Bermula 1 Mac 2023 hingga 31 Mar 2023, rakyat Malaysia perlu mengemaskini maklumat terbaru, sama ada melalui atas talian atau di pejabat LHDN.
Bagi mereka yang belum pernah mohon, maka anda boleh buat permohonan baru sekarang.
Dibawah merupakan cara-cara untuk mengemas kini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2023.
1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
3. Pastikan nombor kad pengenalan betul dan klik Semak.
4. Jika keluar notifikasi Tiada Rekod, bermakna anda masih belum mendaftar MySTR. Untuk panduan mendaftar, boleh klik sini.
5. Jika anda telah mendaftar, akan keluar paparan kata kunci keselamatan. Pastikan kata kunci tersebut betul seperti mana yang anda pernah letak semasa pendaftaran dan klik Ya.
6. Jika kata kunci tersebut salah, maksudnya nombor kad pengenalan yang anda masukkan adalah salah. Jadi, klik Tidak dan masukkan balik nombor kad pengenalan dengan betul.
7. Masukkan kata laluan dengan betul dan klik Log Masuk.
8. Jika anda lupa kata laluan anda atau ingin ubah kata laluan, boleh klik sini.
8. Kemudian, klik Kemas Kini Permohonan.
Ruangan bertanda (*) adalah mandatori atau wajib diisi. Manakala ruangan yang berwarna kelabu hanya boleh dikemas kini dengan menghadiri ke Pejabat Hasil Dalam Negeri terdekat.
- Maklumat permohonan akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat terkini permohonan yang dihantar secara dalam talian atau berdasarkan permohonan BKM 2022.
- Kemas Kini ruangan berikut jika ada perubahan maklumat:
- Nombor Telefon Rumah Pemohon.
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan).
- Pilihan Status Perkahwinan Pemohon:-
- Kahwin.
- Cerai.
- Kematian Pasangan.
- Bujang.
- Jika pilihan Status Perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, isikan maklumat Tarikh Status Perkahwinan. Ruangan tarikh ini merujuk kepada Status Perkahwinan.
- Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan.
- Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian.
- Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan.
- Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
- Maklumat Bandar dan Negeri akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat Poskod yang diisi.
- Nombor Poskod Pemohon.
- Pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-mel yang aktif
Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pilih Jenis Pengenalan Pasangan
- No. MyKad / MyPR / MyKAS.
- Sijil Lahir.
- No. Pasport.
- Masukkan Nombor Pengenalan Pasangan.
- Jika nombor pengenalan pasangan wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Jantina akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda.
- Jika tidak wujud pada data JPN, permohonan tidak boleh diteruskan dan paparan berikut akan dipaparkan:
- Jika jenis pengenalan pasangan adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan Nama dan Jantina perlu diisi oleh pemohon. Salinan dokumen pengenalan pasangan perlu dikemukakan ke LHDNM.
- Sekiranya maklumat pasangan telah wujud pada permohonan lain, permohonan tidak boleh diteruskan. Sila rujuk LHDNM berhampiran.
- Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Isikan pilihan Pekerjaan.
- Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pemakluman mengenai Maklumat Anak.
- Tindakan seterusnya seperti berikut:
- Masukkan Nombor Pengenalan Anak (MyKad / MyKid sahaja).
- Jika nombor pengenalan Anak wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Umur akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda. Salinan Sijil Kelahiran Anak perlu dikemukakan ke LHDNM berhampiran.
- Jika tidak wujud pada data JPN, maklumat anak tidak boleh diisi.
- Pilih Status Anak
- Anak Kandung
- Anak Angkat
- Anak terhad kepada 5 orang sahaja untuk diisi
Tags
Kewangan