Menyimpan duit sebenarnya akan menjadi lebih mudah jika anda mempunyai perancangan yang baik. Kadang-kadang, perkara yang paling sukar untuk menyimpan wang adalah pada fasa permulaan. Penulisan kali ini akan memberikan panduan dan langkah-langkah yang akan membantu anda membina satu strategi yang mudah supaya anda boleh menyimpan duit dalam masa jangka pendek dan jangka panjang.
Kemudian, anda susun catatan tersebut mengikut kategori yang berkait seperti perbelanjaan barangan basah, petrol, bayaran bulanan kereta dan jumlahkan bagi setiap kategori. Jika anda menggunakan kad debit untuk berbelanja, anda boleh mohon penyata bank dari pihak bank atau download sahaja jika anda ada akaun online banking. Ini
1. Catakan Segala Perbelanjaan Yang Dibuat
Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk mula menyimpan wang adalah mencatat segala perbelanjaan yang telah anda buat. Ini termasuk perbelanjaan harian anda seperti membeli air minuman tepi jalan, perbelanjaan isi rumah, bil bulanan dan lain-lain. Anda boleh mula mencatat perbelanjaan anda dengan hanya menggunakan buku nota kecil dan pen ataupun menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam telefon.Kemudian, anda susun catatan tersebut mengikut kategori yang berkait seperti perbelanjaan barangan basah, petrol, bayaran bulanan kereta dan jumlahkan bagi setiap kategori. Jika anda menggunakan kad debit untuk berbelanja, anda boleh mohon penyata bank dari pihak bank atau download sahaja jika anda ada akaun online banking. Ini
2. Cipta Bajet Perbelanjaan
Jika anda sudah tahu jumlah yang telah anda belanjakan setiap bulan, anda boleh mula cipta bajet perbelanjaan anda sendiri. Bajet yang anda buat menunjukkan perbandingan antara perbelanjaan dengan pendapatan anda supaya anda boleh merancang perbelanjaan dan mengehadkan berbelanja lebih dari sepatutnya.Pastikan anda sentiasa mencatat perbelanjaan yang dibuat termasuk perbelanjaan yang bukan komitmen bulanan anda seperti penyelenggaraan kereta. Buat perbandingan antara perbelanjaan yang dibuat serta targetkan berapa jumlah wang yang anda boleh simpan dengan selesa. Cadangan saya adalah mula membuat simpanan sebanyak 10% dari jumlah pendapatan bulanan anda dan boleh naikkan sedikit demi sedikit.
3. Kurangkan Perbelanjaan Yang Tidak Perlu
Jika anda tidak dapat menyimpan duit kerana belanja bulanan anda sangat tinggi, maka sudah tiba masanya untuk kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Kenal pasti perbelanjaan yang tidak penting seperti bayaran gim dan atau makan diluar.Anda juga perlu mengenalpasti cara untuk menjimatkan perbelanjaan tetap bulanan anda seperti pelan telko atau pelan wifi internet. Sebagai contoh, anda boleh mula memilih pelan yang lebih murah berbanding pelan yang anda gunakan sekarang. Selain itu, anda boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan anda dengan membuat perkara dibawah.
Cari Aktiviti Yang Tidak Mengeluarkan Wang
Sebagai contoh, anda tidak perlu menyertai keahlian gim yang memerlukan pembayaran setiap bulan. Sebaliknya, anda boleh membuat senaman dengan menggunakan peralatan yang ada di rumah. Juga, anda boleh berjoging di kawasan perumahan anda sendiri untuk dapatkan tubuh yang sihat.
Berhenti Melanggan Sesuatu Yang Tidak Digunakan
Kemungkinan anda ada melanggan sesuatu yang akan membuat pembaharuan automatik setiap bulan tetapi anda tidak menggunakan servis tersebut. Sebagai contoh, anda melanggan Apple Music tetapi anda tidak mendengar lagu pada aplikasi tersebut atau hanya dengar sekali dua dalam satu bulan. Situasi tersebut sangat membazir dan sebaiknya, anda membatalkan langganan aplikasi tersebut. Tambah, terdapat pelbagai alternatif lain seperti Joox.
Buat Perbandingan Antara Kos Makan Diluar Dan Kos Makan Di Rumah
Kerapakan diri untuk makan dirumah atau membawa bekal apabila pergi ke tempat kerja. Semakan restoran serta kedai makan yang berdekatan dengan rumah anda dan buat perbandingan harga bagi setiap kedai yang anda tuju. Jika anda rasa malas nak masak, boleh pergi ke kedai yang menawarkan harga yang murah tetapi sedap
Tangguh Dahulu Barangan Kemahuan
Anda mungkin tergoda apabila keluar barang baru tetapi lebih baik anda tangguh dahulu kemahuan tersebut. Barangan tersebut mungkin sama fungsinya dengan barang yang anda sudah miliki sekarang. Tambahan lagi, harga bagi sesuatu barang baru akan jatuh dan bukannya naik. Jika anda hendak beli juga barangan tersebut, beli sahaja ketika ada promosi atau harga telah jatuh.
4. Tetapkan Matlamat Simpanan Yang Dibuat
Salah satu cara terbaik untuk menyimpan wang adalah dengan menetapkan matlamat simpanan yang dibuat. Mulakan matlamat tersebut dengan menetapkan kadar simpanan jangka pendek (satu hingga 4 tahun) dan kadar simpanan jangka panjang (5 tahun dan keatas). Kemudian, anggarkan tujuan simpanan tersebut serta berapa banyak yang anda perlukan untuk mencapai kedua-dua matlamat yang ditetapkab.
Matlamat Jangka Pendek
Matlamat jangka pendek biasanya matlamat kewangan yang akan digunakan dalam masa terdekat dan memerlukan simpanan yang kecil sahaja. Contohnya adalah dana kecemasan, kos percutian atau bayaran muka kereta. Tetapkan matlamat jangka pendek dengan kadar yang boleh dicapai.
Matlamat tersebut perlu sesuatu yang menggembirakan dan melangkaui belanjawan bulanan anda, seperti telefon pintar baharu atau hadiah percutian. Sekiranya anda telah mencapai matlamat jangka pendek dan dapat menikmati ganjaran tersebut, keadaan ini boleh memberi anda rangsangan psikologi, menjadikan anda lebih bersemangat untuk menyimpan wang dengan lebih baik.
Matlamat Jangka Panjang
Matlamat jangka pendek biasanya matlamat kewangan yang akan digunakan untuk tempoh masa yang lama dan memerlukan simpanan yang besar. Contohnya adalah simpanan hari persaraan, dana projek pengubahsuaian rumah atau bayaran beli tanah.
Matlamat jangka panjang merupakan satu proses yang panjang dan perlu dibuat secara konsisten. Dengan kata lain, anda perlu sentiasa berfikir ke hadapan supaya anda lebih bersemangat untuk capi matlamat jangka panjang yang telah anda tetapkan.
5. Jual Barang Yang Tidak Digunakan
Jika ada barang di dalam rumah kita yang sudah tidak disentuh lebih dari satu tahun, anda boleh ikhtiar untuk jual barang tersebut bagi mendapatkan duit. Barang-barang disini bermaksud barang yang masih berada dalam keadaan baik tetapi tidak digunakan.
Contohnya, ada mempunyai dua seterika di rumah anda iaitu seterika biasa dan seterika wap. Dalam seharian, anda banyak menggunakan seterika wap kerana ia lebih mudah hilangkan kedut. Dengan kata lain, anda memang sudah tidak gunakan seterika biasa yang anda miliki. Jadi, lebih baik seterika tersebut dijual kepada orang lain dari biarkan ia tersimpan.
6. Gunakan Kemahiran Yang Ada
Kemahiran yang anda miliki mungkin akan berguna untuk mengurangkan kadar perbelanjaan anda dan lebih baik, dapat menambah pendapatan anda. Contohnya, anda mungkin pakar dari segi membaiki masalah paip air. Jadi, jika ada sebarang masalah berkaitan dengan paip yang berlaku di rumah anda, anda tidak perlu upah orang luar untuk selesaikan masalah tersebut. Tambahan lagi, anda boleh menawarkan servis anda kepada jiran berdekatan dan dapat memberikan duit poket tambahan.
7. Simpan Duit Di Tempat Yang Susah Untuk Digunakan
Jika kita simpan duit ditempat yang mudah diambil, berkemungkinan kita akan menggunakan duit tersebut. Jadi, lebih baik kita simpan duit tersebut ditempat yang susah untuk diambil ataupun akan mengambil masa untuk mengambilnya. Pendapat saya, boleh simpan di ASB. ASB akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu hari untuk pengeluaran duit.
Kita boleh keluarkan duit ASB secara terus tetapi kita akan terpaksa pergi ke pejabat pos, beratur, menunggu dan mengisi borang semata-mata untuk keluarkan duit ASB kita. Dengan kata lain, simpanan ASB adalah tempat yang tepat untuk kita simpan duit.
8. Lihat Kenaikan Simpanan Yang Dibuat
Sentiasa buat semakan tentang bajet dan simpanan yang telah dibuat. Tindakan ini bukan sahaja dapat membantu anda menyimpan dengan lebih baik, malah dapat mengetahui dan membaiki masalah yang dialami. Contoh, kita boleh cari punca dan sebab sekiranyan simpanan pada bulan ini kurang dari bulan sebelumnya. Jika kita faham tentang bagaimana cara untuk menyimpan dulu, ini dapat menginspirasikan anda untuk mencari cara lain untuk menyimpan dan mencapai sasaran ditetapkan dengan lebih cepat.
Rumusan
Secara dasarnya, memyimpan duit memerlukan strategi yang baik dan kukuh jika. Sebaiknya, kita mulak menyimpan seawal mungkin dan penuhkan diri dengan pelbagai ilmu kewangan.
Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.
Tags
Kewangan