ASB Financing mempunyai kelebihan dari segi keuntungan dalam masa jangka panjang. Semakin lama penggunaan ASBF bagi individu, semakin tinggi keuntungan yang akan diperolehi berbanding dengan ASB biasa. Dengan kata lain, keuntungan yang akan kita perolehi untuk jangka panjang akan lebih tinggi jika kita menggunakan ASB Financing berbanding ASB biasa. Contoh pengiraan keuntungan boleh dilihat di bawah.
ASB Financing
Kita mohon kadar pinjaman ASB Financing sebanyak RM200,000 tanpa takaful selama 30 tahun. Kadar faedah yang dikenakan adalah 3.55% setahun. Jadi bayaran bulanannya adalah sebanyak RM903.68 dan kita genapkan kepada RM904. Sekarang, kita katakan kadar dividen setiap tahun adalah 4% dan kita buat pembayaran kepada bank sebanyak RM904 sebulan selama 7 tahun. Maklumat diatas boleh diringkaskan seperti dibawah.
Kadar pinjaman ASB Financing , A = RM200,000
Kadar faedah dikenakan bank, r = 3.55% setahun (0.0355 setahun)
Bilangan tahun pinjaman ASB Financing, t = 30 tahun
Anggaran dividen setiap tahun, d = 4% setahun (0.04 setahun)
Jumlah bayaran setiap bulan, P = RM904
Pengiraan jumlah bayaran setiap bulan boleh dirujuk link dibawah :
Katakan selepas 10 tahun, kita ingin menamatkan ASB Financing tersebut. Pertama sekali, kita perlu mengira nilai dividen yang kita telah perolehi selepas 10 tahun. Kiraan nilai dividen yang kita telah perolehi selepas 10 tahun boleh dilihat dibawah.
Jumlah ASB Financing selepas 10 tahun
= Nilai pinjaman x (1+ Kadar dividen)Bilangan tahun
= RM200,000 x (1+ 0.04)^10
= RM296,049
Kadar dividen yang diperoleh selepas 10 tahun
= Jumlah ASB Financing selepas 10 tahun - Kadar pinjaman ASB Financing
= RM296,049 - RM200,000
= RM96,049
Kedua, kita perlu mengira nilai penyerahan (surrender value) selepas 10 tahun. Untuk kira nilai penyerahan, kita perlu tahu baki akhir (ending balance) bagi pinjaman ASB Financing tersebut selepas 10 tahun. Dalam kes ini, baki akhir (ending balance) kita dapati adalah sebanyak RM155,130.
Pengiraan baki akhir (ending balance) boleh dirujuk link dibawah :
Dari jumlah baki akhir (ending balance) yang kita dapat iaitu sebanyak RM155,130, kita boleh mengira nilai penyerahan (surrender value). Kiraan nilai penyerahan (surrender value) boleh dilihat dibawah.
Jumlah nilai penyerahan selepas 10 tahun
= Kadar pinjaman ASB Financing - Baki akhir (ending balance)
= RM200,000 - RM155,130
= RM44,870
Sekarang kita jumlahkan nilai dividen dengan nilai penyerahan untuk dapatkan jumlah sebenar duit yang kita ada.
Jumlah kewangan selepas 10 tahun
= Kadar dividen + Jumlah nilai penyerahan
= RM96,049 + RM44,870
= RM140,919
Jadi, jumlah kewangan yang kita dapat selepas 10 tahun dengan ASB Financing adalah sebanyak RM140,919. Sekarang, kita ingin mengira keuntungan yang kita dapat. Caranya sangat mudah dan boleh dilihat di bawah:
Jumlah keuntungan selepas 10 tahun
= Jumlah nilai kewangan yang diperolehi - Jumlah pembayaran yang dilakukan
= RM140,919 - (RM904 x 12 bulan x 10 tahun)
= RM140,919 - RM108,480
= RM32,439
Jadi, setelah 10 tahun kita melabur dengan menggunakan ASB Financing, jumlah kewangan yang kita ada adalah sebanyak RM140,919 dan jumlah keuntungan yang kita telah perolehi adalah sebanyak RM32,439.
ASB Biasa
Kita buat simpanan biasa di ASB sebanyak RM904 sebulan selama 10 tahun.
Tahun 1 :
Nilai pada awal tahun 1 = RM0
Jumlah bayaran bulanan selama setahun = RM904 X 12 = RM10,848
Jumlah nilai ASB sebelum dividen = RM0 + RM10,848 = RM10,848
Nilai dividen tahun pertama = RM10,848 x 4% = RM434
Jumlah dibawa ke tahun kedua = RM10,848 + RM434= RM11,282
Tahun 2 :
Nilai pada awal tahun 2 = RM11,282
Jumlah bayaran bulanan selama setahun = RM904 X 12 = RM10,848
Jumlah nilai ASB sebelum dividen = RM11,282 + RM10,848 = RM22,130
Nilai dividen tahun pertama = RM22,130 x 4% = RM885
Jumlah dibawa ke tahun kedua = RM22,130 + RM885= RM23,015
Tahun 3 :
Nilai pada awal tahun 3 = RM23,015
Jumlah bayaran bulanan selama setahun = RM904 X 12 = RM10,848
Jumlah nilai ASB sebelum dividen = RM23,015 + RM10,848 = RM33,863
Nilai dividen tahun pertama = RM33,863 x 4% = RM1,355
Jumlah dibawa ke tahun kedua = RM33,863 + RM1,355= RM35,218
Tahun 4 :
Nilai pada awal tahun 4 = RM35,218
Jumlah bayaran bulanan selama setahun = RM904 X 12 = RM10,848
Jumlah nilai ASB sebelum dividen = RM35,218 + RM10,848 = RM46,066
Nilai dividen tahun pertama = RM46,066 x 4% = RM1,843
Jumlah dibawa ke tahun kedua = RM46,066 + RM1,843= RM47,908
Tahun 5 :
Nilai pada awal tahun 5 = RM47,908
Jumlah bayaran bulanan selama setahun = RM904 X 12 = RM10,848
Jumlah nilai ASB sebelum dividen = RM47,908 + RM10,848 = RM58,756
Nilai dividen tahun pertama = RM58,756 x 4% = RM2,350
Jumlah dibawa ke tahun kedua = RM58,756 + RM2,350= RM61,107
Tahun 6 :
Nilai pada awal tahun 6 = RM61,107
Jumlah bayaran bulanan selama setahun = RM904 X 12 = RM10,848
Jumlah nilai ASB sebelum dividen = RM61,107 + RM10,848 = RM71,955
Nilai dividen tahun pertama = RM71,955 x 4% = RM2,878
Jumlah dibawa ke tahun kedua = RM71,955 + RM2,878= RM74,833
Tahun 7 :
Nilai pada awal tahun 7 = RM74,833
Jumlah bayaran bulanan selama setahun = RM904 X 12 = RM10,848
Jumlah nilai ASB sebelum dividen = RM74,833 + RM10848 = RM85,681
Nilai dividen tahun pertama = RM85,681 x 4% = RM3,427
Jumlah dibawa ke tahun kedua = RM85,681 + RM3,427= RM89,108
Tahun 8 :
Nilai pada awal tahun 8 = RM89,108
Jumlah bayaran bulanan selama setahun = RM904 X 12 = RM10,848
Jumlah nilai ASB sebelum dividen = RM89,108 + RM10,848 = RM99,956
Nilai dividen tahun pertama = RM99,956 x 4% = RM3,998
Jumlah dibawa ke tahun kedua = RM99,956 + RM3,998= RM103,954
Tahun 9 :
Nilai pada awal tahun 9 = RM103,954
Jumlah bayaran bulanan selama setahun = RM904 X 12 = RM10,848
Jumlah nilai ASB sebelum dividen = RM103,954 + RM10,848 = RM114,802
Nilai dividen tahun pertama = RM114,802 x 4% = RM4,592
Jumlah dibawa ke tahun kedua = RM114,802 + RM4592= RM119,394
Tahun 10 :
Nilai pada awal tahun 10 = RM119,394
Jumlah bayaran bulanan selama setahun = RM904 X 12 = RM10,848
Jumlah nilai ASB sebelum dividen = RM119,394 + RM10,848 = RM130,242
Nilai dividen tahun pertama = RM130,242 x 4% = RM5,210
Jumlah dibawa ke tahun kedua = RM130,242 + RM5,210= RM135,452
Jadi, setelah kita melabur selama 10 tahun menggunakan ASB biasa, jumlah nilai yang terdapat dalam buku ASB kita adalah sebanyak RM135,452. Sekarang, kita ingin mengira keuntungan yang kita dapat dengan menggunakan ASB biasa. Caranya sangat mudah dan boleh dilihat di bawah:
Jumlah keuntungan selepas 10 tahun
= Jumlah nilai kewangan yang diperolehi - Jumlah simpanan bulanan dilakukan
= RM135,452 - (RM904 x 12 bulan x 10 tahun)
= RM135,452 - RM108,480
= RM26,972
Jadi, setelah 10 tahun kita melabur dengan menggunakan ASB biasa, jumlah kewangan yang kita sudah ada adalah sebanyak RM135,452 dan jumlah keuntungan yang kita telah perolehi adalah sebanyak RM26,972.
Sekarang kita bandingkan antara ASB Financing dengan ASB Biasa.
ASB Financing
Jumlah kewangan = RM140,919
Jumlah keuntungan = RM32,439
ASB Biasa
Jumlah kewangan = RM135,452
Jumlah keuntungan = RM26,972
Beza keuntungan = RM32,439 - RM26,972 = RM5,467
Sekarang kita dapat lihat bahawa keuntungan dengan mengggunakan ASB Financing lebih tinggi berbanding ASB Biasa. Beza keuntungan tersebut adalah sebanyak RM5,467. Jadi boleh kita simpulkan bahawa ASB Financing lebih menguntungkan kepada pengguna dalam jangka panjang berbanding ASB biasa. Sudah tentu, pengiraan ini berdasarkan kepada kadar dividen tahunan yang tetap dan tidak mengikut kepada kadar semasa akan tetapi, dari segi jangka panjang, ASB Financing lebih menguntungkan.
Sekian, terima kasih. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin.
Redemption due to invoke block its mean proses penjualan balik sijil telah berlaku right ? tp mcm kita ade tunggakan . perlu ke utk bayar ? sy nak bayar tunggakan tp x boleh nak payment . knp ye ?
BalasPadamBetul. Dengan kata lain, sijil ASB tersebut telah dipulangkan balik kepada pihak bank. Dividen yang kita perolehi tidak akan diusik.
PadamJika ada tunggakan bayaran bulanan, cadangan saya untuk selesai tunggakan tersebut terlebih dahulu. Kalau tidak, ia akan bagi kesan kepada CTOS atau CCRIS.
Jika tidak dapat buat pembayaran tunggakan, saya sarankan untuk pergi berjumpa ke cawangan bank berkaitan untuk selesai perkara ini. Antara alternatif lain adalah dengan melakukan transaksi dari akaun bank lain ke akaun loan ASBF tersebut.