11 Perancangan Bajet Yang Boleh Dibuat Bagi Semua Golongan Bujang


Bagi orang bujang, pengurusan wang sangat  penting dan mempunyai kelebihan tersendiri.

Gaji yang anda terima perlu diurus dengan baik dan berhemah supaya anda tidak akan kesempitan duit pada penghujung bulan.

Penulisan kali ini akan membincang tentang perancangan bajet yang boleh dibuat bagi orang bujang.

1. Masak Makanan Dari Rumah
Jika diikutkan, kebanyakan makanan yang dijual diluar berharga lebih tinggi. Jika dibandingkan, perbelanjaan dapat dikurangkan  jika anda masak dari rumah. 


Tambahan lagi, masakan dari rumah sudah tentu lebih berkhasiat dan bersih. Anda boleh membawa bekal ke tempat kerja pada waktu pagi dan masak pada waktu malam.

Waktu tengahari, boleh cuba cari kedai makan yang menjual makanan dengan harga yang murah.

2. Guna Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam semestinya lebih jimat jika dibandingkan dengan menaiki kereta. Jika naik kereta, bukan sahaja kos petrol yang perlu diambil kira, malahan kos parking serta tol.


Tambahan lagi, ada juga pengangkutan awam yang menawarkan perkhidmatan percuma seperti Bas Selangor. Cuma, anda perlu tahu dan peka tentang jadual pengangkutan awam berkaitan.

3. Hentikan Langganan Yang Membazir
Jika anda ada melanggan sesuata yang anda tidak gunakan ataupun boleh digantikan dengan perkara lain, boleh hentikan langganan tersebut.


Contoh yang paling mudah adalah langganan Netflix ataupun gim. Kalau diikutkan, banyak lagi platfrom lain yang menawarkan hiburan sama seperti Netflix.

Juga, kita boleh gantikan langggan gim dengan melakukan aktiviti lain. Sebagai contoh, anda boleh pergi berjoging pada waktu petang atau buat senaman ringan di rumah.

Di Youtube, terdapat banyak video yang menunjukan cara untuk bersenam dari rumah dan ini boleh menjimatkan kewangan anda.

4. Paksa Diri Untuk Simpan Duit
Kadang-kala, kita perlu paksa diri kita untuk simpan duit walaupun hati tak berkenan. Jika boleh, paksa diri anda untuk berdisiplin dalam menyimpan duit.


Jika tidak memaksa diri kita untuk menyimpan duit dan sentiasa memberikan alasan, kewangan kita berada dalam keadaan yang tidak baik. 

Cadangan saya adalah dengan membuat pelbagai tabung yang berbeza supaya kita mempunyai aliran tabung yang berlainan. Sebagai contoh, kita boleh cipta tabung syiling dan bila kita terjumpa syiling dalam dompet kita, boleh masukkan terus dalam tabung tersebut.

Untuk tahu dengan lebih lanjut tentang perancangan wang dengan tabung simpanan, boleh klik link dibawah.


5. Hidup Dibawah Keperluan
Jika kita seorang yang bujang dan mempunyai pendapatan yang biasa, cuba untuk hidup dibawah keperluan. Hidup dibawah keperluan bukan bermakna kita perlu beli barang bundle atau secondhand.


Hidup dibawah keperluan bermaksud kita berbelanja dibawah dari pendapatan kita. Contohnya, kadaran gaji kita mampu untuk membeli kereta Toyoto Vios tetapi kita boleh pilih untuk beli kereta Perodua Bezza.

Setiap pembelian kita mempunyai satu sahaja tujuan. Kereta dibeli  hanya untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Jam tangan dibeli hanya untuk tunjukkan waktu. Baju dibeli hanya untuk dipakai. 

Sama ada barang tersebut murah atau mahal, tujuannya tetap sama sahaja.

6. Lakukan Pembelian Secara Tunai
Jangan sesekali cuba untuk menambah hutang dalam diri kita. Hutang tetap hutang walaupun bulanan tersebut rendah.


Lakukan segala urusniaga pembelian dengan tunai sahaja. Dengan kata lain, kita hendak meminimumkan hutang bulanan kita.

Jika kita banyak berhutang dan tak mampu bayar, rekod CCRIS kita akan tercalar dan ini akan menyusahkan kita pada masa hadapan.

7. Berpuasa
Perkara ini mungkin ditujukan kepada umat Islam tetapi sebenarnya puasa dapat menjimatkan kewangan yang ada tetapi niatlah untuk beribadah.

Jika kita berpuasa, kita tidak perlu mengeluarkan duit untuk makan tengahari. Dengan kata lain, kita sudah boleh jimatkan wang tersebut.

Walaupun begitu, janganlah kita puasa setiap hari kerana hendak berjimat. Amalkan puasa pada hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa seperti puasa Isnin-Khamis, puasa Hari Putih dan sebagainya.

8. Buat Sendiri Dan Ambil Upah
Jika kita mempunyai kemahiran, kita boleh cuba ambil upah untuk buat benda tersebut. Contohnya, mesin rumput, lipat baju, personal shopper, ajar mengaji dan sebagainya.


Apa sahaja perkara yang kita buat, pastikan ianya baik dan berbaloi. Tambahan lagi, jika kita buat sendiri benda tersebut, kita tidak perlu upah orang lain dan ini dapat menjimatkan kewangan kita.

9. Bandingkan Harga Ketika Beli Barang
Ada sesetengah barang mempunyai harga yang berbeza bagi kedai berlainan. Sentiasa bandingkan harga dari kedai-kedai supaya kita dapatkan harga terbaik.


Jika diikutkan, para ibu yang banyak lakukan perbandingan harga sebab mereka nak dapatkan dengan harga yang murah.

Juga, tidak ada salahnya untuk kita tawar menawar bagi sesuatu barang tetapi pastikan harga yang ditawar perlu rasional dan tidak menjejaskan penjual.

10. Beli Barang Yang Perlu Sahaja
Apabila berbelanja, tangguhkan segala keinginan diri untuk beli barang kemahuan. Fokuskan diri untuk beli barang yang perlu sahaja.


Jika kita ada niat nak beli sesuatu benda yang kita suka, boleh rancang dari awal supaya kita dapat membelinya tanpa menjejaskan kewangan bulanan kita.

Cadangan saya adalah buat satu tabung khas untuk kita beli barang kemahuan seperti telefon baru. Untuk tahu dengan lebih lanjut tentang tabung tersebut, klik link dibawah.


11. Catatkan Segala Perbelanjaan
Apabila kita berbelanja secara tunai, catatkan segala perbelanjaan yang dibuat walaupun nilainya kecil.


Jika kita berbelanja dengan menggunakan kad debit, pastikan kita mempunyai online banking bagi bank tersebut. Ianya bertujuan supaya kita mudah jejak balik dimana duit kita dibelanjakan.

Apabila kita dapat jejaki perbelanjaan yang dibawa, anda boleh rancang tentang perbelanjaan mana yang patut dikurangkan.

Sebagai contoh, jika kita minum Starbucks berharga RM25.00 setiap hari, kita sudah belanjakan sebanyak RM750.00 dalam masa sebulan. Jadi, kita boleh rancang untuk minum Starbucks hanya satu kali seminggu sahaja.

Rumusan
Perancangan bajet di atas hanyalah sebahagian dari perancangan lain yang boleh dibuat. Tujuan kita merancang bajet adalah supaya status kewangan kita akan berada dalam keadaan baik.

Kalau anda tak mampu untuk buat kesemua bajet diatas, anda cuba untuk buat sebanyak mungkin. Jangan risau, mulakan langkah dengan perlahan kerana ini bukan perlumbaan

Nak tahu langkah-langkah muda untuk menyimpan duit dengan baik? Boleh klik link dibawah.


Nak kenal dengan lebih lanjut tentang ASB Financing? Boleh klik link dibawah.


Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama