ASB Financing merupakan salah satu cabang pelaburan yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia. Kebanyakan orang yang menggunakan teknik pelaburan ASB Financing dan bukannya simpanan ASB Biasa kerana mereka mempunyai pelan tersendiri.
Pelaburan ASB Financing mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri yang perlu diketahui bagi setiap pelabur.
Secara ringkasnya, ASB Financing adalah situasi dimana anda membuat pinjaman duit dari pihak bank dan pihak bank menggunakan duit tersebut untuk dilaburkan di ASB atas nama anda sendiri.
Setiap bulan, anda perlu membuat bayaran pinjaman kepada pihak bank.
Kenali OPR Dan Kesan Kenaikkannya Pada Bayaran Bulanan
ASB Financing menggunakan kadar terapung (floating rate) dan bukannya kadar tetap (fixed rate) seperti pinjaman kereta atau rumah.
Dengan kata lain, kadar bayaran bulanan yang perlu dibuat oleh peminjam adalah bergantung kepada kadar terapung yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Negara.
Pada tahun 2022, pihak Bank Negara Malaysia telah menaikkan kadar Overnight Policy Rate (OPR) atau Kadar Polisi Semalaman sebanyak empat kali dalam masa enam bulan.
Sebanyak 25 mata atau 0.25% bagi setiap kenaikan yang dibuat. Dengan kata lain, pihak Bank Negara telah menaikkan kadar OPR sebanyak 1.00% dalam tempoh kurang dari setahun.
1.00% mungkin kelihatan agak rendah tetapi sebenarnya ianya dapat memberi impak yang sangat besar dalam pembayaran bulan yang perlu dibuat. Kita ambil contoh dibawah.
Pinjaman ASB Financing = RM200,000.00
Tempoh kontrak = 40 tahun
Kadar keuntungan pihak bank = 1.75%
Kadar faedah dikenakan = Kadar OPR + 1.75%
Adakah ASB Financing Lagi Untung Berbanding Simpanan ASB Biasa?
Untuk persoalan ini, kita perlu buat kiraan bagi membandingkan keuntungan antara satu sama lain.
Kiraan ASB Biasa
Anggap sahaja pada awal tahun 2023, anda memilih untuk simpanan ASB Biasa sebanyak RM899.13 setiap bulan. Jadi, setiap bulan anda akan simpanan sebanyak RM899.13 ke ASB tanpa melibatkan pinjaman.
Untuk pengetahuan, kiraan dividen ASB adalah berdasarkan kepada Kedudukan Baki Minimum Bulanan ASB. Jika anda nak tahu dengan lebih lanjut, boleh klik link dibawah.
Link
Jadi, dividen bersih yang diperolehi adalah seperti dibawah (kadar dividen adalah 5%).
Dari jadual diatas, apabila anda membuat simpanan tetap sebanyak RM899.13 setiap bulan selama setahun, kadar dividen yang akan diperolehi adalah sebanyak RM247.26 sahaja.
Jumlah sijil = RM10,789.56
Jumlah dividen = RM247.26
Jumlah tunai nilai ASB = RM11,036.82
Sekarang, mari kita buat kiraan ASB Financing pula.
Kiraan ASB Financing
Anggap sahaja pada awal tahun 2023, anda memilih untuk membuat ASB Financing dengan mana-mana bank terdekat. Sebagai contoh, kontrak ASB Financing kita adalah seperti berikut.
Pinjaman ASB Financing = RM200,000.00
Tempoh kontrak = 40 tahun
Kadar faedah dikenakan = 4.50%
Bayaran Bulanan = RM899.13
Dalam kes ini, anda akan mendapat sijil pinjaman ASB sebanyak 200,000 unit yang akan dimasukkan ke dalam akaun anda. Anda hanya perlu bayar kepada pihak bank sebanyak RM899.13 setiap bulan
Jadi, kadar simpanan serta dividen yang diperolehi adalah seperti dibawah.
Jadi, jumlah dividen yang akan diperolehi adalah sebanyak RM9,166.67 sahaja. Tetapi, kita masih belum selesai.
Sekarang, kita perlu campur dengan nilai surrender value dahulu. Apabila habis tahun pertama, nilai surrender value yang akan diperolehi adalah sebanyak RM1,826.88 pula.
Jumlahkan dengan kadar dividen dan anda akan dapat nilai sebanyak RM10,993.55 sahaja.
Jumlah surrender = RM1,826.88
Jumlah dividen = RM9,166.67
Jumlah tunai nilai ASB Financing = RM10,993.55
Ringkasan Perbezaan Antara ASB Financing Dengan ASB Biasa
Jumlah tunai nilai ASB Financing = RM10,993.55
Jumlah tunai nilai ASB Biasa = RM11,036.82
Perbezaan Nilai = RM43.27 (ASB Biasa lebih tinggi)
Jika diikutkan, ASB Biasa lebih tinggi berbanding ASB Financing pada tahun pertama.
Tetapi kita perlu ingat bahawa ASB mempunyai sifat compounding. Jadi, dengan kata lain, pada tahun kedua dan seterusnya, ASB Financing akan dapat menandingi simpanan ASB Biasa.
Rumusan
Pendapat saya, ASB Financing masih lagi dikira sebagai satu instrumen pelabur yang berbaloi bagi rakyat Malaysia pada tahun 2023.
Walaubagaimanapun, ASB Financing serta simpanan ASB Biasa mempunyai kelebihan kekurangan tersendiri.
Nasihat saya, jika anda mahu melabur dalam short term (kurang dari 3 tahun), saya cadangkan supaya anda buat simpanan ASB Biasa sahaja.
Jika anda mahu membuat pelaburan long term (lebih dari 3 tahun), ASB Financing merupakan cabang pelaburan yang sangat berbaloi.
Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.
saya baca artikel ni mudah nk faham dari artikel2 lain, tapi apa maksud componding tu bang?
BalasPadam