing?
Tempoh takaful ASB Financing berbeza dengan tempoh takaful lain diluar. Tempoh takaful ASB Financing biasanya dalam masa 2 tahun hingga 10 tahun (bergantung).
Tempoh takaful lain diluar biasanya dalam masa yang lama iaitu dalam 30 tahun hingga 40 tahun (bergantung).
5. Apakah Kebaikan Jika Ambil Takaful ASB Financing?
Kebaikan yang pertama adalah, anda akan dapat perlindungan sebagai mana sifat-sifat takaful yang ada.
Dengan kata lain, jika berlaku kemalangan atau kecelakaan, anda boleh tuntut takaful dengan pihak bank berkenaan.
Kebaikan yang kedua adalah, kadar faedah yang dikenakan kepada anda lebih rendah. Apabila kadar faedah lebih rendah, maka bayaran bulanan anda akan lebih rendah.
6. Apakah Keburukan Jika Ambil Takaful ASB Financing?
Keburukan jika anda ambil takaful adalah kadar surrender value anda akan sedikit kurang berbanding dengan mereka yang tidak ambil takaful.
Surrender value adalah lebihan wang yang anda akan dapat apabila anda batalkan kontrak ASB Financing dalam tempoh tertentu.
7. Siapakah Yang Patut Ambil Takaful ASB Financing?
Jika anda mahu mengurangkan pembayaran bulanan, saya sarankan supaya anda ambil takaful ASB Financing.
Jadi, pembayaran bulanan anda akan kurang dan anda juga boleh buat tuntutan jika berlaku kemalangan atau kecelakaan.
8. Siapakah Yang Tak Patut Ambil Takaful ASB Financing?
Jika anda sudah mempunyai kewangan yang kukuh dan banyak, disarankan untuk tidak ambil takaful dalam ASB Financing. Jika nak ambil takaful, ambil dengan pihak luar dari agen yang sah.
Jika anda sudah ada takaful lain yang anda telah buat, disarankan untuk tidak ambil takaful dalam ASB Financing.
Jika anda merancang mahu batalkan kontrak ASB Financing dengan lebih awal, disarankan untuk tidak ambil takaful supaya anda akan dapat surrender value yang tinggi
9. Boleh Tak Saya Buat Tuntutan Takaful ASB Financing Dengan Pihak Bank?
Sudah tentu boleh kerana itulah fungsi takaful. Pastikan segala tuntutan yang dibuat perlu melepasi polisi dan syarat yang ditetapkan dalam dokumen takaful yang anda tandatangan.
10. Bagaimana Cara Saya Nak Buat Tuntut Takaful ASB Financing Dengan Pihak Bank?
Jika anda nak buat tuntutan takaful, boleh hubungi pihak bank yang uruskan perihal ASB Financing anda. Kemudian, beritahu bahawa anda ingin tuntut takaful atas kes-kes tertentu seperti kes kemalangan.
Pegawai bank akan bantu anda dalam kes ini dan biasanya, mereka perlukan bukti dokumen dari hospital dan sebagainya. Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh tanya pegawai bank sendiri.
Rumusan
Takaful ASB Financing mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Pemilihan yang perlu dibuat adalah berdasarkan kepada diri anda sendiri.
Jika anda nak dapatkan bayaran bulanan yang kurang, ambil sahaja takaful. Nilai surrender value yang kita akan dapat mungkin rendah tetapi kita perlu ingat yang pelaburan ASB Financing ialah pelaburan yang baik dalam masa jangka panjang.
Nak tahu beza teknik compounding dengan teknik rolling dividen dalam ASB Financing? Boleh klik link dibawah.
Nak kenal dengan lebih lanjut tentang ASB Financing? Boleh klik link dibawah.
Nak tahu langkah-langkah untuk melaburi ASB Financing? Boleh klik link dibawah.
Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.
Nilai surrender value yg kita dpt termasuk sekali dengan takaful ka??sbb bank dh bayar nilai surrender..
BalasPadam