Bagaimana Cara Scammer Curi Duit Mangsa Tanpa Nombor TAC Atau Kad Bank?


Zaman sekarang, scammer atas talian boleh dikatakan selalu ada dan sudah ramai orang yang menjadi mangsa, tak kira tua atau muda. Taktik scammer yang paling kerap digunakan adalah mereka akan beritahu bahawa kita mempunyai tunggakan pembayaran tertentu dan perlu bayar dengan kadar segera. Jika tidak, polis akan datang ke rumah untuk menangkap kita.

Ada juga scammer yang pura-pura tanyakan soalan tertentu kepada kita dan meminta nombor TAC yang kita terima dari mesej. Mereka mahu pindahkan duit dari akaun kita ke akaun mereka tanpa kita sedari. Kini, ada scammer yang mampu untuk pindahkan duit dari akaun kita tanpa kita bagi nombor TAC tetapi bagaimana mereka buat? Untuk ringkasan, saya akan bahagikan kepada tiga jenis scammer seperti dibawah.

  • Scammer tunggakan pembayaran
  • Scammer meminta nombor TAC
  • Scammer tanpa nombor TAC atau kad bank

Penulisan kali ini akan membincangkan tentang bagaimana cara scammer mencuri duit kita tanpa menggunakan nombor TAC atau kad bank. Dengan kata lain, kita akan bincangkan jenis scammer yang ketiga. Boleh kongsikan penulisan ini supaya ramai orang akan lebih faham dan bertindak lebih awal supaya tidak menjadi mangsa.

1. Perlu Cari Mangsa Yang Sesuai


Untuk pengetahuan, scammer yang ketiga ini yang paling bahawa kerana mereka boleh pindakan duit kita sebanyak mana yang mereka mahu. Fasa pertama untuk scammer ini beroperasi ialah mencari mangsa yang sesuai dengan kriteria yang mereka mahukan. Kriteria tersebut adalah seperti berikut.

  • Mangsa perlu mempunyai akaun online banking
  • Mangsa perlu mempunyai telefon pintar
  • Mangas perlu ada duit dalam akaun online banking tersebut

Dengan kata lain, kalau kita tidak ada ciri-ciri yang mereka mahukan, maka kita bukannya sasaran mereka. 

2. Perlu Data Peribadi Mangsa


Setelah mereka sudah dapat sasaran yang dimahukan, langkah seterusnya adalah menghubungi mangsa. Untuk pengetahuan, scammer tidak hubungi mangsa sebab nak minta nombor TAC atau mahu beritahu tentang tunggakan pembayaran tetapi hendak mendapatkan maklumat peribadi.

Cara scammer menghubungi masa ialah melalui pengiklanan. Pertama, mereka mungkin mengiklankan servis yang sangat murah dari harga semasa atau iklankan tentang pelaburan yang cepat kaya. Sudah tentu, ramai yang tidak akan mudah terpedaya tetapi setelah ada mangsa yang hubungi mereka atau scammer tersebut hubungi mangsa terlebih dahulu. Disinilah sesi pertanyaan dimulakan.

Scammer tersebut akan tanyakan kepada mangsa tentang kriteria yang scammer tersebut mahukan. Jika mangsa mempunyai kriteria tersebut, maka mereka akan mula korek data peribadi mangsa.

3. Perlukan Id Pengguna Dan Kata Laluan Online Banking Mangsa
Scammer tidak akan minta kepada mangsa untuk berikan Id pengguna dan kata laluan. Sebaliknya, mereka akan berikan satu pautan palsu dimana pautan tersebut seakan sama seperti pautan asli.

Sebagai contoh, jika mangsa beritahu bahawa mereka menggunakan Maybank Online Banking, jadi scammer tersebut akan berikan pautan palsu Maybank Online Banking. Gambar muka Online Banking tersebut sangat-sangat sama sehinggakan tiada perbezaan yang besar. Boleh lihat gambar dibawah.



Kemudian, mereka akan minta kita login akaun Maybank menggunakan pautan palsu tadi. Jika kita login, data tentang Id Pengguna dan kata laluan sudah ada ditangan mereka. Dengan kata lain, scammer tersebut boleh login dan logout akaun Maybank Online Banking milik mangsa tanpa pengetahuan mereka.

Walaupun begitu, scammer tersebut masih kurang satu benda iaitu mereka memerlukan nombor TAC.

4. Perlukan Nombor TAC


Scammer tidak akan minta kepada mangsa memberikan nombor TAC. Sebaliknya, mereka akan berikan satu aplikasi yang akan dihantar kepada mangsa. Kemudian, scammer akan minta mangsa untuk memuat turun dan pasang aplikasi tersebut di telefon mangsa.

Kemudian, sewaktu pemasangan aplikasi tersebut, akan keluar satu notifikasi yang mengatakan "Allow This Application To Read Your Message?" dan scammer tersebut akan menyuruh mangsa tekan Ya. Notifikasi itu menyatakan bahawa aplikasi yang baru dipasang akan dapat membaca mesej-mesej (mesej biasa dan bukan Whatsapp atau Telegram) yang ada dalam telefon mangsa.

Dengan kata lain, scammer tersebut dapat 'melihat' nombor TAC terbaru walaupun scammer tersebut tidak pegang telefon mangsa. Itulah tujuannya scammer tersebut meminta mangsa memasang aplikasi yang dihantar dan minta kita tekan Ya apabila notifikasi tentang "Allow This Application To Read Your Message?" terpampang.

5. Mula Curi Duit Dari Akaun Mangsa


Setelah ketiga-tiga data sudah diperolehi, maka scammer tersebut sudah mula boleh beroperasi. Dengan kata lain, scammer tersebut boleh mula curi duit dari mangsa tanpa pengetahuan dari mangsa.

Rumusan
Jadi, secara dasarnya, scammer sekarang makin hari makin bijak dan mereka makin kreatif untuk mencuri duit kita. Langkah-langkah yang ringkas untuk mencegah perkara tersebut dari berlaku adalah seperti di bawah.

  • Pastikan kita semak talian tersebut sebelum login akaun Online Banking.
  • Aktifkan 2 Factor Authentication.
  • Jangan sesekali muat turun aplikasi dari luar PlayStore atau App Store.
  • Jangan sesekali tekan pautan yang datang dari orang yang tidak dikenali.

Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama