Ramai orang yang mahu melabur dalam ASB Financing tetapi masih tak tahu cara yang betul. Oleh itu, saya akan ceritakan tentang cara-cara nak melabur dalam ASB Financing dari awal sampai akhir.
Saya akan pecahkan dalam bentuk tiga situasi iaitu situasi sebelum, semasa dan selepas supaya anda semua akan mudah faham.
Fasa Sebelum :
Fahamkan Dahulu Tentang ASB Financing
Sebelum nak buat ASB Financing, anda kena faham dahulu apa itu ASB Financing. Untuk lebih pemahaman tentang ini, boleh klik link dibawah.
Saya telah sediakan 22 soalan serta jawapan yang lengkap tentang ASB Financing. Boleh baca untuk tambahkan ilmu.
Cari Bank Yang Sesuai
Cari bank yang dekat dengan rumah dan mempunyai kadar faedah yang rendah. Ini bertujuan untuk memudahkan urusan yang akan dibuat.
Jika anda nak dapatkan kadar faedah paling rendah, boleh bertanya dan hubungi pegawai-pegawai bank dari setiap bank untuk buat perbandingan.
Kira Anggaran Pembayaran Bulanan
Bila anda dah tahu kadar faedah yang dikenakan, anda boleh kira anggaran pembayaran bulanan secara kasar. Boleh klik link dibawah untuk tahu cara pengiraan.
Kiraan yang dibuat ini hanyalah kiraan secara kasar sahaja dan jumlah pembayaran bulanan yang sebenar akan dikira oleh pegawai bank sendiri.
Sediakan Salinan IC dan Slip Gaji
Anda telah tahu serba sedikit tentang ASB Financing dan sudah buat anggaran pembayaran bulan secara kasar.
Sekarang, anda hanya perlu sediakan salinan kad pengenalan serta slip gaji. Kalau tak ada slip gaji, boleh mohon surat pengesahan gaji yang telah disahkan.
Pergi Ke Bank
Jika semua dokumen diatas telah lengkap, anda boleh terus ke bank pilihan anda untuk buat ASB Financing.
Apabila masuk ke dalam bank, beritahu pegawai bank yang anda mahu buat ASB Financing.
Fasa Semasa :
Minta Penjelasan Dengan Lebih Terperinci
Apabila berjumpa dengan pegawai bank berkenaan, beritahu terus yang anda nak buat ASB Financing.
Kemudian, pegawai bank akan keluarkan satu jadual lengkap tentang kadar pembayaran bulanan mengikut tempoh.
Dalam jadual tersebut, sudah lengkap tentang berapa jumlah bayaran setiap bulan mengikut kadar faedah semasa. Jadi, anda perlu pilih ikut kesesuaian anda sendiri.
Nasihat saya, ambil tempoh paling panjang yang diberikan oleh pihak bank. Jika Maybank, tempoh paling panjang adalah 35 tahun manakala Ambank pula 40 tahun. Semakin lama tempoh kontrak, nilai bayaran bulanan semakin kurang.
Tanya Tentang Takaful
Apabila masuk ke topik takaful, tanyakan terus nilai minimum yang boleh diambil dan tempoh kontrak takaful paling pendek.
Buat yang tertanya, takaful merupakan 'produk' yang dijual oleh pihak bank.
Jika anda ambil takaful, kadar faedah yang dikenakan akan kurang sedikit berbanding yang tidak ambil takaful. Ada dua kesan jika ambil takaful.
Pertama, kadar bayaran bulanan yang rendah sebab kadar faedah dikenakan lebih rendah. Kedua, surrender value kita akan rendah apabila kita terminate kontrak.
Nasihat saya, bergantung kepada situasi. Kalau macam saya, saya ambil takaful sebab saya nak kadar bayaran bulanan saya lebih rendah walaupun surrender value saya akan rendah.
Buka Akaun Bank Dan Online Banking
Jika anda belum buka akaun bagi bank berkenaan, mohon untuk buka akaun bank dan akaun online banking sekali. Jika ditanya sebab, jawab sahaja kerana nak mudahkan pengurusan ASB Financing.
Satu lagi, saranan saya supaya anda aktifkan fungsi auto-debit. Fungsi auto-debit adalah pembayaran secara automatik setiap bulan atas urusan ASB Financing.
Dengan kata lain, kita hanya perlu masukkan duit sahaja dan pihak bank akan uruskannnya.
Sebagai contoh, jika pembayaran bulan adalah RM250.00, jadi saya masukkan dalam RM510.00 untuk tujuan bayaran pada bulan depan dan bulan seterusnya. RM10.00 itu hanya lebihan sahaja untuk diletakkan dalam akaun.
Sahkan Permohonan
Setelah itu, anda boleh tandatangan dokumen berkaitan bagi mengesahkan permohonan anda. Sebelum pulang, dapatkan nombor telefon pegawai bank yang menguruskan ASB Financing anda.
Tunggu Kelulusan Permohonan
Setelah pulang ke rumah, tunggu sahaja kelulusan permohonan anda. Biasanya ia akan mengambil sedikit masa.
Selepas :
Permohonan Telah Diluluskan
Pegawai bank yang berkaitan akan hubungi anda jika permohonan telah diluluskan. Biasanya, permohonan ASB Financing jarang gagal.
Anda juga boleh menyemak kelulusan permohonan dengan buka akaun online banking dan tekan bahagian Loan.
Jika wujud paparan Loan yang berkaitan dengan ASB Financing, maka loan anda memang sudah diluluskan.
Anda juga boleh semak pada aplikasi myASNB. Buka akaun myASNB and lihat pada transaksi dalam akaun myASNB anda.
Semak Pembayaran Bulanan
Bila permohonan telah diluluskan, anda perlu semak pada bahagian Loan dalam akaun online banking untuk tahu jumlah pembayaran bulanan yang perlu dibuat. Boleh klik pada ruang Details untuk maklumat lanjut
Bila Start Pembayaran
Selain itu, anda juga perlu tahu tentang bila tarikh mula buat pembayaran kepada pihak. Pada bahagian loan, boleh klik pada ruang Details untuk maklumat lanjut.
Rumusan
Pastikan anda cakna dengan tarikh pembayaran bulanan ASB Financing dan jaga dengan elok. Jangan sesekali lewat lakukan pembayaran atau rekod CCRIS anda akan tercalar.
Nak tahu cara kiraan baki akhir (ending balance) bagi ASB Financing? Boleh klik link dibawah.
Nak tahu cara untuk kira keuntungan ASB Financing dan ASB Biasa? Boleh klik link dibawah.
Itu sahaja dari saya untuk penulisan kali ini. Jika ada apa - apa persoalan, boleh komen dibawah. Saya akan cuba jawab soalan - soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.